Dokter.Safety

Dokter.Safety

Share

Occupational Safety & Health,
Public & Fire Safety,
Traffic Safety,
Construction Safety,
Risk Assessment.

15/09/2024

SAFETY.EDU-1

Tidak kira anda muda atau tua, anda harus berpegang pada pemegang semasa menaiki dan menuruni tangga; sama ada hari kering, basah atau bersalji, seelok-eloknya pegang pada pemegang semasa naik dan turun tangga!

Anggaplah yg anda akan jatuh rebah pada bilaΒ² dan sentiasa beringat dan berhati-hati terutama bila guna henfon. Tengok henfon semasa anda duduk tidak bergerak.

Kecederaan yg mungkin anda alami adalah patah kaki atau pecah tempurung punggung kerana terhentak kuat dan mungkin anda mengalami kecacatan kekal seumur hidup.

Oleh itu saya mengingati diri sendiri dan sahabat agar sentiasa beringat dan berhati-hati terutama di bilik air/tandas di rumah sendiri dan lainΒ² tempat.

Sentiasalah mohon perlindungan Allaah swt dari segala musibah dan bala bencana dgn banyak beramal soleh, beribadat dan bersedekah jariah.

Semoga Allaah swt melindungi kita semua.

07/09/2024

Anda ingin SIJIL PENINGKATAN KEMAHIRAN didalam PENGURUSAN TRAFIK?

JOM ikuti Kursus Pengurusan Trafik Orang yang Terlatih (OYT)
TRAFFIC MANAGEMENT TRAINED PERSON

Kursus ini merupakan kursus asas untuk kakitangan pengurusan trafik bagi memastikan anda terlatih untuk menjalankan kerja-kerja Pengurusan Trafik. Kursus ini melibatkan 2 hari pembelajaran teori dan amali (simulasi) termasuk penilaian sebelum anda bergelar orang yang terlatih.

Daftar sekarang, jgn tunggu penyertaan penuh:
https://forms.gle/X7dq99wZCtzjq7LJ8

14/02/2022

IMPORTANCE OF SAFETY SHOES

Protective boots and Safety Shoes are a must in a hazardous workplace environment as they decrease the risk of workplace injury. The following reason will enlist their importance.

1. Prevention from Slips and Falls

Slips, trips and falls are a very common occurring. All too often the workforce deployed have to work on wet or oily floor, thus making them very prone to tripping. Protective footwear comes equipped with slip-resistant soles and provide stable footing to move about these floors.



12/01/2022

6. Gunakan pakaian keselamatan yang sepatutnya

Pakaian keselamatan tidak direka melainkan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Terutamanya bagi sektor pembuatan, yang mencatitkan angka tertinggi kemalangan pekerjaan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyelia atau majikan harus memastikan semua pekerjanya mematuhi prosedur keselamatan yang betul.

Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama antara pekerja dan majikan. Kesedaran harus dipupuk terlebih dahulu agar ia menjadi satu budaya yang sihat untuk diamalkan di tempat kerja.

Di sebalik keuntungan yang dikejar, keselamatan adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan. Jangan disebabkan kecuaian kita, orang lain terpaksa menganggung derita.

11/01/2022

5. Laporkan sebarang keadaan yang tidak selamat

Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor atau kebakaran harus dilaporkan kepada penyelia atau pihak yang terbabit. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

Contohnya, jika ada kerosakan pada penghawa dingin di dalam pejabat, ia harus diperiksa oleh pihak tertentu. Walaupun hanya melibatkan satu penghawa dingin, ia mungkin disebabkan oleh kebakaran kecil pada wayar yang boleh tersebar ke bahagian lain.

10/01/2022

4. Kurangkan stres di tempat kerja

Tekanan atau stres boleh membawa kepada kemurungan dan kurang fokus. Antara perangsang stres adalah waktu bekerja yang lama, kerja yang terlalu banyak dan hubungan kurang baik antara pekerja dan majikan.

Kedua-dua pihak, pekerja dan majikan, harus bekerjasama mewujudkan suasana kerja yang positif dan seronok. Semua orang harus bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika suasana seperti ini dapat diwujudkan, pastinya produktiviti kerja akan meningkat.

09/01/2022

3. Berhenti rehat seketika

Antara punca berlaku kemalangan adalah kerana hilang fokus. Bekerja dalam tempoh yang lama mendedahkan diri anda kepada hilang daya tumpuan. Rehat yang singkat mampu mengembalikan semula tenaga dan membuatkan anda segar.

Antara tip yang boleh digunakan adalah melakukan tugas yang paling susah sewaktu tumpuan anda paling tinggi, contohnya di waktu pagi.

08/01/2022

2. Pastikan postur badan anda betul

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer, pastikan bahu anda sejajar dengan pinggul bagi mengelakkan masalah sakit belakang.

Apabila mengangkat barang, gunakan teknik yang betul dan elakkan daripada membongkok.

Sebaiknya, gunakan perabot dan perkakas yang mesra pengguna untuk mencegah daripada masalah kesihatan tertentu.

07/01/2022

π—§π—œπ—£ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π——π—œ π—§π—˜π— π—£π—”π—§ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

1. Peka dengan keadaan sekitar

Anda harus mengetahui risiko serta bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja. Dengan mengetahui tempat, prosedur atau keadaan yang berisiko, kemalangan akan dapat dielakkan.

Ini termasuk:

Minyak yang tertumpah di atas lantai.
Tangga di hadapan pintu. Jika pintu dibuka dari arah yang tidak dilihat, tangga tersebut berisiko untuk jatuh.
Luka pada badan. Ia mungkin membawa kepada jangkitan yang serius. Sila dapatkan kit bantuan pertama (first aid) untuk mencuci luka tersebut.
Pisau yang terdedah di pantri. Elakkan daripada membiarkan pisau terdedah. Seeloknya ia ditutup atau diletakkan terbalik di tempat yang sepatutnya.

20/12/2021

What is workplace safety?

Workplace safety encompasses many things: emergency procedures, chemical safety, first aid, equipment safety, fire safety, electrical safety, and much more. For any employer, it is important to assess the hazards of your workplace and act accordingly. Each workplace is different, so it will be important to tailor your safety efforts to fit the needs of your facility. Having an effective workplace safety strategy includes providing personal protective equipment, implementing safeguards, using administrative controls, and offering training. When workers are aware of present dangers and understand safety procedures, you will have a happier, healthier, and more productive workforce.

A common saying is a safe workplace is an efficient workplace! Keeping workers safe will improve employee morale and when employees are happy in their job, the more productive they will be. A hazardous workplace can cause unnecessary stress to workers affecting their morale and ultimately production. Employees operate much more efficiently when they know they can complete their job or task without their health being comprised. An effective safety program also works to reduce the number of injuries and illnesses, reducing the unexpected downtime of workers needing to take time off.

Occupational safety is important for so many reasons. Employees should not be compromising their health and bodily safety to complete a job. Instead, employers have both the legal and moral obligation to provide a workplace that is free from known dangers. Employers need to develop a safety strategy fit for their facility, like holding training sessions or providing PPE at no cost. Not only will you find your employees’ morale is boosted but your production has improved as well.

credit to: creative safety supply

07/12/2021

Pastikan arahan keselamatan dipatuhi.
Baru best untuk bekerja.

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kepala Batas