30/08/2026
๐ฟ Mukhayyam Khariji KRSM | Kem Palas, T**i Hayun | 26-28 Ogos 2026
๐ Hari Ke-2 & 3
Hari kedua perkhemahan penuh dengan aktiviti mencabar minda dan fizikal. Bermula dengan Kuliah Subuh, peserta digerakkan dengan kawad kaki.
Sepanjang pagi, mereka didedahkan dengan Latihan Menyelamat Kecemasan serta operasi Search and Rescue (SAR) yang menguji kerjasama platun. Petang p**a dipenuhi dengan Survival Team, mendirikan pengkalan hutan dan masakan rimba. Malamnya, suasana semakin meriah dengan Debat Platun yang mencungkil bakat berhujah dan kepimpinan.
Hari ketiga iaitu hari terakhir perkhemahan dimulakan dengan Kuliah Subuh dan kawad pagi. Menjelang tengahari, berlangsung Majlis Penutup sebelum semua peserta bersurai.
Perkhemahan ini bukan sahaja menguji ketahanan diri, malah menjadi wadah membina ukhuwah dan pengalaman berharga buat warga MAWAR.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada platun-platun yang memenangi hadiah serta syabab dan fatayat terbaik yang dimenangi oleh Muhammad Afiq Luqman dan Farah Norzahra ๐๐ป.