SK Kampung Baru Kerteh

SK Kampung Baru Kerteh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Kampung Baru Kerteh, School, Jalan Chabang, Kerteh Kemaman, Kerteh.

UJIAN UKM2PROGRAM PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT 2024Tahniah diucapkan kepada 7 orang murid SeBaKti kerana telah be...
20/08/2024

UJIAN UKM2
PROGRAM PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT 2024

Tahniah diucapkan kepada 7 orang murid SeBaKti kerana telah berjaya melayakkan diri untuk menduduki Ujian UKM2 pada 22 Ogos 2024 (Khamis).

Semoga kalian dilancarkan segala urusan dan dipermudahkan dalam menjawab ujian nanti.

Good luck!!

🏆PARTICIPATION IN CHORAL SPEAKING COMPETITION TERENGGANU STATE LEVEL 2024 Alhamdullilah... Syabas dan tahniah diucapkan ...
09/08/2024

🏆PARTICIPATION IN CHORAL SPEAKING COMPETITION TERENGGANU STATE LEVEL 2024

Alhamdullilah... Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SeBaKti kerana telah berjaya melayakkan diri dalam Choral Speaking Competition peringkat negeri Terengganu.
Sekalung penghargaan buat barisan jurulatih, Tc Farrahida, Tc Azlin dan Sir Faris yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.

Well done team! 🎉



🏆 CHORAL SPEAKING KEMAMAN DISTRICT LEVEL 2024🏆Alhamdullilah... Tahniah dan syabas buat pasukan Choral Speaking SeBaKti d...
29/07/2024

🏆 CHORAL SPEAKING KEMAMAN DISTRICT LEVEL 2024🏆

Alhamdullilah... Tahniah dan syabas buat pasukan Choral Speaking SeBaKti diatas pencapaian tempat PERTAMA dalam pertandingan Choral Speaking daerah Kemaman. Lebih manis, pasukan ini turut berjaya merangkul gelaran The Best Conductor dan juga The Best Script. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan buat jurulatih, Teacher Farrahida, Teacher Norazlin, Sir Faris diatas komitmen yang jitu. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir, guru- guru dan ibu bapa yang turut membantu memberikan sokongan secara langsung atau tidak. Doakan kejayaan pasukan Choral Speaking SeBaKti diperingkat negeri nanti.

Congratulations to the entire team on a remarkable achievement! You did it🌹🏆


Salam SeBaKti di Hati 🌹🌹🌹🌹🌹MEMOWAKTU PULANG MURID SEPANJANG MINGGU UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIKUntuk makluman IBU BAP...
19/07/2024

Salam SeBaKti di Hati 🌹🌹🌹🌹🌹

MEMO
WAKTU PULANG MURID SEPANJANG MINGGU UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK

Untuk makluman IBU BAPA/PENJAGA murid-murid SeBaKti...

1. Ujian Pertengahan Sesi Akademik akan diadakan pada:
Tarikh : 21 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024
(Ahad hingga Khamis)

2. Waktu pulang sepanjang UPSA adalah seperti berikit:

🌺Tahap 1 (Thn 1,2 dan 3)
Ahad hingga Khamis: 12.45 tgh hari

🌺Tahap 2 : (Thn4,5 & 6)
Ahad hingga Khamis: 1.15 petang

Kami warga SeBaKti berharap anak2 SeBaKti dapat mengulangkaji pelajaran di rumah bagi persediaan awal menghadapi Ujian Pertengahan Sesi Akademik. Semoga anak2 bersedia utk menghadapi ujian tersebut.

Harap mendapat kerjasama dan dlm makluman ibu bapa / penjaga & murid SeBaKti

*
*
*
*
*

Sekian terima kasih. 🌹🌹🌹
GURU BESAR,
SeBaKti.

SMART ENGLISH COMPETITION PIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN PERINGKAT ZON KEMASEKAlhamdullilah... Tahniah buat pasukan S...
10/07/2024

SMART ENGLISH COMPETITION PIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN PERINGKAT ZON KEMASEK

Alhamdullilah... Tahniah buat pasukan Smart English Sebakti atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam pertandingan Smart English Piala Yayasan Sultan Mizan yang berlangsung pada hari ini. Doakan kejayaan pasukan Smart English Sebakti di peringkat daerah nanti.

Tahniah dan syabas!!



Pertandingan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman Tahniah dan syabas diucapkan buat team Scrabble ...
08/07/2024

Pertandingan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman

Tahniah dan syabas diucapkan buat team Scrabble Sebakti yang telah mendapat tempat keenam dalam pertandingan Scrabble Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Kemaman.

Team Scrabble
1. ASMAA WAHIEDAH BINTI AZMI
2. NUR SAFIYYA BINTI MOHD FARIZ

Syabas dan Tahniah!!!


PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH- SEKOLAH MALAYSIA (TA'SEEM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tar...
08/07/2024

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH- SEKOLAH MALAYSIA (TA'SEEM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarian Sebakti kerana telah berjaya menyertai Pertandingan Tarian Sekolah- Sekolah Malaysia peringkat Negeri Terengganu. Syabas diucapkan buat jurulatih dan murid- murid diatas usaha yang telah dicurahkan.

Tahniah!


FESTIVAL NASYID DAN KHAT PERINGKAT ZON KEMASEKAlhamdulillah. Tahniah dan syabas diucapkan buat adik MUHAMMAD AMSYAR SULA...
08/07/2024

FESTIVAL NASYID DAN KHAT PERINGKAT ZON KEMASEK

Alhamdulillah. Tahniah dan syabas diucapkan buat adik MUHAMMAD AMSYAR SULAIMAN BIN MOHD ALI IMRAN dari kelas 4 Prihatin yang telah mendapat Ketiga dalam Pertandingan Khat kategori lelaki, Festival Nasyid dan Khat peringkat PKG Kemasek.


Mini Documentary Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman Tahniah dan syabas diucapkan buat team Mini Documenta...
08/07/2024

Mini Documentary Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman

Tahniah dan syabas diucapkan buat team Mini Documentary yang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Mini Documentary dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Kemaman. Team Mini Documentary Sebakti akan mewakili daerah Kemaman di peringkat negeri nanti. Doakan kejayaan mereka.

Team Mini Documentary

1. RAJA NUR IMAN BINTI RAJA MOHD AZLAN
2. SAFI FAQIHAH IMANI BINTI KHAIRUL AZURA
3. NUR DAMIA AFRINA BINTI MOHD SHAHRIZAL
4. WAN NUR DAMIA BINTI WAN MOHD IQBAL

Syabas dan Tahniah!!!


Story Telling Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman Tahniah dan syabas diucapkan buat adik DELISHA HANNAN BI...
08/07/2024

Story Telling Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kemaman

Tahniah dan syabas diucapkan buat adik DELISHA HANNAN BINTI AZHAN dari kelas 4 Prihatin yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Story Telling dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Kemaman.

Syabas dan Tahniah!!!


Address

Jalan Chabang, Kerteh Kemaman
Kerteh
24300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Baru Kerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category