📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/nC59jGDtYw3hTG6S/?mibextid=KsPBc6
Maahad Al-Imam An-Nawawi
BERASAL SEBAGAI SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAHUN 2000 DAN SEKARANG SEBAGAI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN
19/04/2023
Assalamualaikum.
Peluang pahala di akhir Ramadan.
Sumbangan waqaf Al Quran Al Mufiq cetakan yayasan Restu sebanyak 50 naskah diperlukan untuk pelajar. Harga 50xRM100=RM5,000.00. Tuan puan boleh mewaqafkan Al-Quran dengan memasukkan sumbangan tersebut ke dalam akaun sekolah MAAHAD AL IMAM AN NAWAWI. 07043011015862. Akaun bank islam. Rujukan: WAQAF AL QURAN Sumbangan waqaf diterima Serendah RM5.00.
Tuan/puan boleh hubungi pejabat sekolah untuk keterangan lanjut atau terus ke pejabat sekolah untuk memberikan sumbangan. Alamat: Maahad Al Imam An Nawawi, Lahar Minyak, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Hubungi : Pejabat sekolah : 04-5793960 @
Pengetua sekolah: Zaidi bin Salleh 0195716802.
27/06/2022
11/05/2022
Assalamualaikum
PROGRAM MEWAQAF AL QURAN.
Pihak sekolah dalam program memohon sumbangan untuk waqaf Al Quran terjemahan perkata, Cetakan Yayasan Restu, seperti dalam gambar sebanyak 63 buah untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 2022. Harga sebuah Al Quran tersebut ialah RM70.00. Boleh beli sebuah Al Quran atau membeli sebahagian sahaja sebanyak RM10.00. Jumlah keseluruhan yang diperlukan ialah sebanyak RM4,410.00. Jadi sapa-sapa yang ingin mewakafkan Al Quran tersebut boleh hubungi wasap/telegram saya Zaidi bin Salleh 0195716802 ATAU hubungi kerani sekolah Cik Farin bt Habib 0137575573. Wang sumbangan boleh di masukkan terus ke Akaun Sekolah. No. Akaun Sekolah 07043011015862. Nama akaun MAAHAD AL IMAM AN NAWAWI, Akaun Bank Islam.
Semoga segala sumbangan dari pihak Tuan / Puan akan diberkati Allah dan pahala berkekalan sehingga akhirat.
Sekian Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah.
Zaidi bin Salleh
Pengetua Maahad Al Imam An Nawawi.
Melaksanakan DWI kurikulum. Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum DINI. Sebagai sekolah agama bantuan kerajaan, melaksanakan peperiksaan AWAM iaitu PT3, SPM dan STAM dan Peperiksaan bawah JHEAIPP iaitu peperiksaan SMA di tingkatan 4 dan STA di Tingkatan 6.
07/02/2021
Alhamdulillah perkembangan pembinaan bangunan berjalan lancar. Terima kasih kepada penyumbang yang telah memeberikan sumbangan untuk pembinaan bangunan ini.
01/02/2021
ASSALAMUALAIKUM.
PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA BAGI PEMBINAAN BANGUNAN KONTENA 4 TINGKAT DENGAN 9 BILIK DARJAH DAN 1 DEWAN SERBAGUNA. DANA DIPERLUKAN SEBANYAK RM800,000.00. BAKI RM600,000.00 DIPERLUKAN.
KEMPEN SATU ORANG RM10 KE AKAUN SEKOLAH MAAHAD AL IMAM AN NAWAWI BANK ISLAM: 07043011035846. TERIMA KASIH. BOLEH HUBUNGI PEJABAT SEKOLAH 045796719 / 045792044 ATAU PENGETUA SEKOLAH USTAZ ZAIDI BIN SALLEH 0195716802.
30/01/2021
Plan Asas bagi pembinaan bangunan kontena. Kontraktor RnR Hias telah di lantik bagi pembinaan bangunan kontena. Selepas tender terbuka dibuat. Tender berasaskan reka dan bina. Kos diperlukan sebanyak RM800,000.00. Panjang bangunan 120 kaki dan lebar 30 kaki tidak termasuk kaki lima. Setiap tingkat ada 3 bilik darjah bersaiz 25 kaki x 30 kaki atau 7.5 meter x 9 meter, satu bilik air bersaiz 10 kaki dan tangga di ke dua hujung bangunan. Contoh bangunan yang telah siap di bina sebagai panduan rujukan bagi memastikan bangunan ini di siapkan dalam keadaan yang selesa apabila digunakan nanti. Setiap bilik darjah menggunakan air cooler untuk sistem penyejuk bagi keselesaan pelajar belajar nanti. Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021. Sumbangan orang ramai sangat-sangat di perlukan bagi menyiapkan bangunan tersebut.
Sumbangan boleh dibuat melalui bank in ke akaun pembangunan Maahad Al Imam An Nawawi Akaun Bank Islam 07043011035846.
30/01/2021
Perkembangan Pembinaan bangunan kontena 4 Tingkat.
07/09/2019
Sekolah Maahad Imam Nawawi masih memerlukan kewangan untuk menambun tanah untuk padang permainan dan pembangunan dalam masa terdekat. Sekitar 50 lori lagi diperlukan bagi tujuan tersebut den kos diperlukan ialah sebanyak RM7000.00. Saya memohon agar tuan-tuan dan puan-puan agar dapat memberikan sedikit sumbangan untuk tujuan tersebut. Rm10 x 700 sudah cukup mampu untuk mendapatkan dana tersebut. Sila masukkan sumbangan waqaf ke akaun Sekolah Maahad Al Imam An Nawawi. Bank Islam 07043011035846.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
LAHAR MINYAK
Kepala Batas
13200