KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang

KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang, School, Kepala Batas.

Berfungsi sebagai medan yang menyediakan pendidikan agama dalam membentuk anak muda di peringkat menengah dalam melahirkan generasi yang celik agama pada abad ini.

Photos from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang's post 30/07/2023

SABTU,29 SEPTEMBER 2023

HARI SUKAN TARA KAFA MENENGAH MASJID AL-HIDAYAH LAHAR TIANG

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Photos from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang's post 19/07/2023

[ SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1445H ]

Selasa, 18 Julai 2023 | 1 Muharram 1445

7.00 mlm :
Tazkirah Ringkas Sempena Sambutan Tahun Baru Hijriah 1445H

7.30 mlm:
Bacaan Doa Akhir Tahun 1444h

7.38 mlm:
Azan Maghrib Oleh Pelajar KMMAH

7.45 mlm:
Solat Maghrib Berjemaah
Doa Awal Tahun 1445h

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Awal Muharram 1445h berjalan lancar. Pengalaman baru didedahkan kepada pelajar tentang perbezaan antara Tahun Hijriah dan Tahun Masihi.

Perubahan tarikh tahun hijrah ialah apabila jatuhnya matahari atau masuknya waktu Maghrib, manakala tahun masihi berubahnya hari atau tarikh ialah pada waktu jam 12.00 tengah malam.

Semoga bermanafaat




07/08/2022

Sabtu, 6 Ogos 2022
8 Muharram 1444

Qaryah Hijrah
TAFAQQUH FIDDIN 1444

Bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah uniSHAMS, Kuala Ketil Kedah.

Alhamdulillah, jutaan terimakasih kepada Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang kerana menaja 20 pelajar KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah untuk bersama didalam program QARYAH HIJRAH anjuran Tafaqquh Fiddin Pondok Kejai,Kuala Ketil Kedah.

Program diketuai Ustaz A'ilwan dan dibantu Ustaz Mohd Fikri, Ustazah Alawiyah dan Ustazah Maryam.

10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan terpilih amat teruja dengan penganjuran seumpama ini kerana dapat membuka minda dan mendapat input baru dalam pembelajaran mereka.

Sebelum memulakan perjalanan sedikit taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras KMMAH Ustaz A'ilwan Yusuf.

Bacaan doa perjalanan dipimpin adik Firdaus Ismail memohon diberikan keselamatan pergi dan balik .

Semoga pengalaman baru ini menyuntik semangat untuk terus maju , berhijrah dari baik kepada lebih baik dan berjaya duniawi ukhrawi.

YAYASAN ISLAM ADALAH AGENSI PELAKSANA KAFA MENENGAH PULAU PINANG.




UAY

Photos from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang's post 09/07/2022

9 Zulhijjah 1443H | 9 Jun 2022M

Majlis Berbuka Puasa Sunat Hari Arafah.

6.45 : Persiapan Majlis Berbuka
7.00 : Bacaan Tahli
7.38 : Iftar Jami'e
7.55 : Solat Berjemaah


Photos from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang's post 02/06/2022

2 Jun 2022

Andai subuh sudah menjelang
Jangan dibiar ia berlalu
Anak-anak gembira bukan kepalang
Berbaju baru ilmu diburu

27/05/2022

[ RENUNGAN ]

Photos from KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah Lahar Tiang's post 22/05/2022

Sabtu, 21 Mei 2022 | 19 Syawal 1443

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru Peringkat Kafa Menengah Masjid Al-Hidayah ,Lahar Tiang

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru Peringkat KMMAH. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus besar Yayasan Islam, Encik Mohd Fitri bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Yayasan Islam, Encik Mohammad Syauqi bin A. Rahim dan Pengerusi Kariah , Encik Hassan bin Bakar.

Sedikit kelainan pada kali ini dengan penampilan pelajar sendiri mengelolakan majlis bermula dari Pengacara Majlis, Penyambut Tetamu, Persembahan Qasidah, Mendeklamasi Sajak, Pantun, Pidato dan Penyedian Tempat dan Makanan.

Hasil dari 'kerja kuat'dari pihak Pengurusan KMMAH telah melahirkan Kumpulan Qasidah dengan persembahan sulong yang membanggakan. Tetamu disajikan dengan persembahan2 dari pelajar sendiri ,dan dengan persembahan tersebut dapat membuktikan bahawa "KAFA MENENGAH BOLEH ".

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada Encik Fitri dan Encik Syauqi atas kehadiran.
Tetamu disajikan dengan jamuan Nasi Tomato dan Mee Tulang. Semoga dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita .

Terimakasih kepada semua rakan Guru sebagai penggerak program, Ajk Kariah yang selalu memberi sokongan, waris dan pelajar yang sentiasa memberi maklum balas yang baik disetiap program yang dianjurkan.

Yayasan Islam adalah Agensi Pelaksana KAFA Menengah Pulau Pinang.

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kepala Batas

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00