Fikrah Training & Consultancy

Fikrah Training & Consultancy

Share

FIKRAH Training and Consultancy mementingkan pembangunan syakhsiah pelajar dan remaja melalui progra The problem, is not that you don't have any money.

FIKRAH Training & Consultancy is a registered company where we focusing on solving everyone real/root problem through people development. one simple example

At the end of every month, you always borrowed others money. The real problem are you cannot manage your finance. We will guide you on how to manage your finance the right way

28/03/2024

Bidang Agama vs Bidang Dunia

Ada kontra ke dalam kedua bahagian ini? Adakah bidang agama lebih penting dari bidang dunia? Atau sebaliknya?

Bidang manakah yang perlu didahulukan dan menjadi keutamaan? Bidang apakah yang menyebabkan umat Islam bangkit?

Apakah neraca al-Quran dalam menilai bidang dunia?

Ada yang nak tambah soalan lagi ke?

In-Sya,a-Allah saya akan perjelaskan pandangan saya dalam post2 akan datang.

16/11/2023

Hati yang lalai

Terjemahan tafsir Mukhtasar + pengajaran ringkas.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِی غَفۡلَةࣲ مُّعۡرِضُونَ﴿ ١ ﴾

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

Al-Anbiya', Ayah 1

تفسير مختصر:
قَرُب للناس حسابهم على أعمالهم يوم القيامة، وهم في غفلة معرضون عن الآخرة، لانشغالهم بالدنيا عنها.

Tafsir Mukhtasar:
Telah hampir kepada manusia perhitungan terhadap segala amalan mereka pada hari kiamat, sedang mereka dalam keadaan lalai terhadap kedatangan hari tersebut, kerana sibuk terhadap kehidupan dunia berbanding akhirat.

مَا يأتيهم مِّن ذِكۡرࣲ مِّن رَّبِّهِم مُّحۡدَثٍ إِلَّا ٱسۡتَمَعُوهُ وَهُمۡ یَلۡعَبُونَ﴿ ٢ ﴾

Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -

Al-Anbiya', Ayah 2

تفسير مختصر:
وما يأتيهم من قرآن من ربهم حديث النزول إلا استمعوه سماعًا غير نافع، بل سماع لعب غير مبالين بما فيه.

Tafsir Mukhtasar:
Tidak datang kepada mereka al-Quran daripada tuhan mereka yang baru diturunkan atau sedang dibacakan kepada mereka melainkan mereka mendengarnya dengan pendengaran yang tidak bermanfaat bagi mereka. Bahkan mereka dengar secara bermain-main dan tidak peduli apa dalam isinya.

لَاهِیَةࣰ قُلُوبُهُمۡۗ وَأَسَرُّوا۟ ٱلنَّجۡوَى ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ هَلۡ هَـٰذَاۤ إِلَّا بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡۖ أَفَتَأۡتُونَ ٱلسِّحۡرَ وَأَنتُمۡ تُبۡصِرُونَ﴿ ٣ ﴾

Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"

Al-Anbiya', Ayah 3

تفسير مختصر:
استمعوه وقلوبهم غافلة عنه، وأخفى الظالمون بالكفرِ الحديثَ الذي يتناجون به قائلين: هل هذا الذي يدَّعي أنه رسول إلا بشر مثلكم، لا ميزة له عنكم؟! وما جاء به سحر، أفتتبعونه وأنتم تدركون أنه بشر مثلكم، وأن ما جاء به سحر؟!

Tafsir Mukhtasar:
Mereka mendengar dalam keadaan hati mereka hakikatnya lalai daripadanya. Manakala orang yang zalim dengan kufur terhadapnya (al-Quran) berbisik-bisik menghina Nabi Muhammad dengan berkata: “inikah dia yang mendakwa bahawa dia Rasul sedangkan dia hanya salah seorang dari kalian, tiada bezanya dia dengan kamu?. Apa yang dibawa olehnya adalah sihir, adakah kamu mengikutinya sendangkan kamu ketahui dia hanyalah salah seorang dari kamu? Dan apa yang dibawanya hanyalah sihir?

Pengajaran:

1. Hati yang lalai adalah hati yang hanya sibuk dengan urusan dunia serta mengumpul harta dunia. Sehingga lupa segala yang diperolehi dan dihimpun di dunia akan dihisab di akhirat.

2. Hati yang lalai juga adalah hati yang mendengar isi al-Quran tetapi gagal tadabbur dan gagal mengambil apa-apa faedah darinya. Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

3. Ada golongan yang menjadikan al-Quran hanya sebagai halwa telinga, seolah-olah bermain-main dan tidak mengambil serius terhadap isi al-Quran. Mereka juga mungkin tidk terlepas dari hati yang lalai.

5. Hati yang lalai tidak mengambil Rasulullah sebagai ikutan, bahkan mereka jauh dari sifat dan akhlaknya Baginda SAW bahkan memperlekehkan Baginda.

Photos from Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan's post 16/07/2021
11/07/2021

Pengenalan Tafsir Maudhui dan penjelasan terhadap tugasan Rasulullah SAW melalui Tafsir Maudhui.

Bismillahirrahmanirrahim.

1.0 Pengenalan Tafsir Maudhui :

Tafsir Maudhui merupakan satu cabang dari method ulama dalam mentafsir al-Quran.

Apabila mendengar pertama kali ungkapan 'Tafsir Maudhui' pembaca mungkin mengganggapnya seperti istilah 'Hadis Maudhu'' yang bermaksud Hadis palsu. Hakikatnya sangat berbeza, Tafsir Maudhui' bererti : Suatu method tafsir yang mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dibawah satu tajuk yang sama.

Contoh mudahnya, seperti tajuk Sabar dalam al-Quran, Iman dalam al-Quran. Mufassir dalam method ini mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai tajuk yang sama, lalu meletakkannya dibawah satu tajuk kecil yang sinonim dan menghuraikannya.

Contohnya, Tajuk tafsir Sabar dalam al-Quran. Mufassir memilih ayat-ayat berkaitan dengan sabar, lalu meletakkannya di bawah satu tajuk kecik seperti sifat-sifat penyabar dalam al-Quran, Hakikat makna sabar menurut al-Quran, ganjaran orang yang bersabar dll lagi mengikut ayat-ayat yang sinonim.

Ada yang bertanya, susah juga nak kumpul semua ayat berkaitan dengan sabar dalam al-Quran tu. Sebenarnya, tidaklah susah mana. Ada para ulama yang telah memudahkan kita dengan menghimpunkan keseluruhan ayat-ayat al-Quran dibawah tajuk-tajuk yang sinonim untuk dirujuk. Antara kitab yang masyhur meyusun ayat-ayat dalam tajuk-tajuk ini ialah : معجم مفهرس لألفاظ القرآن karangan Dr Muhammad Fuad Abdul Baqi seorang ulama Mesir.

2.0 Tugasan-tugasan Baginda dalam al-Quran

Apabila seseorang membuat pembacaan dalam internet tentang tajuk di atas, kebiasaannya kita akan dapati tugasan utama ialah Rasulullah SAW itu diutuskan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين) (ayat 107 surah anbiya').

Antara yang menyebabkan tugasan tersebut adalah disebabkan ada salah faham dan khilaf tentang ayat tersebut iaitu, bagaimanakah rahmat bagi sekalian alam yang dimaksudkan itu?

Namun dalam tulisan ini saya tidak berhajat untuk berbicara mengenai khilaf tersebut. Sebaliknya, penulis ingin menghimpunkan ayat-ayat yang juga menyebut konteks yang sama dengan turutan ayat yang sama. Supaya pembaca dapat ketahui, Allah SWT telah menerangkan dengan lengkap tugasan-tugasan Baginda SAW.

Selain ayat surah Anbiya' di atas, Allah SWT juga berfirman : وما أرسلناك إلا مبشرا ونذيرا. Ertinya : Tidak kami utuskan Kamu wahai Muhammad kecuali untuk membawa khabar gembira, dan membawa berita buruk bagi orang yang mendustakan.

Di samping itu juga Allah berfirman : (وما أرسلناك إلا كافة للناس بشيرا ونذيرا ولكن أكثر الناس لا يعلمون) Ertinya : Dan kami tidak utuskan kamu wahai Muhammad kepada seluruh manusia kecuali untuk memberi khabar gembira dan memberi berita buruk. Akan tetapi ramai dari kalangan mereka tidak mengetahui.

Seterusnya p**a, Allah SWT berfirman : وبالحق أنزلناه وبالحق نزل، وما أرسلناك إلا مبشرا ونذيرا. Ayat 105 surah Israk. Ertinya : Dan dengan Hak kami turunkan dan dengan hak diturunkan. Dan kami tidak utuskan kamu kecuali untuk membawa khabar gembira dan berita buruk.

3.0 Kesimp**an
Ayat-ayat yang menyebut tentang tugasan Nabi Muhammad SAW menerangkan bawah tugasan asasi Baginda adalah menjadi pembawa khabar gembira dan berita buruk. Iaitu memberitahu kepada umat manusia tentang Islam. Sekiranya mereka memilih untuk beriman, maka bagi mereka berita gembira iaitu syurga dan keredhaan Allah SWT tuhan mereka. Jika mereka memilih untuk kufur, maka bagi mereka khabar buruk iaitu azab yang menanti mereka di akhirat nanti. Inilah intipati tugasan Baginda SAW untuk menyebarkan Islam dengan cara memberi berita gembira dan khabar buruk.

Namun, timbul konflik sesetengah pihak yang hanya mencedok daripada al-Quran seperti menjala ikan, yang mana dapat diambil dan dibawa p**ang. Hakikatnya konsep al-Quran bukanlah begitu, mesti difahami mafhumnya dengan berpandukan al-Quran sendiri.

Dengan itu, jelaslah bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja menyuruh menyampaikan Islam sahaja, tetapi memberi berita gembira, bahkan mengancam mereka dengan azab Allah jika mereka tidak mahu beriman, dengan ancaman api neraka.

perkara ini amat perlu difahami dengan jelas oleh para duat dalam mereka menyampaikan Islam. Dakwaan Islam hanyalah perlu senyum dan melayan orang yang menentangnya adalah tanggapan yang salah. Adakalanya para duat kena mainkan peranan menyebut ancaman-ancaman jika mereka tidak mahu beriman.

Dalam Sirah juga Rasulullah SAW telah membuat perjanjian dengan sesetengah pihak, dan berperang dengan sesetengah pihak yang lain. Tiada yang konsisten hanya berdamai. Hubungan dengan bukan Islam perlu di'review' dari semasa ke semasa agar kita tidak melanggar syariat Allah dan menyalahi konsep dakwah Baginda SAW.

Sekian.
Wallahuallam.

24/06/2021

Bicara Ilmiah Al-Hikmah Research & Publication Center (siri 2).

Boleh kah sesebuah kerajaan/pemerintah mewajibkan pengambilan vaksin untuk rakyat dari sudut Syariat Islam berdasarkan Maqasid Shariah?

Apakah pandangan ulama yang mengatakan boleh diwajibkan?

Dan apakah dalil ulama yang mengatakan tidak boleh diwajibkan?

Bagi menjawab persoalan di atas Kami di AlHikmah Centre & Publication Centre mengambil inisiatif untuk membincangkan permasalahan di atas dan pandangan Syariat Islam terhadapnya.

Saksikan pembentangan kertas kajian ilmiah bersama:

Assistant Professor Dr. Habeebullah Zakariyah. Pensyarah kanan dan Head of Department di Institute of Islamic Banking & Finance (IIBF), University Sains Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak Kampus.

Beliau akan membentangkan kertas kajiannya yang bertajuk: “

Compulsory vaccination: a maqasidi approach”.
التلقيح الإجباري: دراسة مقاصدية

Hos: Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan.
Tarikh: (ahad) 27 Jun 2021
Masa: 9.15 malam.

Medium: Zoom dan Fb Live Al-Hikmah Research & Publication Center, Fb page Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan.

Boleh simpan masa dan tarikh dalam calendar masing-masing.

*link zoom akan diberikan pada hari kejadian.

13/06/2021

Kita serumpun! Inilah yang selalu kita dengar apabila berbicara dengan saudara kita dari Indonesia. Negara jiran yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Kadang-kadang kita tak mampu beza antara orang Indonesia dan Malaysia kerana keakraban raut wajah.

“Fatwa berubah-rubah mengikut zaman tempat”. Suatu ungkapan yang selalu kita dengar berkaitan dengan perubahan fatwa jika berbeza tempat dan masa.

Program kali ini membawakan kepada anda negara Jiran kita Endonesia. Bagaimana keadaan mereka sekarang ini? Bagaimana mereka menghadapi wabak Covid-19. Apakah SOP terkini berkaitan Shopping Mall, taman-taman, kedai makan & rumah Ibadat?

Apakah fatwa-fatwa terkini berkaitan urusan ibadat khusus umat Islam seperti Solat Jemaah dan Jumaat. Solat hari raya. Ibadah korban dan lain-lain.

Bersama Ustaz Rasfi Udin Rasfiuddin Sabaruddin. Sarjana Fiqh dan Usul al-Fiqh, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Depok, Jawa Barat, Endonesia.

Beliau sekarang menetap di sana dan bertugas sebagai:
- Wakil Ketu I Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Hidayatullah
- Direktur Pendidikan Pesantren Mahasiswa dan Da'i
- Ketua Dewan Kemakmuran Masjid Ummul Quro Depok.

Dengarkan sendiri bicara umat Islam Indonesia daripada beliau dan bersoal jawab terus dengan beliau Sabtu ini 19 Jun 2021, 9 malam waktu Malaysia.

Ayuh bersama sertai, like & share. Terima kasih.

11/06/2021

Program malam ni jangan lupa ya.

Mimbir Ilmiah Alhikmah Centre. Bersama Dr Faisal Putera Faisal Husen dari UTHM.

Untuk maklumat detail sila rujuk post yang lepas:

https://www.facebook.com/123880552602195/posts/302939078029674/?d=n

Bagi yang nak sertai dalam aplikasi zoom (boleh bersoal jawab direct dengan tetamu jemputan):

Alhikmah Centre is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: Mimbar Ilmiah Alhikmah Centre
Time: 9.00 PM. *Bilik akan dibuka jam 8.45.

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/83695681854?pwd=c0U5Nnd0N0tyOFhQU3dsWkEySTNnZz09

Meeting ID: 836 9568 1854
Passcode: 251142

26/05/2021

BERSIKAP MAAF MAAFAN SESAMA ORANG MUKMIN SUATU PERKARA YANG DICINTAI OLEH ALLAH. HASILNYA, SEBAGAI BALASAN ALLAH SWT MENGAMPUNI DOSA-DOSA MEREKA YANG MENGAMPUNI DOSA ORANG LAIN

وَلَا یَأۡتَلِ أُو۟لُوا۟ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن یُؤۡتُوۤا۟ أُو۟لِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِینَ وَٱلۡمُهَـٰجِرِینَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۖ وَلۡیَعۡفُوا۟ وَلۡیَصۡفَحُوۤا۟ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن یَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ ﴿ ٢٢ ﴾

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu s**a supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. An-Nur, Ayah 22

25/05/2021

HATI-HATI DALAM MENUDUH ATAU MELABEL ORANG MUKMIN DENGAN SESUATU & FITNAH

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang s**a terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)- Surah An-Nur, Ayat 19

14/04/2021

Suatu pepatah arab yang sentiasa memberi sumber inspirasi dalam perjalanan hidup:

من طلب المعالي سهر الليالي

Siapa yang mencari kejayaan tertinggi, dia akan usaha sekalipun terpaksa berjaga pada malam hari..

19/02/2021

Siapakah umat Islam?

Apakah kefahaman أمة atau umat Islam seperti yang dikehendaki oleh Islam?

Apakah masyarakat Islam yang ramai di dunia hari ini boleh digelar sebagai umat Islam?

Seterusnya, bolehkah kita disandarkan kepada mereka untuk memelihara, membangunkan Islam?

1. Umat Islam merupakan salah satu daripada rukun sebuah negara Islam. Apabila kita melihat mafhum Ummah berdasarkan kepada Sirah Nabawiyyah dan sejarah Islam, kewujudan mereka bukanlah hanya terbatas pada kawasan tertentu, mahupun keturunan tertentu.

2. Oleh itu, dapat kita pastikan ciri utama umat Islam ialah sekump**an manusia yang kehidupan, cara fikir, keadaan semasa mereka, sistem kehidupan, undang-undang, nilai dan neraca mereka lahir dan terbit daripada Islam secara total.

3. Jika dikaji, kita dapati hakikatnya mafhum umat Islam seperti yang disebut di atas telah lenyap sekian lama apabila telah lenyapnya berhukum dengan undang-undang dan syariat Allah SWT atas muka bumi ini.

4. Adalah menjadi asas utama kepada ummah Islam ini ialah mereka mestilah mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka secara total dalam segala aspek kehidupan mereka sama ada individu, keluarga masyarakat, mahupun sistem sesebuah negara dan undang-undangnya.

5. Namun, apabila Islam hari ini hanya berada pada pakaian, lambang-lambang tertentu, dalam masjid dan surau semata-mata, maka adalah menjadi suatu kefardhuan untuk membina dan membangkitkan semula makna ummah yang sebenar.

6. Bahkan adalah menjadi kefardhuan yang asasi untuk membina ummah ini semula, disebalik panji-panji palsu yang digantung sana sini dengan nama Islam. Hakikatnya semua panji-panji ini hanyalah menangkap muat apa yang dis**ai, lalu menempelkannya atas nama Islam tanpa merujuk kepada ajaran Islam yang sebenar. Sedangkan Islam tidak boleh terpisah kepada juzuk-juzuk kecil walaupun sedikit.

7. Islam adalah agama amal. Ini kerana, Islam merupakan agama amali dan praktikal. Isi-isi al-Quran dan kandungan Hadis perlu diamalkan oleh manusia, bukan sahaja berbahas mengenai keindahannya dan keunikan susunan ayat-ayatnya. Bukan sahaja mentartilkannya dengan suara yang merdu dan lunak, tetapi dilunakkannya dalam undang-undang dan sistem sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga Allah memandu kita.

Bersambung...

17/02/2021

Bismillahirrahmanirrahim

تذكير!!

من باب العدل والإنصاف إذا قارنت حياتك المادية بالأغنياء ، فقارن دينك بدين الأتقياء ، ففي الأولى تخسر راحة بالك ، وفي الثانية تكسب دينك ودنياك.

Peringatan!!

Pertimbangan yang adil, jika kita membandingkan kewangan kita yang sederhana dengan orang yang kaya..

kita juga perlu bandingkan agama dan amalan kita dengan orang yang bertakwa..

Perbandingan yang pertama mungkin akan menghilangkan kerehatan kerana perbandingan tersebut..adapun perbandingan kedua akan buatkan kita beruntung dunia dan akhirat...

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kepala Batas
13200