Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Terletak di Kepala Batas Pulau Pinang Sekolah Kebangsaan Pokok Sena telah dibina pada awal tahun 2003. Kejayaan SKPS hasil kerjasama ibu bapa dan guru .

Selepas pihak berwajib meluluskan pembinaan taman perumahan di kawasan itu maka pembinaan sekolah ini dilaksanakan bagi tujuan memenuhi keperluan asas penduduk setempat. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2004. Oleh sebab terdapat 10% bangunan sekolah yang masih tidak dapat disiapkan, maka semua warga SKPS telah ditempatkan sementara di SMK Pok

ok Sena selama 2 bulan ( 3 Januari hingga akhir Februari 2004. Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah ditubuhkan telah banyak menyumbang kepada pembangunan sekolah. SKPS menjalankan sesi persekolahan pada sebelah pagi sahaja . SKPS telah diterajui oleh 2 orang Guru Besar bermula dengan Puan Ruhayah Binti Ahmad dan telah diganti sehingga hari ini di bawah En. Ashri Bin Abdullah. manakala bilangan guru p**a seramai 19 orang pada tahun 2004 meningkat kepada 52 orang guru pada tahun 2009. Bilangan murid p**a meningkat daripada 261 orang pada tahun 2004 kepada 725 orang pada tahun 2010
Sejajar dengan era IT, SKPS juga melangkah ke arah Sekolah Bestari bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini. Daripada aspek kecemerlangan, SKPS telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah yang sentiasa mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik & ko-kurikulum. Bertepatan dengan moto sekolah “BERUSAHA BERILMU DAN BERVISI” SKPS telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Bilangan murid yang berjaya mendapat keputusan 5A amat membanggakan. Peratusan murid yang mendapat 5A UPSR dan lulus sentiasa meningkat tahun demi tahun. Keputusan ini meletakkan SKPS antara sekolah yang dikenali di Daerah Seberang Perai kerana pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian di bidang kokurikulum juga amat membanggakan. Pada tahun 2009, sekolah ini telah berjaya memenangi pelbagai pertandingan samada di peringkat zon mahupun daerah atau negeri.

21/08/2026
“Bersama Kita Berusaha, Demi Kecemerlangan SK Pokok Sena”
20/08/2026

“Bersama Kita Berusaha, Demi Kecemerlangan SK Pokok Sena”

TAHNIAH PESERTA STEM X SKHAAlhamdulillah, syukur atas pencapaian membanggakan anak-anak dalam STEM X SKHA.KEPUTUSAN STEM...
20/08/2026

TAHNIAH PESERTA STEM X SKHA

Alhamdulillah, syukur atas pencapaian membanggakan anak-anak dalam STEM X SKHA.

KEPUTUSAN STEM X SKHA

🧠 Kuiz STEM — 🥉 Tempat Ke-4
🏹 Catapult — 🥉 Tempat Ke-3
🌉 Bridge Building — 🥉 Tempat Ke-3
🚤 Battle Boat — Penyertaan

Tahniah anak-anak. Setiap kejayaan ini bukan sekadar tentang pingat dan kedudukan, tetapi bukti usaha, keberanian mencuba, kerjasama dan semangat tidak mudah berputus asa.

Terima kasih dan tahniah juga buat guru pembimbing yang sentiasa membimbing, menyokong dan mencungkil potensi anak-anak.

Teruskan melangkah, teruskan mencipta dan teruskan menginspirasi. Hari ini mencuba, esok berjaya.

Kejayaan anda, inspirasi kami.




18/08/2026

"Melalui lagu, kita menyatu..melalui suara, kita julangkan semangat merdeka."

📸 Pertandingan Lagu Patriotik Tahap 1 SK Pokok Sena Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua peserta Tahap 1 yang...
18/08/2026

📸 Pertandingan Lagu Patriotik Tahap 1 SK Pokok Sena

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua peserta Tahap 1 yang telah menyampaikan persembahan yang penuh bertenaga dan bersemangat di pertandingan yang berlangsung hari ini.

📍 Maklumat Acara:
📅 Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7.40 – 8.40 Pagi
📍 Tempat: Dataran Nilakandi, SK Pokok Sena

Terima kasih kepada semua guru, murid, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan acara anjuran Panitia Muzik SK Pokok Sena ini. Semangat Jiwa Merdeka.




17/08/2026

“Keranamu Malaysia, kami belajar erti cinta kepada tanah air. Keranamu Malaysia, kami berdiri teguh dalam kepelbagaian. Dan keranamu Malaysia, kami terus melangkah bersama, membina masa depan dengan semangat perpaduan dan jiwa merdeka.”

17/08/2026

“Kunci yang dibuka bukan sekadar membuka sebuah tirai, tetapi menjadi simbol terbukanya lembaran semangat patriotisme. Marilah kita semarakkan kemerdekaan dengan jiwa yang bebas, hati yang bersatu dan tekad untuk terus mempertahankan tanah air tercinta.”

17/08/2026

"Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dibaca, tetapi warisan yang mesti dipelihara."

Berlangsungnya Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dataran Nilakandi. Berlandaskan tema Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati, syabas buat Panitia Sejarah atas anjuran yang menyemarakkan lagi api patriotisme dalam jiwa warga sekolah.

Mari kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati erti kebebasan yang kita nikmati hari ini. Merdeka.

Sekitar Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah.Tarikh: 17 O...
17/08/2026

Sekitar Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah.

Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
Tempat: Dataran Nilakandi
Tema: Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.


𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐏𝐏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀Adakah anda mempunyai anak yang layak dan...
13/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐏𝐏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Adakah anda mempunyai anak yang layak dan sedang mencari peluang pendidikan serta tempat tinggal yang kondusif?

Inapan Kasih Sayang MAINPP kini membuka permohonan kemasukan bagi sesi 2027 kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang.

Tempoh Permohonan:
- Tarikh buka: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
- Tarikh tutup: 15 September 2026 (Selasa)

Kelayakan utama:
- Anak asnaf fakir/miskin di Pulau Pinang.
- Pelajar Tahun 3 & Tahun 4 (Sesi Persekolahan 2026).
- Pendapatan isi rumah RM1,800 ke bawah.
- Memenuhi syarat akademik dan kelayakan lain seperti yang dinyatakan dalam poster.

Borang permohonan boleh didapati di Inapan Kasih Sayang MAINPP, kaunter Zakat MAINPP berhampiran atau dimuat turun melalui laman sesawang Zakat MAINPP.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Pejabat: 04-575 0490
- WhatsApp: 011-4091 9549

Ayuh, kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang layak di seluruh Pulau Pinang. Semoga lebih ramai anak-anak asnaf berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih baik.





Address

Pokok Sena
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045735991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share