29/05/2026
ππ IBADAH KORBAN PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS 2026 ππ
Pada hari ini telah berlangsung Ibadah Korban Peringkat SK Lengkuas dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan dan semangat gotong-royong.
π
Tarikh: 29 Mei 2026
π Hari: Jumaat
β° Masa: 7.00 pagi β 12.30 tengah hari
Program ini melibatkan kerjasama erat antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan ibadah korban serta proses penyediaan dan agihan daging kepada penerima.
Sebanyak 84 keluarga telah menerima agihan daging korban, mencerminkan keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga SK Lengkuas.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima dan diberkati serta terus memupuk nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah dalam komuniti sekolah.
Ibadah Disempurna, Ukhuwah Diperkasa. π€²β¨