13/04/2026
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI – MUTIARA MAGNA
Alhamdulillah, pada 12 April 2026 (Ahad) yang lalu, para pelajar, staf serta ibu bapa Pusat Tahfiz Darus Syabab telah berkesempatan menghadiri Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Santai Silaturrahim Mutiara Magna (SSM).
Majlis berlangsung dengan meriah dalam suasana penuh keceriaan Aidilfitri serta ukhwah yang erat. Bacaan doa pembukaan majlis telah dipimpin dengan baik oleh Adik Muhammad Aqil bin Johari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Santai Silaturrahim Mutiara Magna (SSM) atas jemputan yang diberikan kepada anak-anak tahfiz serta keluarga. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Semoga silaturrahim yang terjalin ini terus diberkati dan berkekalan, insya-Allah 🤲✨
13/04/2026
MAJLIS DOA SELAMAT & OPEN HOUSE
Alhamdulillah, pada 11 April 2026 (Sabtu) yang lalu, para pelajar dan staf Pusat Tahfiz Darus Syabab telah menghadiri Majlis Doa Selamat & Open House yang diadakan di kediaman En. Hafiz.
Majlis telah dipimpin dengan baik oleh Adik Muhammad Khalish bin Zulkafar dan berlangsung dalam suasana yang penuh keberkatan serta kemesraan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas jemputan yang diberikan kepada anak-anak tahfiz. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus diberkati dan diperkukuhkan, insya-Allah 🤲
13/04/2026
MAJLIS TAHLIL, BACAAN YASIN & DOA SELAMAT
Alhamdulillah, pada 11 April 2026 (Sabtu) yang lalu, para pelajar dan staf Pusat Tahfiz Darus Syabab telah berkesempatan menghadiri Majlis Tahlil, Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di kediaman En. Rizal dan Puan Julia.
Majlis telah dipimpin dengan baik oleh Adik Muhammad Hazim Muadzam bin Asmarul Rizal, dan berlangsung dalam suasana penuh keberkatan serta ketenangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas jemputan yang diberikan kepada anak-anak tahfiz. Semoga segala kebaikan dan sumbangan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diberkati dan diperkukuhkan, insya-Allah 🤲
10/04/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, pada 9 April 2026 (Khamis), pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darus Syabab telah berpeluang menghadiri Majlis Solat Hajat & Forum Perdana yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Program ini dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, bacaan Yasin dan doa selamat, diikuti dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang membincangkan tajuk "Mendepani Krisis Tenaga Global: Mempertahan Kedaulatan Ekonomi Negara".
Semoga penyertaan para pelajar dalam program sebegini dapat menambah ilmu, meningkatkan kefahaman serta menyemai kesedaran terhadap isu-isu semasa dari perspektif Islam.
Jazakumullahu khairan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan.
09/04/2026
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Bacaan Tahlil, Yasin & Doa Syifa oleh anak-anak Tahfiz Darus Syabab.
Bacaan hari ini dipimpin oleh Adik Muhammad Farid Aiman bin Abdul Ghanie.
Semoga roh arwah yang didoakan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman, dan semoga individu yang sedang kurang sihat diberikan kesembuhan serta kesihatan yang terbaik daripada Ilahi.
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
26/03/2026
Zikir yang ringan di lisan, tetapi besar ganjarannya di sisi Allah.
Mari kita amalkan Zikir Juwairiyah setiap pagi sebagai pembuka hari. Semoga hati kita lebih tenang dan diberkati. 🤍
19/03/2026
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Makluman cuti tahfiz dan waktu operasi pejabat pengurusan Pusat Tahfiz Darus Syabab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal 'Aidin Wal Faizin☺️
19/03/2026
Alhamdulillah 🤍
Pada Sabtu, 14 Mac 2026 yang lalu, para pelajar dan warga kerja Pusat Tahfiz Darus Syabab telah menerima tajaan baju raya daripada Dato’ Abdul Malik melalui syarikatnya, MS Gold.
Setiap pelajar dan staff berpeluang memilih sendiri baju raya mereka di Gedung Pakaian JAKEL, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan menggembirakan buat semua.
Selain itu, kami juga amat berbesar hati menerima sumbangan duit raya daripada Dato’ Abdul Malik.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta kemurahan hati Dato’ dan pihak MS Gold dalam menceriakan sambutan Aidilfitri anak-anak tahfiz kami.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan rezeki yang berkat dan berpanjangan.
Terima kasih sekali lagi atas sumbangan yang amat bermakna ini 🤲✨
18/03/2026
Throwback 12 Mac 2026 ✨
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darus Syabab dijemput menghadiri Majlis Sumbangan Aidilfitri di Dewan Komuniti Desa Segambut. Terima kasih kepada pihak penganjur dan YB Puan Hannah Yeoh atas sumbangan duit raya yang diberikan kepada anak-anak tahfiz. Semoga setiap usaha dan kebaikan ini mendapat keberkatan Allah. 🤲
05/03/2026
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Semalam telah berlangsung Majlis Bacaan Tahlil, Yasin & Doa Syifa oleh anak-anak Tahfiz Darus Syabab.
Bacaan pada petang ini dipimpin oleh Adik Muhammad Aqil bin Johari.
Semoga roh arwah yang didoakan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman, dan semoga individu yang sedang kurang sihat diberikan kesembuhan serta kesihatan yang terbaik daripada Ilahi.
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
16/02/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, 14 Februari 2026, para pelajar Tahfiz telah dijemput menghadiri bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Sentul.
Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diketuai oleh adik Ariq Aiman bin Mohammed Nooredzwan Shah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas jemputan serta layanan yang sangat baik kepada para pelajar.
Semoga majlis yang dianjurkan ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta kebaikan untuk semua.
📸 Sekitar gambar sepanjang majlis:
13/02/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada malam tadi, 12 Februari 2026, para pelajar Tahfiz telah dijemput menghadiri Ceramah Perdana Ambang Ramadan di Masjid Amaniah Kepong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak masjid atas jemputan serta layanan yang sangat baik kepada para pelajar.
Semoga majlis yang dianjurkan ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta kebaikan untuk semua.
📸 Sekitar gambar sepanjang majlis: