Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd

Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd, Education, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara Persiaran Mahogani, Kepong.

17/04/2023

Majlis Penutup Ihya' Ramadan & Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H pada pagi ini insyaAllah

28/04/2022

Insya Allah pada pagi yang berbahagia ini Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SKBBSD akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran & Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan 1443H. Majlis akan dilangsungkan di Dewan Cetusan Muhibbah SKBBSD. Tema Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini ialah " Al-Quran Wadah Pendidikan, Tarbiah dan Sahsiah.

Photos from Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd's post 19/04/2022

FIRMAN Allah SWT:

﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتِِ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾

_“(Masa yang diwajibkan kalian berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dengan yang batil…”_
(Surah al-Baqarah: 185)

✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan program *Ihya' Ramadan SKBBSD 2022* Panitia Pendidikan Islam & Panitia Bahasa Arab berbesar hati menganjurkan satu program *Bual Bicara* sempena peristiwa *Nuzul Al-Quran* (17 Ramadhan).

*Tarikh* : 19 April 2022 (Selasa)
*Masa* : 10 pagi
*Pelantar* : Google Meet ( https://meet.google.com/qqt-ofhy-ux & FB Live https://www.facebook.com/Musolla-Umar-Al-Khattab-Skbbsd-1856466171054427/

Semua guru, staf dan murid yang beragama Islam dialu-alukan untuk bersama menjayakan program majlis ilmu ini nanti. Insya-Allah.
Terima kasih. 😊

09/08/2021

السلام عليكم ورحمة الله...

*Program Sambutan Maal Hijrah 1443H*

1️⃣ Sempena Tahun Baru Hijrah pada Selasa 10/8/2021 bersamaan 1 Muharam 1443H, Panitia Pendidikan Islam bersama Panitia Bahasa Arab dan AJK Musolla Umar Al-Khattab akan menganjurkan bual bicara Hijrah peringkat sekolah.

2️⃣Oleh yang demikian, ibu bapa/penjaga, murid-murid serta warga SKBBSD adalah di alu- alukan untuk menyertainya.

*Untuk makluman, setiap penglibatan murid yang aktif di ruangan komen sepanjang sesi bual bicara berlangsung akan diberi e-sijil sebagai tanda penghargaan*

*Semoga program ini memberi manfaat buat semua*

Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir

Link YouTube : https://youtu.be/Qys5yqSBzI0

* MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI*

Photos from Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd's post 23/08/2019

Catatan 22 Ogos 2019 bersamaan 21 Zulhijjah 1440 telah selamat dijalankan program Ijtimak Munajat dan Motivasi Tahun 6 2019 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara. Program melibatkan kesemua anak-anak murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR beberapa hari sahaja lagi dan disertai oleh para ibu bapa dan waris.

Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Sunat Hajat di Musolla Umar al-Khattab yang diterajui oleh Ustaz Muhd Ubaidillah bin Haji Yaacob dan diteruskan dengan program ceramah motivasi khas yang telah disampaikan oleh penceramah bebas juga kaunselor hebat, Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh.

Photos from Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd's post 09/08/2019

Alhamdulillah hari ini telah diadakan majlis sempena kedatangan bulan Zulhijjah 1440 Hijriah anjuran Panitia Pendidikan Islam iaitu majlis "Santuni Dhuyufurrahman" peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara.

Objektif majlis ini adalah memberi pendedahan kepada anak-anak didik SKBBSD tentang peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Zulhijjah dan juga ibadah-ibadah khusus yang sunat dilakukan sepanjang bulan terpenting dalam kalendar Islam ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1. Alunan Nasyid Al-Asma'ul Husna
2. Persembahan Bacaan Teater Prasekolah (Tempat ke-3 Daerah PPD Petaling Utama)
3. Persembahan Nyanyian lagu "Anak Nabi" dari murid-murid Tahun 1 dan
4. Alunan lafaz Talbiah serta Takbir sempena Eidul Adha

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada penyelaras program iaitu Ustazah Aizatul Shahima bt Amran dan Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan majlis pada hari ini. Semoga anak-anak SKBBSD senantiasa bersemangat untuk melibatkan diri dan memahami sebaiknya perkara ibadah yang dianjurkan oleh agama Islam. Amin ya rabbal 'alamin.

Photos from Musolla Umar Al-Khattab Skbbsd's post 23/05/2019

[LIVE IN BBSD]
Program Semangkuk Bubur Sejuta Keberkatan peringkat SKBBSD anjuran Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dengan kerjasama Musolla Umar Al-Khattab.

Mudah mudahan mendapat barakah dariNya

12/03/2018

TAZKIRAH RINGKAS ZOHOR

''Janganlah kita berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange kita kerana….
Pakaian Terakhir kita adalah KAIN KAFAN…& perfume kita adalah KAPUR BARUS..

'' Janganlah kita berbangga dengan BMW atau Mustang GT kita kerana….
Kenderaan terakhir kita adalah KERANDA yang akan diusung…

'' Janganlah kita berbangga dengan Banglo dan Kondo kita kerana….
Tempat beristirehat kita yang terakhir adalah KUBUR yakni Alam Barzakh..

'' Janganlah kita berbangga dengan Ketampanan atau Kecantikan kita kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi SANTAPAN si Cacing dan Serangga...

Wal'iiyaazubillah....

26/02/2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ini adalah laman rasmi Musolla Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara. Mohon jasa baik teman-teman dapat "like" page ini. Jazakumullahu khairan jaza'😁

Want your school to be the top-listed School/college in Kepong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara Persiaran Mahogani
Kepong
52200