26/07/2026
πππβ€οΈ π KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PINANG TUNGGAL (SuKSeS) KALI KE-56 π β€οΈπππ
Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan SK Pinang Tunggal (SuKSeS) Kali Ke-56 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, kemeriahan dan semangat kesukanan.
Walaupun cuaca kurang mengizinkan dengan hujan lebat serta padang yang dinaiki air, ia sama sekali tidak mematahkan semangat warga SKPT untuk meneruskan kejohanan. Acara perbarisan rumah sukan, persembahan kontinjen, sukaneka serta acara waris tetap diteruskan, manakala markah bagi acara padang dan persembahan turut diambil berdasarkan raptai rasmi yang telah diadakan pada hari Khamis. π§οΈπͺ
Tahniah diucapkan kepada semua rumah sukan yang telah memberikan saingan sengit sepanjang kejohanan. Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:
π₯ Johan Keseluruhan β π Rumah Laksamana (Biru)
π₯ Naib Johan β π Rumah Temenggung (Hijau)
π₯ Tempat Ketiga β π Rumah Bendahara (Kuning)
π
Tempat Keempat β β€οΈ Rumah Panglima (Merah)
Manakala bagi Pertandingan Perbarisan Kontinjen, tahniah diucapkan kepada π Rumah Temenggung (Hijau) yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Persembahan Perbarisan menerusi persembahan bertemakan Ninja Turtle yang berjaya mencuri perhatian para hakim dan hadirin. π’π
Kejohanan pada kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Cik Nur Hafiza daripada Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara (PPDSPU). Terima kasih atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan temasya sukan tahunan SKPT.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid, waris, PIBG, para petugas serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Kejayaan penganjuran SuKSeS bukan hanya diukur melalui pingat dan piala, tetapi juga melalui semangat kesukanan, kerjasama dan ukhwah yang berjaya dipupuk dalam kalangan seluruh warga sekolah. ππ
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan komitmen terbaik. Bagi yang belum berjaya, teruskan berusaha kerana setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan yang lebih besar.
π SuKSeS 2026 β Successfully Done! π
Jumpa lagi di SuKSeS Kali Ke-57! πππβ€οΈ
ps - gambarΒ² lain semasa program boleh didapatkan dari link di bawah:
https://photos.app.goo.gl/L59NJN79FUS65e236
πππππβ€οΈ