07/04/2026
[ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026 ]
Alhamdulillah, pada 2 April 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah sesi 2026.
Majlis ini disambut penuh meriah dan ceria dengan kehadiran guru-guru, staf, murid-murid, dan juga pihak sekolah menerima kedatangan pihak Bomba dan Penyelamat, wakil Klinik Pergigian Kerteh, RELA, Bank Rakyat Kerteh serta Pegawai Agama Khas Menteri Besar Terengganu.
Pelbagai juadah hidangan hari raya yang disediakan dan dinikmati bersama dalam suasana yang penuh kegembiraan. Murid-murid juga membawa juadah hari raya ke sekolah.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan sambutan. Antaranya, teka kuih raya, sambung lagu raya, mewarna tema raya dan pakaian hari raya.
Semoga Majlis Hari Raya seperti ini menjadi jambatan yang mengeratkan silaturahim antara guru, murid serta ibu bapa, menjadikan sekolah bukan sekadar tempat belajar tetapi juga tempat membina kasih sayang.
Dalam pada itu juga, majlis seperti ini dapat memupuk kebersamaan dalam kalangan seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa dan tetamu yang hadir.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. fans