Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu

Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu Latihan Berterusan ke Arah Kecemerlangan

01/06/2026
26/05/2026
PULAPOL KOTA KINABALU JAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI POLIS KE-219 TAHUN 2026.KOTA KINABALU, 25 Mei 2026 (Isnin)...
25/05/2026

PULAPOL KOTA KINABALU JAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI POLIS KE-219 TAHUN 2026.

KOTA KINABALU, 25 Mei 2026 (Isnin). Sempena sambutan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama pihak Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II (QEH2) bertempat di Bilik Kuliah Charlie / Dewan Temenggung, PULAPOL Kota Kinabalu.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga PULAPOL Kota Kinabalu melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta peserta kursus.

Kempen ini turut mendapat kerjasama pasukan perubatan daripada Hospital Queen Elizabeth II yang diketuai oleh Dr. Hanna Mohamed Zuki, bersama Dr. Hairunnisa binti Mohd Amtas dan Dr. Siti Nur Izzati Idris, dalam memastikan proses saringan serta pengumpulan darah berjalan lancar, selamat dan teratur.

Hasil saringan yang dijalankan, seramai 45 penderma berjaya menderma darah, sekali gus membantu menambah bekalan darah bagi kegunaan pesakit yang memerlukan. Pihak Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II turut menzahirkan penghargaan dan berpuas hati atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang kempen berlangsung.

Penganjuran program ini bukan sahaja mencerminkan komitmen PULAPOL Kota Kinabalu dalam menyokong inisiatif kesihatan awam, malah turut menyemai semangat keprihatinan, kebersamaan serta budaya sukarelawan dalam kalangan warga PDRM dan peserta latihan.

Kempen seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha berterusan dalam membantu komuniti serta memastikan bekalan darah sentiasa berada pada tahap mencukupi demi kesejahteraan masyarakat.

Jurugambar Bertugas:
Kpl Nur Arif Bin Nurodin, CPL PLPKK.





PULAPOL KOTA KINABALU ZAHIR PRIHATIN MENERUSI LAWATAN KEBAJIKAN.KOTA KINABALU, 22 Mei 2026 (Jumaat). Pusat Latihan Polis...
22/05/2026

PULAPOL KOTA KINABALU ZAHIR PRIHATIN MENERUSI LAWATAN KEBAJIKAN.

KOTA KINABALU, 22 Mei 2026 (Jumaat). Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya menerusi satu lawatan kebajikan yang diadakan ke kediaman keluarga Pegawai Awam Cawangan Integriti & Pematuhan Standard (CIPS), En. Mohd Zahid Jainude, di University Condo Apartment (UCA), Jalan Sepanggar, hari ini.

Lawatan yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu telah diketuai oleh SI Bedin Bin Likal, bersama Sjn Rayner, Kpl Erneh serta Kpl Mohd Putra, sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan terhadap keluarga berkenaan.

Lawatan tersebut adalah bagi menziarahi isteri En. Mohd Zahid Jainude, Puan Athirah binti Derisa, 26, yang telah melahirkan anak pertama secara pramatang pada 11 Mac 2026.

Dimaklumkan, keadaan kesihatan ibu berada dalam keadaan baik, manakala anak kecil mereka masih berada di bawah pemantauan rapi pihak hospital serta memerlukan bantuan alat oksigen dan rawatan lanjut.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan komitmen berterusan PULAPOL Kota Kinabalu dalam menyemarakkan nilai keprihatinan, kebersamaan dan sokongan moral terhadap warga serta keluarga yang sedang berdepan ujian.

Seluruh warga PULAPOL Kota Kinabalu turut mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan serta anak kecil mereka diberikan kesembuhan, kekuatan dan dipelihara dalam keadaan yang baik.

Gambar Ehsan: Unit Kebajikan PULAPOL Kota Kinabalu




PULAPOL KOTA KINABALU LENGKAPKAN LATIHAN 150 PESERTA PROGRAM CERTIFIED SECURITY GUARDS (CSG) SIRI 09/2026.KOTA KINABALU,...
22/05/2026

PULAPOL KOTA KINABALU LENGKAPKAN LATIHAN 150 PESERTA PROGRAM CERTIFIED SECURITY GUARDS (CSG) SIRI 09/2026.

KOTA KINABALU, 22 Mei 2026 (Jumaat). Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu hari ini telah melaksanakan Majlis Penutupan Program Latihan Certified Security Guards (CSG) Bil. 05 / Siri 09/ 2026 yang berlangsung di Dewan Pahlawan, PULAPOL Kota Kinabalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ydh. ASP. Azlan Bin Hj. Misli, Ketua Cawangan Pengajian Latihan Asas/Lanjutan merangkap Pegawai Penyelaras Latihan CSG 2026. Turut hadir ialah Ybrs. Puan Norjie Binti Hj. Busu, Pengerusi PIKM Sabah, Ybrs. Tuan Amdan Bin Ibrahim, Pegawai KDN Zon Sabah, barisan pegawai PIKM serta wakil agensi berkaitan.

Program latihan berkenaan melibatkan seramai 150 peserta daripada 32 agensi, terdiri daripada 120 peserta lelaki dan 30 peserta wanita, yang telah mengikuti latihan secara komprehensif sebagai usaha memperkukuh tahap profesionalisme, disiplin serta kompetensi anggota pengawal keselamatan swasta.

Pada majlis tersebut, beberapa peserta turut menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang masing-masing. Zahri Bin Denin daripada Shah Security Defence SB dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik, manakala Nurazman Bin Nurdin daripada Kinabalu Protection Security SB menerima Anugerah Kawad. Bagi kategori Peserta Terbaik Keseluruhan, anugerah disandang oleh Daddy B. Abd Muis daripada Unity Force SB.

Majlis penutupan berlangsung dengan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden, sekali gus mencerminkan komitmen PULAPOL Kota Kinabalu dalam memperkasa pembangunan latihan berkualiti serta memperkukuh standard kompetensi industri keselamatan swasta di Sabah.

Jurugambar Bertugas:
Kpl Nur Arif Bin Nurodin dan
L/Kpl Samuel Roy Bin Jickson, CPL PLPKK.





68 PESERTA TAMAT KURSUS ASAS PASUKAN POLIS MARIN SIRI 1/2026 DI PULAPOL KOTA KINABALUKOTA KINABALU, 21 Mei 2026 (Khamis)...
22/05/2026

68 PESERTA TAMAT KURSUS ASAS PASUKAN POLIS MARIN SIRI 1/2026 DI PULAPOL KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 21 Mei 2026 (Khamis). Seramai 68 peserta berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Polis Marin Siri 1/2026 yang dilaksanakan selama lima minggu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu sebagai usaha berterusan memperkukuh kompetensi, kesiapsiagaan serta keupayaan operasi anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dalam mendepani cabaran keselamatan maritim negara.

Kursus anjuran Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) itu berlangsung bermula 27 April hingga 26 Mei 2026, melibatkan dua Pegawai Kanan Polis (PKP), 63 Pegawai Rendah Polis (PRP) lelaki serta tiga PRP wanita daripada elemen PPM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia.

Sebagai kursus wajib bagi pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin, program latihan tersebut menjadi platform pembangunan kompetensi yang menekankan pengukuhan pengetahuan asas kepolisan marin, peningkatan kecekapan teknikal dan taktikal di laut, selain pembentukan ketahanan fizikal, mental, disiplin serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Sepanjang tempoh latihan, peserta turut didedahkan dengan modul teori dan praktikal yang dirangka bagi mempertingkat kesiapsiagaan operasi serta keupayaan menghadapi ancaman maritim termasuk penyeludupan, pencerobohan, lanun, jenayah rentas sempadan dan operasi mencari serta menyelamat (SAR), selaras dengan keperluan kepolisan moden.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pasukan Polis Marin Siri 1/2026 telah disempurnakan oleh YDH DCP Datuk Mohd. Marzukhi Bin Mohd. Mokhtar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, di PULAPOL Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir ialah YDH Supt. Isqal Kria Bin Abdullah, Komandan PULAPOL Kota Kinabalu; YDH Supt. Rohizan Bin Haji Mohamad Saaid, Wakil Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah; YDH Supt. Syamsul Amri Bin Abu Bakar @ Zain, Komandan PLPGA; YDH Supt. Airy Zaidi Bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat; serta YDH DSP Sarebjit Singh A/L Balwan Singh, Komandan PULAMAR.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkasakan modal insan yang kompeten, profesional dan berintegriti tinggi bagi memastikan keupayaan Pasukan Polis Marin sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan optimum dalam memelihara keselamatan perairan negara.

Jurugambar Bertugas:
Kpl Nur Arif Bin Nurodin dan
L/Kpl Samuel Roy Bin Jickson, CPL PLPKK.




LAWATAN KERJA TPP(L) PERKUKUH PEMERKASAAN LATIHAN DAN TRANSFORMASI DIGITAL PULAPOL KOTA KINABALU.KOTA KINABALU, 21 Mei 2...
22/05/2026

LAWATAN KERJA TPP(L) PERKUKUH PEMERKASAAN LATIHAN DAN TRANSFORMASI DIGITAL PULAPOL KOTA KINABALU.

KOTA KINABALU, 21 Mei 2026 (Khamis). Lawatan kerja rasmi YDH DCP. Datuk Mohd Marzukhi Bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman, ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu hari ini menjadi manifestasi komitmen berterusan kepimpinan tertinggi PDRM dalam memperkukuh agenda pemerkasaan institusi latihan, pembangunan kompetensi warga pasukan serta pelaksanaan transformasi digital selaras dengan keperluan semasa organisasi.

Lawatan yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu dimulakan dengan kunjungan hormat, sesi menandatangani buku lawatan serta taklimat ringkas oleh YDH Komandan PULAPOL Kota Kinabalu sebelum diteruskan dengan sesi amanat dan dialog bersama warga PULAPOL Kota Kinabalu.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa ekosistem latihan PDRM perlu terus diperkasa melalui pendekatan lebih tersusun, dinamik dan berorientasikan keperluan semasa bagi memastikan sistem latihan pasukan kekal relevan, berkualiti dan berdaya saing.

Beliau turut menekankan pelaksanaan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) PDRM sebagai landasan penting dalam pembangunan kompetensi warga pasukan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, tingkah laku serta keberkesanan pelaksanaan tugas.

Seiring aspirasi transformasi digital Kementerian Dalam Negeri dan PDRM, aspek pemerkasaan Kecerdasan Buatan (AI), e-learning, pembelajaran hibrid serta inovasi latihan berasaskan teknologi moden turut diberi penekanan sebagai pemacu ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, fleksibel dan efektif.

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan kepentingan kebajikan warga institusi latihan meliputi kesejahteraan, motivasi, kesihatan mental serta penyediaan persekitaran kerja yang selesa, selamat dan kondusif sebagai faktor penting dalam melahirkan warga pasukan yang komited, berintegriti, kompeten dan bertaraf world class.

Lawatan kerja tersebut turut disusuli dengan tinjauan ke pejabat Cawangan Pengajian PGA, PULAPOL Kota Kinabalu sebagai sebahagian usaha memperkukuh pemantauan, penyelarasan strategik serta kesinambungan kecemerlangan institusi latihan PDRM.

Sesi amanat ini dilihat bukan sahaja memperkukuh kefahaman warga PULAPOL Kota Kinabalu terhadap hala tuju strategik pengurusan latihan PDRM, malah menyemarakkan iltizam bersama dalam memperkasakan institusi latihan pasukan ke arah kecemerlangan yang lebih progresif dan berwibawa.

Jurugambar Bertugas:
Kpl Nur Arif Bin Nurodin dan
L/Kpl Samuel Roy Bin Jickson, CPL PLPKK.




PULAPOL KOTA KINABALU TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA NORTH BORNEO UNIVERSITY.KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 (Isnin). PUL...
18/05/2026

PULAPOL KOTA KINABALU TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA NORTH BORNEO UNIVERSITY.

KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 (Isnin). PULAPOL Kota Kinabalu petang tadi menerima kunjungan hormat balas daripada delegasi North Borneo University (NBU) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi latihan keselamatan dan institusi pendidikan tinggi.

Delegasi NBU yang diketuai Naib Canselor NBU, Prof. Dato’ Sr. Dr. Azimuddin Bin Bahari itu telah disambut oleh Komandan PULAPOL Kota Kinabalu, YDH SUPT. Isqal Kria Bin Abdullah di Pejabat Komandan PULAPOL Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sesi perbincangan dua hala yang berlangsung turut memberi fokus kepada potensi pelaksanaan program berasaskan micro-credentials, pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan profesional warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam pertemuan tersebut, pihak NBU menyatakan bahawa PULAPOL Kota Kinabalu mempunyai kedudukan strategik untuk menjalinkan kerjasama secara lebih menyeluruh khususnya dalam aspek pembangunan akademik, latihan kompetensi dan inisiatif pendidikan berterusan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan profesional yang mampu memberi manfaat bersama kepada kedua-dua institusi.

Kunjungan hormat balas berkenaan dilihat selaras dengan aspirasi memperkasa budaya ilmu dan peningkatan profesionalisme dalam kalangan warga PDRM melalui pendekatan latihan dan pendidikan yang lebih progresif serta berimpak tinggi.

Turut hadir bersama, ASP Mohd Ramadzan Siraj Bin Sulaiman, Ketua Cawangan Penyelidik Latihan PLPKK dan Pasukan Inovasi PULAPOL Kota Kinabalu. 2026- Spirit of Steel.

Jurugambar Bertugas:
Kpl Gismar Bin Mizbar,
CPL PLPKK




Address

Jalan PAHLAWAN KEPAYAN
Kepayan
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category