05/09/2017
"Hidup ini ibarat kapal dalam pelayaran, dilambung ombak dan badai lautan menuju destinasi akhir yang mulia".
Acapkali sebagai nakhoda kapal (khalifah), kita harus mampu mengawal pelayaran, mengetahui laluan destinasi yang sebenar, tabah menghadapi samudera dan badai, memahami selok belok lautan dan petunjuk di langit serta galaksi, menjaga kebajikan anak kapal, mengawal amarah kerna keletihan mahupun mengenalpasti kelemahan serta kebocoran kapal hatta kecukupan makanan yang menjadi rebutan semasa pelayaran.
Andai anda adalah nakhoda muda, dapatkan nasihat atau pengalaman anak kapal yang sudah banyak asam garamnya di lautan.
Jika anda nakhoda lama, ingat!!. Anda belum tentu faham semuanya...anda belum tentu mengerti teknologi terkini kapal yang mungkin kelasi anda lebih mengetahui atau memahaminya...
Mungkin ada baiknya, lengkap melengkapi lebih baik dari terus memusuhi atau memenangi sesuatu keputusan...
Semoga kita terus melayari bahtera bersama sama sehingga sampai ke destinasi tanpa perlu menyakiti atau merosak bahtera sendiri...
Sehingga bertemu lagi.
"Cantiknya mentari pagi, umpama emas disebalik timbunan besi"
-Brother Jai-
Kelasi Cabuk atas Bahtera Emas