Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1

Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1

Share

Sekolah Menengah Agama Daeratul Maʿarifil Wataniah 1, Jalan Perak, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai (U), Pulau Pinang. Tel: 04-5754140 Faks: 04-5753140.

TAKBIR RAYA 2026 SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1 20/03/2026

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
عيد مبارك سعيد، تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال، كل عام وأنتم بخير

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam khususnya seluruh warga SMA DMW1. Semoga segala amalan kebaikan diterima oleh Allah S.W.T..

TAKBIR RAYA 2026 SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1 TAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026TAKBIR DI LAUNGKAN OLEH BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU LELAKI SMA DMW1.

19/03/2026

Nantikan rakaman Video Takbir Raya Aidilfitri 2026 di tiktok dan youtube rasmi sekolah

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 11/03/2026

Majlis Santunan Budi Setaut Kasih Sempena Persaraan Tuan Haji Ashmuni Bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMA DMW1.

9 Mac 2026

Selamat bersara diucapkan buat Tuan Haji Ashmuni dan terima kasih atas segala khidmat bakti di bumi SMA DMW1.
Semoga Tuan Haji diberikan kesihatan dan dilimpahkan rezeki.

Saf. Taawun. Itqan

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 16/02/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2025
Tarikh: 13 Februari 2026
Tempat: Dewan Syeikh Abdullah Fahim
Ucapan Perasmian: Tuan Haji Ishak Bin Harun, Ketua Pengarah SPI, JPNPP

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah.

Saf-Itqan-Taawun

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 12/02/2026

SAMBUTAN IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026
Tarikh: 12 Februari 2026
Tempat: Dewan Syeikh Abdullah Fahim
Aktiviti:
- Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohd Nor Azli Bin Salleh.
- Forum Ambang Ramadhan oleh Barisan Pemimpin Pelajar.
- Gimik Pelancaran

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak daripada seluruh warga SMADMW1.

Saf-Taawun-Itqan

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 11/02/2026

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2026

11 Februari 2026

Kedudukan rumah sukan berdasarkan kutipan pingat kejohanan:
1. Rumah Khandak
2. Rumah Badar
3. Rumah Uhud
4. Rumah Ahzab

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Saf-Itqan-Taawun

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 05/02/2026

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2025

Alhamdullilah sebuah lagi pencapaian yang membanggakan. Peningkatan GPS STAM 2025 meningkat sebanyak 0.93 kepada 2.43 berbanding GPS STAM 2024 3.36.

Keputusan Peperiksaan STAM 2025 SMADMW1:
Bil calon: 25 orang
Mumtaz Sofi: 2 orang
Mumtaz: 5 orang
Jayyid Jiddan: 5 orang
Jayyid: 9 orang
Maqbul: 0 orang

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon STAM 2025 batch JAHABIZAH atas pencapaian yang memberangsangkan ini . Semoga DMW1 mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan datang.
SAF TAAWUN ITQAN

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 03/02/2026

Taklimat Headcount Kepada Pelajar SPM dan STAM 2026.

Disampaikan oleh: Tuan Haji Anas Bin Ismail, Setiausaha Headcount Sekolah.

Ucapan dan amanat oleh Ustaz Mohd Nor Azli Bin Salleh, Pengetua Sekolah.

Saf, Itqan, Taawun.

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 29/01/2026

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar Sesi 2026

Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Mohd Nor Azli Bin Salleh.
Turut hadir Insp. Suzie bt. Ku Md Arif, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Seberang Perai Utara.

Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar disempurnakan oleh Ust Mohd Nor Azli Bin Salleh dan Insp. Suzie bt. Ku Md Arif

Seterusnya bacaan ikrar dipimpin oleh Saudara Mohd Fakhrul Hisyam, Ketua Pelajar.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Puan Inspektor atas kesudian menyempurnakan acara.
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan pelajar tahun 2026.

Saf. Itqan. Taawun

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 18/01/2026

Program Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh penghayatan pada 15 hingga 16 Januari 2026 bertempat di Dewan Syeikh Abdullah Fahim, SMA DMW1. Program ini dianjurkan bertujuan menambahkan kefahaman serta penghayatan warga sekolah terhadap peristiwa Israk dan Mikraj, di samping mengaplikasikan pengajaran daripada peristiwa tersebut dalam kehidupan seharian.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohd Nor Azli Bin Salleh yang menekankan kepentingan menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai asas pembentukan sahsiah dan pengukuhan iman dalam kalangan pelajar. Program diteruskan dengan ceramah penghayatan Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Yuhafez Bin Yunos, yang sarat dengan pengisian bermakna serta nasihat yang menyentuh jiwa.
Turut memeriahkan majlis ialah persembahan bercerita oleh wakil pelajar Tingkatan Satu serta persembahan qasidah oleh Kumpulan Wijdan yang berjaya menarik perhatian dan menyemarakkan suasana majlis 🎶
Program ini telah dihadiri oleh semua pelajar dan guru SMA DMW1. Diharapkan pengisian yang diperoleh dapat menjadi pedoman dan diamalkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Saf - Itqan - Taawun

Photos from Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah 1's post 12/01/2026

Suasana perhimpunan pertama bagi sesi 2026.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, alunan Asmaul Husna, lagu Negaraku, Pulau Pinang, dan Lagu Sekolah.

Kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Majlis turut berbesar hati dengan kehadiran Insp Nor Shakila Bt Zainol Abidin dari IPD Seberang Perai Utara.

Diharapkan agar semua pelajar Daeratul Maarifil Wataniah 1 bersemangat tinggi dalam menuntut ilmu.

Saf - Itqan - Taawun.

TikTok · SMA DMW1 kepala batas 10/01/2026

Suasana pendaftaran dan taklimat pelajar baharu sesi 2026.
Selamat datang ke Daeratul Maarifil Wataniah Satu bagi pelajar baharu..

Jemput follow akaun tiktok rasmi SMADMW1 di

Saf - Itqan - Taawun

TikTok · SMA DMW1 kepala batas Check out SMA DMW1 kepala batas’s video.

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00