Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek

Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek Jom Daftar di Pra Tahfiz dan Transit Khalifah Intelek sekarang! Untuk kanak-kanak 5 hingga 15 tahun

21/08/2026

๐ŸŒ™ Sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, anak-anak berpeluang menyambut Maulidur Rasul dengan aktiviti Craft Project yang menyeronokkan ๐ŸŽจโœจ

Anak-anak menghasilkan kraftangan bertemakan Cinta Rasulullah ๏ทบ sambil mengenali kisah dan akhlak mulia Nabi Muhammad ๏ทบ. ๐Ÿ’š
Anakโ€”anak juga membuat perarakan selawat .

Semoga aktiviti ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ serta membentuk anak-anak yang berakhlak mulia. ๐ŸŒธ

16/07/2026

๐Ÿ“š Aktiviti Pembelajaran Hari Ini
Satu & Tiga serta 3 Bahagian Rukun Solat (Qalbi, Qauli & Fiโ€™li). Melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, mereka lebih mudah memahami dan mengingati setiap topik yang dipelajari. ๐ŸŒธ๐Ÿค

24/06/2026

Transit juga adalah tempat anak-anak membina keyakinan diri, belajar berdikari dan mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Di sini, mereka bukan sahaja dijaga, malah dididik dengan nilai murni, disiplin, adab serta pembelajaran

โœจ Transit bukan sekadar tempat menunggu ibu ayah pulang bekerja, tetapi tempat anak-anak belajar, bermain, berkawan dan membina sahsiah diri dalam suasana yang selamat dan ceria. โค๏ธ

23/06/2026

๐ŸŽจโœจ Project For Anak-Anak Pra Tahfiz โœจ๐ŸŽจ

Setiap hari Jumaat, anak-anak Pra Tahfiz akan menjalankan aktiviti art & craft yang mengikut tema pembelajaran pada setiap minggu. Oleh itu, setiap minggu mereka akan melakukan projek dan aktiviti yang berbeza, menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.

Melalui aktiviti ini, anak-anak dapat meningkatkan kreativiti, fokus, kemahiran motor halus serta keyakinan diri. Belajar sambil bermain, berkarya sambil menimba ilmu dan mencipta pengalaman baharu setiap minggu. ๐Ÿ–๏ธโœ‚๏ธ๐Ÿ’•๐ŸŒˆ

23/06/2026

๐ŸŒค๏ธ๐Ÿ“š Aktiviti Anak-Anak Pra Tahfiz Hari Ini ๐Ÿ“š๐ŸŒค๏ธ

Alhamdulillah, hari ini anak-anak Pra Tahfiz menjalani sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat. Mereka mempelajari Bahasa Arab berkaitan cuaca, sekaligus menambah kosa kata dan kefahaman dalam bahasa Al-Quran.

Selain itu, anak-anak turut mempelajari ilmu tajwid iaitu Iqlab, agar bacaan Al-Quran dapat dipraktikkan dengan lebih tepat dan betul sejak usia kecil.

Tidak dilupakan juga waktu bermain yang memberi ruang kepada anak-anak untuk berinteraksi, bergembira dan mengeratkan ukhuwah sesama rakan. โค๏ธ

Belajar sambil bermain, bermain sambil belajar. Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan asbab anak-anak membesar menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan cintakan Al-Quran. ๐Ÿคฒโœจ

โœจ Di transit bukan sekadar menunggu ibu ayah pulang bekerja, tetapi tempat anak-anak belajar, bermain dan membina kenang...
20/06/2026

โœจ Di transit bukan sekadar menunggu ibu ayah pulang bekerja, tetapi tempat anak-anak belajar, bermain dan membina kenangan bersama. Setiap hari dipenuhi dengan gelak tawa, aktiviti bermanfaat dan suasana yang penuh kasih sayang. โค๏ธ

๐Ÿ’ Ibu ayah tak perlu risau! Jika nak buat surprise birthday untuk anak-anak di transit, hanya inform kami lebih awal untuk persiapan. Kami akan bantu raikan hari istimewa mereka dengan sambutan yang simple, comel dan penuh kegembiraan. ๐Ÿฅณ๐ŸŽ‚

Senyuman anak-anak adalah hadiah yang paling bermakna. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’•

๐ŸŒŸ Aktiviti Anak-Anak Transit ๐ŸŒŸAlhamdulillah, setiap hari anak-anak di transit bukan sahaja mengisi masa dengan aktiviti ...
15/06/2026

๐ŸŒŸ Aktiviti Anak-Anak Transit ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, setiap hari anak-anak di transit bukan sahaja mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, malah turut belajar nilai-nilai murni (khalifah character)seperti disiplin, kerjasama dan berdikari.

Daripada menyiapkan kerja sekolah, membaca buku, aktiviti kreatif, sehingga solat berjemaah dan bermain bersama rakan-rakan, setiap detik menjadi pengalaman yang bermakna buat mereka.

Melihat senyuman dan semangat anak-anak adalah kebahagiaan terbesar buat kami. Semoga mereka terus membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berilmu serta berakhlak mulia..Aamiin2

Alhamdulillah, Program Khalifah Hajj 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.Sepanjang program ini, anak-anak did...
21/05/2026

Alhamdulillah, Program Khalifah Hajj 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Sepanjang program ini, anak-anak didedahkan dengan pengalaman simulasi ibadah haji serta penghayatan kisah dan pengajaran di sebalik setiap ibadah yang dilakukan. Melihat kesungguhan dan semangat anak-anak sepanjang program berlangsung merupakan satu kenangan yang amat bermakna buat kami.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diterapkan menjadi asbab dalam membentuk peribadi anak-anak yang soleh, berakhlak mulia dan cintakan agama.

Jutaan terima kasih kepada semua guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program Khalifah Hajj 2026 ๐Ÿค

๐Ÿ“šโœจ Read Aloud Session bersama anak-anak Pra Tahfiz setiap hari menjadi waktu yang penuh bermakna dan menyeronokkan. Mela...
19/05/2026

๐Ÿ“šโœจ Read Aloud Session bersama anak-anak Pra Tahfiz setiap hari menjadi waktu yang penuh bermakna dan menyeronokkan. Melalui sesi ini, anak-anak belajar mendengar, memahami cerita, menambah kosa kata serta membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.

Selain menghidupkan suasana pembelajaran yang ceria, aktiviti ini juga membantu menyemai minat membaca dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil. ๐ŸŒธ๐Ÿค

Address

No 1, Lorong Bentara 5, Bertam Perdana Kepala Batas Pulau Pinang
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60135608958

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category