Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

Share

This is the Official page for Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi formerly known as IPPT/PPUSMB, Bertam, Penang

The Malaysian Cabinet Ministers in its meeting on the 16th October, 2002 formally approved the memorandum (Memorandum No. 650/2343/2002) from the Ministry of Education (MOE) to set up Advanced Medical & Dental Institute (AMDI). The memorandum has stated AMDI would be situated in Bertam, Kepala Batas, Penang and the administration of this institute would be in the governance of Universiti Sains Mal

11/06/2026

📢 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS KERJASAMA AKADEMIA–INDUSTRI DALAM BIDANG PERANTI PERUBATAN

Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput seluruh warga USM untuk menyertai Academia-Industry Focus Group Discussion Programme on Medical Device.

🤝 Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara akademia dan industri serta memberi pendedahan mengenai perkembangan semasa, inovasi dan peluang dalam industri peranti perubatan Malaysia.

📌 Tema:
Memperkukuh Sinergi Akademia–Industri bagi Inovasi Peranti Perubatan

đź“… Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Seminar, Cancer Research Complex (CRC), PKTAAB, USM Bertam

🎙️ Penceramah Jemputan:
Mr. Johari Abu Kasim
Presiden Persatuan Industri Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM)

📲 Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, memahami ekosistem industri peranti perubatan negara serta membina jaringan kerjasama antara akademia dan industri.

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 11/06/2026

MALAYSIA STRENGTHENS VACCINE DEVELOPMENT ECOSYSTEM THROUGH INTERNATIONAL SEMINAR ON PRECLINICAL VACCINE RESEARCH

PULAU PINANG, 8-9 June 2026 – Malaysia took another significant step towards strengthening its national vaccine development ecosystem through the organisation of the seminar “Navigating the Preclinical Development of Novel Candidate Adjuvanted Vaccines Towards Successful First-in-Human Clinical Trials” held from 8 to 9 June 2026 at Eastin Hotel, Pulau Pinang.

The high-impact seminar brought together distinguished international and local experts, researchers, clinicians, policymakers, regulators, and industry representatives to discuss critical aspects of vaccine development, particularly in advancing novel adjuvanted vaccine candidates from preclinical research towards first-in-human clinical trials.

The programme was organised by the Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals, National Institutes of Biotechnology Malaysia (IPharm-NIBM) with co-organisation by Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM). The seminar was supported under the Vaccine Program Training Grant (LPV), an initiative recognised within Malaysia’s National Vaccine Development Roadmap (NVDR).

The opening ceremony was officiated by the Chief Executive Officer of NIBM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, FASc, who highlighted the importance of strategic collaboration and talent development in strengthening Malaysia’s preparedness and resilience in vaccine innovation and biotechnology advancement.

Over the two-day programme, participants were exposed to global perspectives and cutting-edge scientific developments through keynote addresses and expert presentations delivered by renowned speakers from organisations including the International Vaccine Institute (IVI), Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Ministry of Health Malaysia (MOH), Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Chulalongkorn University, Genoskin USA, and leading Malaysian research institutions.

Among the key topics discussed were regulatory expectations for first-in-human vaccine trials, management of preclinical data, in-vivo safety and efficacy studies, vaccine quality assurance under Good Manufacturing Practice (GMP) environments, epidemiological data utilisation, and emerging challenges associated with adjuvanted vaccines.

The seminar also served as an important platform for strengthening collaboration between academia, government agencies, healthcare institutions, and biotechnology industries while fostering knowledge exchange and networking opportunities among experts in the vaccine development ecosystem.

Director of PKTAAB-USM, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, in her closing remarks, emphasised the importance of continuous scientific collaboration and capacity building in positioning Malaysia as a competitive contributor in global vaccine research and innovation.

Meanwhile, Director of IPharm, NIBM, Prof. Madya Dr. Tye Gee Jun, expressed hope that the seminar would catalyse stronger partnerships and accelerate translational research efforts towards the successful development of safe, effective, and innovative vaccines for the benefit of public health.

The seminar reflects Malaysia’s ongoing commitment to enhancing scientific excellence, strengthening translational research capabilities, and advancing national aspirations in vaccine development and biomedical innovation.

Text prepared by: Nurul Amira Mohd Ali
Text edited by: Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli
Photo: Nurul Amira Mohd Ali

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 11/06/2026

PASUKAN BOLA TAMPAR WANITA PKTAAB RAIH NAIB JOHAN SUKJAP 2026

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 – Pasukan Bola Tampar Wanita Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam acara bola tampar wanita sempena Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) 2026 yang berlangsung di Azman Hashim USM Sports Arena.

Seramai 14 orang pemain dan pegawai terlibat dalam kejohanan tersebut. Pasukan PKTAAB memulakan saingan dengan cemerlang apabila muncul sebagai Naib Johan Kumpulan sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, pasukan PKTAAB mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir. Namun begitu, hasrat untuk mempertahankan kejuaraan tidak kesampaian apabila pasukan PKTAAB tewas kepada pasukan Zon 5 dalam perlawanan akhir dan menamatkan kejohanan sebagai Naib Johan Keseluruhan.

Menurut pengurus pasukan, pencapaian tersebut tetap membanggakan walaupun sasaran untuk mempertahankan kejuaraan tidak berjaya dicapai.

"Tahniah kepada pasukan kerana telah bertungkus-lumus mempamerkan aksi terbaik pada tahun ini. Namun, rezeki untuk mempertahankan gelaran juara tidak memihak kepada pasukan PKTAAB. Insya-Allah, tahun hadapan kami akan meneruskan perjuangan dan berusaha kembali merampas kejuaraan seperti yang telah dibuktikan oleh pasukan lelaki yang berjaya menjuarai pertandingan selama tiga tahun berturut-turut. Ayuh, kita teruskan perjuangan," katanya.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat kesukanan dan kerjasama erat dalam kalangan pemain PKTAAB, sekali gus mengharumkan nama pusat tersebut di pentas SUKJAP 2026. Kejayaan mara ke perlawanan akhir turut mencerminkan daya saing tinggi pasukan wanita PKTAAB dalam kalangan kontinjen yang bertanding pada kejohanan kali ini.

Teks disediakan oleh: Puan Nurul Amira Mohd Ali
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
9 Jun 2026

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 11/06/2026

BENGKEL NotebookLM PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL PELAJAR PASCASISWAZAH PKTAAB

BERTAM, 9 Jun 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) telah menganjurkan Bengkel NotebookLM untuk pelajar pascasiswazah bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Kanser, PKTAAB. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar dalam penggunaan NotebookLM melalui akaun Google Workspace for Education (GWFE), selaras dengan inisiatif pengaktifan lesen NotebookLM kepada pelajar pascasiswazah di universiti awam.

Seramai 36 orang peserta yang hadir telah dibimbing oleh PM Dr Rafidah Zainon dan Dr Nurulisa Zulkifle untuk mengaktifkan lesen NotebookLM Enterprise melalui akaun GWFE, seterusnya meneroka fungsi utama platform tersebut dalam menyokong pembacaan akademik, pengurusan nota, penulisan penyelidikan dan penghasilan bahan multimedia seperti infografik, slaid pembentangan, peta minda, video dan audio.

Majoriti peserta telah berjaya mengaktifkan lesen NotebookLM, manakala 13 orang peserta yang menghadapi masalah berkaitan akses dan pengaktifan lesen telah dikenalpasti serta dirujuk kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Bahagian Akademik dan Antarabangsa PKTAAB atas sokongan yang diberikan bagi memastikan kelancaran program sepanjang bengkel berlangsung.

Teks dan foto disediakan oleh: Dr. Nurulisa Binti Zulkifle
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
9 Jun 2026

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 10/06/2026

PKTAAB HOSTS COLLOQUIUM WITH PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY TO STRENGTHEN RESEARCH COLLABORATION

BERTAM, 10 June 2026 – Pusat Kanser Tunku Abdul Rahman Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM), hosted the first day of the Colloquium of USM–PSU 2026 welcoming delegates from the Drug Delivery System Excellence Center, Faculty of Pharmaceutical Sciences, Prince of Songkla University (PSU), Thailand. The colloquium provided a valuable platform for strengthening academic ties and exploring future collaborative opportunities between the two institutions.

The programme began with a visit to the Animal Research Centre and Central Research Laboratory facilities at the Cancer Research Centre (CRC), followed by a luncheon session at Auditorium Sains@Bertam. Participants were introduced to the research infrastructure and capabilities available at PKTAAB, showcasing USM’s commitment to supporting high-quality translational and pharmaceutical research.

Read more in the comments section ...

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 10/06/2026

USM DAN UiTM METERAI KERJASAMA STRATEGIK MELALUI MEMORANDUM PERJANJIAN PENGINAPAN PELAJAR

BERTAM, 10 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam hari ini telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi penyediaan kemudahan penginapan pelajar program Doktor Perubatan USM di Kolej Kediaman Al-Zahrawi, UiTM Kampus Bertam.

Majlis tandatangan perjanjian yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali.

Memorandum Perjanjian tersebut melibatkan kerjasama antara UiTM Kampus Bertam dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penyediaan penginapan kepada pelajar program Doktor Perubatan USM sebagai usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.

Berita selanjutnya boleh diikuti melalui pautan berikut:
https://www.amdi.usm.my/index.php/newsarchive/2390-mouitm

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 10/06/2026

PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI PKTAAB (ZON 9) CIPTA SEJARAH, RANGKUL KEJUARAAN SUKJAP TIGA KALI BERTURUT-TURUT

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 – Pasukan Bola Tampar Lelaki Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) mewakili Zon 9 sekali lagi mengukir sejarah apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dan merangkul pingat emas dalam Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) 2026, sekali gus mencatat hatrik kejuaraan tiga tahun berturut-turut selepas turut muncul juara pada tahun 2024 dan 2025.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh sengit dan mendebarkan, pasukan Zon 9 berjaya menewaskan Zon 6 dengan keputusan 31-26. Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, para pemain dan penyokong pasukan meraikan kemenangan penuh bermakna hasil komitmen, disiplin dan usaha gigih yang telah dicurahkan sepanjang persiapan kejohanan.

Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang diraih dengan mudah. Di sebalik pencapaian membanggakan tersebut, pasukan berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan kemudahan latihan sebelum ini yang memerlukan mereka menyewa gelanggang luar. Namun, pembinaan gelanggang baharu di PKTAAB telah memberikan kemudahan yang lebih baik dan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pasukan sepanjang musim ini.

Pautan berita selanjutnya di ruangan komen ...

Teks disediakan oleh: Puan Nurul Amira Mohd Ali
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia

9 Jun 2026

Photos from Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM's post 10/06/2026

PASUKAN BERBASIKAL ZON 9 HADIAHKAN EMAS KEDUA KEPADA KONTINJEN PKTAAB DALAM ACARA BERBASIKAL TEAM TIME TRIAL SUKJAP 2026

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 – Pasukan Berbasikal Zon 9 berjaya menghadiahkan pingat emas kedua kepada kontinjen PKTAAB apabila dinobatkan sebagai johan dalam acara Berbasikal Team Time Trial sempena Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) 2026 baru-baru ini. Kejayaan ini amat bermakna memandangkan acara berbasikal merupakan antara acara yang baru diperkenalkan dalam kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) kali ini. Pasukan Zon 9 berjaya memanfaatkan peluang tersebut dengan mempamerkan prestasi cemerlang hasil gabungan pengalaman, ketahanan fizikal dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Pasukan yang diuruskan oleh Encik Mohd Faisol Ahmad Marzuki dibarisi oleh empat atlet berbasikal berbakat iaitu Encik Mohamad Azuwan Abu Bakar, yang turut bertindak sebagai kapten pasukan dan dikenali sebagai “Raja Trek Grik–Titiwangsa–Jeli”, Encik Mohd Abdillah Zamil Md Saad, peserta berpengalaman dalam acara Master Gran Fondo, Puan Siti Khadijah Azuden, atlet berbasikal SUKUM, serta Encik Muhammad Shahril Azmi, atlet harapan baharu pasukan.

Pautan berita selanjutnya di ruangan komen ...

9 Jun 2026

10/06/2026

SOROTAN ARTIKEL WARGA PKTAAB
Pengarang: Dr. Norfarazieda Hassan
Pensyarah
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB)
Universiti Sains Malaysia
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
09 Jun 2026
Untuk info lanjut, sila rujuk di ruangan komen.

10/06/2026

SOROTAN ARTIKEL WARGA PKTAAB
Pengarang: Dr. Eva Nabiha Zamri
Pensyarah Kanan
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB)
Universiti Sains Malaysia
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
08 Jun 2026
Untuk info lanjut, sila rujuk di ruangan komen.

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, USM
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:10 - 13:00
14:00 - 17:10
Tuesday 08:10 - 13:00
14:00 - 17:10
Wednesday 08:10 - 13:00
14:00 - 17:10
Thursday 08:10 - 13:00
14:00 - 17:10
Friday 08:10 - 12:00
14:45 - 17:10