17/05/2026
"Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang mencurahkan ilmu, membimbing, dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai".
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Hari : Isnin
Tarikh : 18/5/2026
06/05/2026
Latihan Sukaneka Tahap 1 & Tahap 2..
30/04/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Akil Danial bin Jemirudini atas kejayaan meraih NAIB JOHAN serta NurSyarah Sofia atas penyertaan Anugerah NILAM PPKI peringkat Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sehingga kejayaan ini dapat dicapai…Syukur Alhamdulillah 🥰🤲🏻
Terima kasih atas doa semua..
30/04/2026
“Majlis pada hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk kita terus menyokong dan menghargai individu AUTISME dalam kehidupan seharian.”
Terima kasih pihak pentadbir, guru-guru, AKP dam semua murid yang terlibat memberi sokongan dan dorongan Program yang dijalankan Minggu ini..
Lokasi : Dewan Harmoni SK Hashim Awang
Sempena MINGGU AUTISME 2026
27/04/2026
💙Minggu ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu usaha berterusan untuk membuka mata dan hati masyarakat bahawa individu autisme memiliki keunikan, potensi, dan hak yang sama untuk dihargai.
💙Pelancaran Minggu Autisme SK Hashim Awang
31/03/2026
Program/ Terapi berkuda dan memanah
1. Program berkuda dan memanah bagi murid pendidikan khas sebagai usaha meningkatkan kemahiran motor dan fokus.
2. Aktiviti terapi berkuda dan memanah memberi manfaat kepada perkembangan emosi dan keyakinan diri murid.
07/12/2025
AlhamduLillah & Tahniah
Pihak SK Hashim Awang dengan rasa bangga dan penuh penghargaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Ts. Dr. Ghazirah binti Mustapha @ Mustafa atas kejayaan menerima dua pengiktirafan berprestij pada 5 Disember 2025 di Majlis Anugerah Inovasi & Kualiti UiTM Pulau Pinang 2025, iaitu Anugerah Cendekiawan Epitome (ACe’ 2024) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2024).
Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan, dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam bidang pendidikan dan inovasi, khususnya melalui kerjasama dalam pembangunan KoGNaktif (Geran Industri). Kerjasama ini bukan sahaja memberi impak besar kepada dunia pendidikan khas, malah turut mengharumkan nama sekolah dan rakan kolaborasi.
Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Hashim Awang untuk terus melangkah lebih jauh dalam kecemerlangan akademik, inovasi dan penyelidikan.
Semoga kejayaan ini menyuntik semangat baharu dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian manis pada tahun 2026.
Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga SK Hashim Awang.
Semoga terus cemerlang dan memberikan manfaat berterusan kepada komuniti pendidikan.
02/10/2025
KECERDASAN BUATAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
JOM aplikasikan KOGNAKTIF PUZZLE dalam PDPC & Rancangan Pendidikan Individu
TERBUKA & PERCUMA untuk Ibu Bapa, Waris, Guru, Murid dan Seluruh Warga Net
Layari : http://www.kognaktif.com
KOGNAKTIF PUZZLE
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
08/09/2025
JOM WARGA PPKI RENDAH & MENENGAH SELURUH NEGERI PULAU PINANG
Bertanding disamping :
1. Mengamati Jalur Gemilang
2. Intervensi Koordinasi Mata & Tangan
3. Peningkatan fungsi Kognitif untuk Akademik
http://www.kognaktif.com