Tiny GS

Tiny GS Child Care Centre start from 4 months to 4 years old.
(6)

We provide a safe and stimulating environment for children, offering a mix of education, care, and recreational programs that support their development while parents are at work or otherwise engaged.

Let’s get messy and have fun! Lebih dari 8 station kami sediakan untuk anak-anak bermain, meneroka & belajar melalui sen...
31/10/2025

Let’s get messy and have fun!

Lebih dari 8 station kami sediakan untuk anak-anak bermain, meneroka & belajar melalui sentuhan!

📅 Tarikh : 15 November 2025
📍 Lokasi : Dewan Rakyat Batu Caves
💰 Yuran : RM40
👶🏻 Umur : 10 bulan hingga 4 tahun

Jom sertai kami untuk sesi bermain yang comot tapi menyeronokkan! 🥳

Teaser!Get ready for our Messy Play Week at Tiny GS! We’ve prepared more than 8 exciting play stations for the kids to e...
16/10/2025

Teaser!

Get ready for our Messy Play Week at Tiny GS!

We’ve prepared more than 8 exciting play stations for the kids to explore and have sensory fun! 🌈

💧 Expect laughter, colors, and a little bit of mess but that’s how they learn best!
👕 Please bring extra clothes ya, mommies & daddies!

Registration here 👇🏻

https://wa.me/60124985654?text=Messyplay

https://wa.me/60124985654?text=Messyplay

📢 Parents, get ready for a messy & magical week! 🤩Tiny GS akan adakan Messy Play Session untuk anak-anak explore warna, ...
15/10/2025

📢 Parents, get ready for a messy & magical week! 🤩

Tiny GS akan adakan Messy Play Session untuk anak-anak explore warna, air, tepung & bahan sensori dengan cara yang sangat FUN!

🎨 Aktiviti ni bantu tingkatkan deria, fokus & kreativiti anak sambil enjoy!
💧 Yes, memang akan comot sikit, tapi anak-anak akan dapat pengalaman berharga tau! 💕

📅 15 November 2025 Sabtu
📍 Dewan Rakyat, Batu Caves
💰 RM40

Let’s get messy, learn & have fun together! 💛

Jom tekan link 👇🏻
https://wa.me/60124985654?text=Messyplay

What Children 0–4 Years Need :1. Unconditional Love 💝 • Daily hugs, kisses, and gentle touch. • Feeling safe and loved e...
11/08/2025

What Children 0–4 Years Need :

1. Unconditional Love 💝
• Daily hugs, kisses, and gentle touch.
• Feeling safe and loved even when they make mistakes.
• Trust in the world starts from how parents show love.

2. Real Interaction
• Eye-to-eye contact during conversations.
• Smiles, laughter, and facial expressions.
• Responding quickly when they cry or talk.
• Daily conversations, even if the child can’t speak yet.

3. Real-World Play 🎨
• Sand, water, building blocks, clay, leaves, balls.
• Activities that engage all five senses.
• Time spent playing is more valuable than expensive toys.

4. Brain Stimulation 📚
• Read to them every day.
• Sing songs, zikir, or simple prayers.
• Encourage questions and simple conversations.
• Creative activities (drawing, sticking, coloring).

5. Structure & Routine ⏳
• Consistent sleep, meal, and play times.
• Routine builds security and self-discipline.

6. Good Role Models 🌱
• Children learn more from what parents do than what they say.
• If you want your child to have less screen time, model healthy gadget use yourself.

From,
Aunty Hanna 🤍

26/07/2025

PERHATIAN UNTUK IBUBAPA DI SELAYANG! INI AMARAN JIKA BERLAKU KEBAKARAN UNTUK ANAK-ANAK YANG BERUMUR 1 - 4 TAHUN.

🔥 Anak-anak Latih Diri Hadapi Kecemasan – Bermula di Tiny GS Child Care Centre! 🧯

Hari ini, anak-anak comel di Tiny GS Child Care Centre beraksi sebagai wira cilik dalam Latihan Kebakaran! 🚒

Dengan wajah penuh semangat, mereka:
✅ Belajar keluar dari bangunan dengan tenang
✅ Faham bunyi siren & tanda kecemasan
✅ Latih diri lindungi diri & rakan jika berlaku kecemasan

Bukan sekadar main-main...

Tapi ilmu menyelamatkan nyawa!

> “Anak saya balik terus cerita – ‘Ummi, tadi teacher ajar kalau ada asap kita kena tunduk jalan cepat-cepat!’”
– Puan Aina, ibu kepada Aisyah, 4 tahun

🌟 Inilah pendidikan sebenar:
Bukan hanya baca & tulis, tapi juga belajar cara jadi berani, bijak dan bertindak tenang bila perlu.

Ibu ayah, anda tenang bila tahu anak anda:
✅ Selamat
✅ Dilatih hadapi realiti
✅ Dijaga oleh pendidik yang cakna keselamatan

📍 Tiny GS Child Care Centre – tempat anak belajar hidup sebenar, bukan sekadar dalam bilik darjah.

---

💬 Ada anak 1-4 tahun? Daftar sekarang di Tiny GS Child Care Centre.

📲 Berminat daftar anak ke Tiny GS?
WhatsApp kami sekarang
👉 www.wasap.my/60173085971/daftartiny
📍 Lokasi: Dataran Selayang 1 (Taman Selayang)

05/06/2025

Tujuan Simulasi Korban untuk Anak-Anak Tiny GS:

- Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang konsep ibadah korban dalam Islam mengikut peringkat umur.
- Mendidik mereka untuk menghargai rezeki dan berkongsi dengan golongan yang memerlukan.
- Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif melalui aktiviti simulasi.
- Menggalakkan kerjasama dan empati dalam kalangan anak-anak ketika menjalani aktiviti simulasi secara berkump**an.

Terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa memberi dorongan & sokongan kepada Tiny GS 🥰

Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu AyahPesanan untuk yang bergelar i...
30/04/2025

Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti.
Abah, rama-rama ni nak warna apa?”.
“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook.
Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap?
Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu?
Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:
1. Mengabaikan anak.
“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa p**a kata anak anda?
Cuba tengok situasi ini.
Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda p**a di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam.
Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda.
Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul?
2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan.
Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu?
3. Jangan jadi batu/ dinding.
Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita p**a sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat.
4. Terlalu cerewet, teliti.
Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:
Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut.
Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.
Anak dapat no.5, marah.
Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.
5. Biar anak buat keputusan sendiri.
Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.
Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut s**a Izni la nak pakai baju apa pun,”.
Betul ke jawapan kita? Salah !
Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak.
6. Merendah-rendahkan anak
Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.
Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”.
Tapi kita p**a jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik.
Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas.
7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak.
Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”.
Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental.
8. Sikap penolakan terhadap permintaan.
Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak.
Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.
Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak p**a. Kena tahu cara untuk atasi permintaan.
Kesimp**annya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya.

Antara aktiviti di Tiny GS, kami bersama anak kecil menerokai dunia perniagaan dan bermuamalat antara anak-anak.Berminat...
23/02/2025

Antara aktiviti di Tiny GS, kami bersama anak kecil menerokai dunia perniagaan dan bermuamalat antara anak-anak.

Berminat untuk join kami? Layari www.tinygs.com.my cepat-cepat ye.

Address

Kepongmas Residensi
Kepong
51200

Opening Hours

Monday 06:30 - 18:30
Tuesday 06:30 - 18:30
Wednesday 06:30 - 18:30
Thursday 06:30 - 18:30
Friday 06:30 - 18:30
Saturday 06:30 - 18:30

Telephone

+60173085971

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tiny GS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tiny GS:

Shortcuts

Share

Category