29/04/2026
“Badan Saya Kepunyaan Saya” 💛
Hari ini anak-anak didedahkan dengan pendidikan awal tentang keselamatan diri melalui aktiviti mengenal anggota badan yang boleh dan tidak boleh disentuh.
Melalui pembelajaran ini, anak-anak belajar bahawa:
✔️ Mereka berhak menjaga tubuh badan sendiri
✔️ Berani berkata “TIDAK” jika berasa tidak selesa
✔️ Berkongsi dengan guru atau ibu bapa jika berlaku sesuatu
Pendedahan awal ini sangat penting untuk membina keyakinan dan melindungi diri sejak kecil.
Semoga anak-anak kita membesar dengan rasa selamat, yakin dan tahu menjaga diri mereka ❤️✨