SKHA Sekolah Kebangsaan Hashim Awang

πŸšΆβ€β™€οΈ β€œLangkah terus berjalan, cerita terus berbicara… membaca menjadi teman setia di setiap perjalanan, membuka dunia.” ...
23/04/2026

πŸšΆβ€β™€οΈ β€œLangkah terus berjalan, cerita terus berbicara… membaca menjadi teman setia di setiap perjalanan, membuka dunia.” βœ¨πŸ“–



🌀️ β€œWalau mata memandang luasnya langit yang terbentang, namun cerita di tangan lebih jauh membawa kami merentas dunia m...
23/04/2026

🌀️ β€œWalau mata memandang luasnya langit yang terbentang, namun cerita di tangan lebih jauh membawa kami merentas dunia melalui helaian cerita.” β˜οΈπŸ“–



🌿 β€œDi hamparan hijau, kami terbang ke dunia berbeza. Fikiran bebas mengembara dalam helaian cerita, merentas dunia tanpa...
23/04/2026

🌿 β€œDi hamparan hijau, kami terbang ke dunia berbeza. Fikiran bebas mengembara dalam helaian cerita, merentas dunia tanpa sempadan.” πŸ“–βœ¨



Pendaftaran Murid Tahun 1 | Kalendar Akademik 2027Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksanaka...
28/01/2026

Pendaftaran Murid Tahun 1 | Kalendar Akademik 2027

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui MOEIS di

πŸ”— https://idme.moe.gov.my

βœ… Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan – 31 Dis 2021
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021

✨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.

Tahun Ini, Tahun Kita





🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025Hari Ketiga | Melaka Kuala Lumpur | 20.11.25Hari terakhir KI - SKHA dimulakan dengan ...
02/12/2025

🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025
Hari Ketiga | Melaka Kuala Lumpur | 20.11.25

Hari terakhir KI - SKHA dimulakan dengan sarapan di sekitar homestay sebelum menyambung pengembaraan pendidikan di ibu negara.

Antara destinasi pembelajaran hari terakhir KI - SKHA:

πŸ“ Tugu Negara – Murid mengenali sejarah perjuangan wira-wira negara serta menghargai pengorbanan mereka demi keamanan Malaysia.

πŸ“ Muzium Bank Negara – Pendedahan interaktif tentang peranan bank pusat, pengurusan wang, ekonomi dan keselamatan kewangan negara.

πŸ“ Masjid Negara – Rombongan menziarahi salah satu masjid ikonik Malaysia sambil menunaikan solat jamak Zuhur/ Asar, dan mempelajari seni bina Islam dan adab berada di rumah Allah.
Murid juga berpeluang menziarahi pusara tokoh-tokoh negara yang banyak berjasa kepada tanah air, sebagai satu bentuk penghargaan terhadap legasi mereka.

πŸ“ Kilang Coklat Beryl’s – Murid melihat proses pembuatan coklat tempatan serta berpeluang membuat pembelian sebagai kenangan.

Dalam perjalanan pulang, singgahan dibuat di R&R untuk makan malam dan Solat Jamak Maghrib/Isyak.

Alhamdulillah, perjalanan 3 hari 2 malam ini berjalan lancar, penuh ilmu, pengalaman dan memori indah buat semua warga Team Hashimian on the Go SKHA yang terlibat.

Kembara Ilmu SKHA 2025 β€” Menjelajah, Meneroka & Menginspirasi. 🌏✨

🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025Hari Kedua | Melaka Kuala Lumpur | 19.11.25Hari kedua dimulakan dengan sarapan di hom...
02/12/2025

🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025
Hari Kedua | Melaka Kuala Lumpur | 19.11.25

Hari kedua dimulakan dengan sarapan di homestay sebelum meneruskan penerokaan tempat-tempat bersejarah dan pendidikan di negeri Melaka.

Destinasi pembelajaran KI-SKHA pada hari kedua:

πŸ“ Muzium Kapal Selam – Murid berpeluang menaiki kapal selam sebenar sambil mempelajari teknologi pertahanan, ruang dalaman kapal selam dan sejarah ketenteraan negara.

πŸ“ Muzium Samudera I & II – Rombongan menyusuri sejarah pelayaran dan perdagangan maritim Melaka, sambil melihat replika kapal Flor de la Mar serta artifak penting yang menunjukkan kegemilangan Melaka sebagai empayar perdagangan terkemuka.

πŸ“ Muzium TLDM – Murid mendapat pendedahan tentang sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, peranan TLDM serta peralatan ketenteraan yang digunakan untuk mempertahankan perairan negara.

Selesai sesi pembelajaran di Melaka, rombongan bertolak ke Kuala Lumpur dan berhenti di R&R Seremban untuk makan tengah hari.

Setibanya di ibu kota:
πŸ“ Ladang Farm Fresh – Aktiviti pembelajaran berkaitan penternakan moden, produk tenusu serta konsep pertanian lestari.
πŸ“ Kenanga Wholesale City (KWC) – Tempat berhenti untuk solat dan makan malam.
πŸ“ Jambatan Saloma & KLCC – Rombongan menikmati suasana malam Kuala Lumpur sambil merakam kenangan di lokasi mercu tanda terkenal.

Rombongan akhirnya mendaftar masuk ke tempat penginapan untuk berehat dan bersedia meneruskan Kembara Ilmu pada hari terakhir.

Hari kedua penuh sejarah, ilmu dan pengalaman baharu yang sangat bermakna untuk semua peserta! βœ¨πŸŒƒ

🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025 Hari Pertama | Melaka Kuala Lumpur | 18.11.25Alhamdulillah, Kembara Ilmu SK Hashim A...
02/12/2025

🚌 KEMBARA ILMU SK HASHIM AWANG 2025
Hari Pertama | Melaka Kuala Lumpur | 18.11.25

Alhamdulillah, Kembara Ilmu SK Hashim Awang bermula dengan penuh semangat dan keterujaan!
Seawal pagi, para murid, dan AJK Team Kembara Ilmu (KI) berkumpul di sekolah sebelum meneruskan perjalanan menuju ke bumi bersejarah, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Singgahan pertama kami di R&R Gunung Semanggol untuk solat Subuh dan sarapan pagi bagi memastikan semua peserta bersedia untuk agenda pembelajaran luar bilik darjah yang padat sepanjang hari.

Antara destinasi pembelajaran Team KI- SKHA hari pertama:

πŸ“ Galeri Lebah Melaka – Murid didedahkan dengan proses penghasilan madu, jenis-jenis lebah dan kepentingan pemuliharaan alam.
πŸ“ Perigi Hang Tuah – Menghayati legenda pahlawan Melayu yang penuh nilai sejarah.
πŸ“ Muzium Penjara – Murid diberi peluang melihat sendiri suasana penjara lama sebagai pendidikan pencegahan awal.
πŸ“ Kota A Famosa – Menyusuri tinggalan sejarah penjajahan yang menjadi ikon Melaka.
πŸ“ River Cruise Sungai Melaka – Menikmati keindahan bandar Melaka sambil mengenal seni bina dan sejarah setempat.
πŸ“ Melaka Riverside (Rumah Terbalik) – Aktiviti santai dengan pengalaman visual yang unik dan menyeronokkan.

Selesai aktiviti seharian, rombongan mendaftar masuk ke Homestay Mutiara Bukit Rambai untuk berehat sebelum meneruskan pengembaraan esok hari.

Hari pertama penuh ilmu, pengalaman dan kenangan manis! 🌟

Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih semua.16th KAO International Environment Painting Contest for Children. Pemenang...
18/11/2025

Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih semua.

16th KAO International Environment Painting Contest for Children.

Pemenang peringkat negeri Pulau Pinang,
Adik Nurul Jasmine Suraya binti Mohd Syafizal
(2 Bestari)


15/11/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, Pn Vijaya Letchumi (pengawal keselamatan sekolah) telah meninggal dunia semalam.

Pihak sekolah melahirkan rasa dukacita atas kehilangan beliau. Terima kasih atas segala jasa di SKHA selama ini (melebihi 15 tahun).

Ia bukan sahaja memastikan kesejahteraan fizikal dan mental, tetapi juga membolehkan kita hidup berdikari, berkeyakinan,...
05/11/2025

Ia bukan sahaja memastikan kesejahteraan fizikal dan mental, tetapi juga membolehkan kita hidup berdikari, berkeyakinan, dan menyumbang secara maksimum kepada masyarakat.

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri patut diutamakan.

Program TASKAL peringkat SKHA




Malaysia Tourism Centre25th - 31st October 2025International Youth Performing Arts ChampionshipClassical Ballet Bronze A...
04/11/2025

Malaysia Tourism Centre
25th - 31st October 2025

International Youth Performing Arts Championship

Classical Ballet Bronze Award

Tahniah anakanda, Nurul Jasmine Suraya binti Mohd Syafizal ( 2 Bestari )

Address

Sekolah Kebangsaan Hashim Awang
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 06:45 - 17:00
Tuesday 06:45 - 17:00
Wednesday 06:45 - 17:00
Thursday 06:45 - 17:00
Friday 06:45 - 17:00

Telephone

+6045751145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKHA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SKHA:

Shortcuts

Share

Category