📚 KOMITMEN BERTERUSAN DEMI KECEMERLANGAN SPM 2026 📚
Sepanjang bulan April 2026, barisan guru SPM SMK Datuk Haji Abdul Kadir terus komited melaksanakan kelas tambahan bagi membantu calon-calon SPM 2026 membuat persediaan yang lebih mantap menghadapi peperiksaan.
Pelaksanaan kelas tambahan ini merupakan usaha berterusan pihak sekolah dalam memastikan setiap murid mendapat bimbingan, pengukuhan serta sokongan akademik yang terbaik. Inisiatif ini juga menjadi bukti kesungguhan dan pengorbanan para guru yang sanggup meluangkan masa demi kejayaan anak-anak didik.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, pihak pentadbir, kaunselor, staf sokongan, PIBG serta seluruh warga sekolah yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program akademik ini.
Makluman ini juga ditujukan kepada para waris agar dapat terus memberi dorongan, pemantauan dan sokongan moral kepada anak-anak sepanjang tempoh persediaan menuju SPM.
✨ Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan ini membuahkan kejayaan yang cemerlang buat seluruh calon SPM 2026 SMK Datuk Haji Abdul Kadir. Teruskan berusaha, kekal fokus dan percaya pada kemampuan diri.
“Usaha hari ini, kejayaan masa depan.”
SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR dan PIBK Smkdhak
This is an official FB for all KADIRIANS
23/05/2026
MAJLIS PERSARAAN MEGA
22/5/2026
SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR mengakhiri hari terakhir persekolahan sebelum Cuti Pertengahan Tahun dengan acara yang terbekas di hati dan terbenam dalam ingatan semua warganya.
Meraikan perpisahan bukanlah sesuatu yang indah. Walaupun ada antara mereka yang masih mempunyai 1-2 bulan lagi tempoh perkhidmatan,tetapi mereka memilih untuk diraikan secara bersama.
Cikgu Tan Say Lee
Cikgu Abdullah bin Ismail
Cikgu Abdul Razak bin Abd. Rashid
Cikgu Azlina binti Othman
Cikgu Mima Baidura binti Abu Bakar
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan usaha yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
Moga semua guru yang dirai akan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik serta ketenangan berpanjangan.
23/05/2026
22/05/2026
SMKDHAK muncul johan Kejohanan Bola Sepak MSSPP Peringkat Zon Kepala Batas bagi kategori 15 TKB & 18 TKB
Tahniah kepada semua warga SMKDHAK Atas pencapaian mempertahankan kejuaraan 5 tahun berturut-turut...🏆
SYUKRAN JAZILAN!
18/05/2026
PENGHARGAAN BUAT MASJID IBADURRAHMAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Masjid Ibadurrahman atas sumbangan kek sempena Sambutan Hari Guru 2026.
Keprihatinan dan ingatan yang diberikan amat dihargai oleh seluruh warga sekolah serta menjadi simbol penghormatan kepada jasa para guru dalam mendidik dan membentuk generasi masa depan negara.
Semoga segala kebaikan dan jalinan ukhuwah ini terus diberkati serta diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.
Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara Nadi Negara” 🌷
TERIMA KASIH YB!
18/05/2026
TERIMA KASIH YB REEZAL MERICAN
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Reezal Merican Naina Merican atas sumbangan kek sempena Sambutan Hari Guru 2026.
Sumbangan dan keprihatinan yang diberikan amat bermakna sebagai tanda sokongan serta penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang terus komited mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.
Semoga hubungan erat antara komuniti, pemimpin dan institusi pendidikan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan generasi masa hadapan.
Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara Nadi Negara” 🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Smk Datuk Haji Abdul Kadir
Kepala Batas
13200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |