PPKI SMK Dato' Kailan

PPKI SMK Dato' Kailan Ditubuhkan pada tanggal 6 Mac 2024 dengan kekuatan 2 orang guru dan 12 orang murid

15/01/2026Lawatan Projek Naik Taraf Bengkel Kemahiran PPKI SMKDK oleh Pegawai-pegawai SPK & SIP JPNPP serta Pegawai UPK ...
15/01/2026

15/01/2026

Lawatan Projek Naik Taraf Bengkel Kemahiran PPKI SMKDK oleh Pegawai-pegawai SPK & SIP JPNPP serta Pegawai UPK PPDSPU.

Jom Sertai Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Peringkat Kebangsaan 2024!Karnival ini deng...
15/10/2024

Jom Sertai Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Peringkat Kebangsaan 2024!

Karnival ini dengan tema “Insan Terbina, Bakti Terlaksana” merupakan platform terbaik bagi meningkatkan kesedaran ibubapa/penjaga, masyarakat dan semua pihak berkaitan tentang potensi dan kesediaan MBPK selepas tamat persekolahan. Selain itu, menjalin kerjasama pihak KPM dengan pihak berkaitan untuk meningkatkan kebolehpasaran MBPK.

Butiran karnival adalah seperti berikut:
📍Lokasi: Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
🗓️Tarikh: Pada 21&22 Oktober 2024 (Isnin & Selasa)
Masa:
⏰10.00 pagi -10.00 malam (21 Oktober 2024)
⏰10.00 pagi - 2.00 petang
(22 Oktober 2024)

📢 Ayuh tuan-tuan dan puan-puan sertai Karnival Kebolehpasaran MBPK.

📢Pelbagai pameran dan pertandingan menarik yang diadakan antaranya:

📌Pameran Kemahiran- Pastri, Urutan, Multimedia dan banyak lagi.
📌Pameran Pihak Berkaitan /Industri.
📌Pertandingan Inovasi Kebolehpasaran Pendidikan Khas.
📌Pertandingan Kemahiran MBPK-Hiasan Kek, Manik Kreatif dan Poster Digital.
📌Pertandingan Kesenian Nyanyian Solo.
📌Bicara “Insan Terbina, Bakti Terlaksana”.
📌 Temuduga Pekerjaan Terbuka MBPK.

💡Jom beramai-ramai memeriahkan Karnival Kebolepasaran MBPK Di Mydin Mall, Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Berikut merupakan pautan lokasi karnival:
https://maps.app.goo.gl/AjN1mtEgAE7j1dwR8

💡Jumpa anda semua di sana!

4/09/2024Program Ekspresi Kemerdekaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2024.MBPK SMK Dato' Kailan m...
04/09/2024

4/09/2024

Program Ekspresi Kemerdekaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2024.

MBPK SMK Dato' Kailan menyertai semua pertandingan iaitu :
Pertandingan Master Chef Adabi
Peryandingan Deklamasi Sajak
Pertandingan Kolaj Merdeka
Pertandingan Pakaian Beragam

Pencapaian :
Naib Johan Pakaian Beragam
Tempat Ketiga Master Chef Adabi

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat.

21/08/2024Tahniah diucapkan kepada Nurul Nizatul Amira binti Mohd Faizal, atlet tunggal PPKI SMK Dato' Kailan atas kejay...
21/08/2024

21/08/2024

Tahniah diucapkan kepada Nurul Nizatul Amira binti Mohd Faizal, atlet tunggal PPKI SMK Dato' Kailan atas kejayaan mendapat Naib Johan acara Lompat Jauh Kategori BP P15 Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPP 2024 yang bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan MBPK SMKDK pada masa akan datang.

08/08/2024PPKI SMKDK menerima kunjungan Pegawai SISC+ TVET PPD Seberang Perai Selatan, Penolong Jurutera PPD Seberang Pe...
08/08/2024

08/08/2024

PPKI SMKDK menerima kunjungan Pegawai SISC+ TVET PPD Seberang Perai Selatan, Penolong Jurutera PPD Seberang Perai Selatan, Pengetua SMK Simpang Empat dan Guru Kanan TVET SMK Simpang Empat, Seberang Perai Selatan.

7/08/2024Guru dan murid PPKI SMKDK menerima tshirt tajaan PPM Mystep, En. Muhamad Hafiz bin Mohd Sidik.Terima kasih atas...
07/08/2024

7/08/2024

Guru dan murid PPKI SMKDK menerima tshirt tajaan PPM Mystep, En. Muhamad Hafiz bin Mohd Sidik.

Terima kasih atas sumbangan. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat datang dan selamat menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS).Putri Nur ShamimiIjazah Sarjana Muda Pendidikan...
05/08/2024

Selamat datang dan selamat menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS).

Putri Nur Shamimi
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

31/07/2024Sempena bulan Muharram 1446H, PPKI SMK Dato' Kailan tidak ketinggalan untuk membuat aktiviti memasak bubur asy...
31/07/2024

31/07/2024

Sempena bulan Muharram 1446H, PPKI SMK Dato' Kailan tidak ketinggalan untuk membuat aktiviti memasak bubur asyura.

Tahniah atas usaha guru-guru, ppm dan murid-murid PPKI SMKDK.

30/07/2024Kunjungan En. Hairulizwan bin Shahidan, KPP Sektor Pendidikan Khas JPNPP; Dr. Azimah binti Abdullah, Penolong ...
30/07/2024

30/07/2024

Kunjungan En. Hairulizwan bin Shahidan, KPP Sektor Pendidikan Khas JPNPP; Dr. Azimah binti Abdullah, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPNPP & Pn. Noorasyikin binti Sapian, Penolong PPD Pendidikan Khas PPD SPU ke kelas PPKI SMK Dato' Kailan.

22/07/2024SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGASPuan Sarah binti ChinGuru PPKI SMK Dato' KailanSayang kumbang mencari makan...
22/07/2024

22/07/2024

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Puan Sarah binti Chin
Guru PPKI SMK Dato' Kailan

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

2/07/2024Perlawanan Persahabatan Petanque antara PPKI SMK Dato' Kailan, SMK Kepala Batas dan SK Pinang Tunggal bertempat...
02/07/2024

2/07/2024

Perlawanan Persahabatan Petanque antara PPKI SMK Dato' Kailan, SMK Kepala Batas dan SK Pinang Tunggal bertempat di SMK Dato' Kailan.

Address

Jalan Paya Keladi
Kepala Batas
13200

Telephone

+6045753894

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SMK Dato' Kailan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SMK Dato' Kailan:

Shortcuts

Share

Category