29/10/2025
PIBG SK Bertam Putra
Page ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini tentang perkembangan dan aktiviti sekolah dan pelajar.
Juga menjadi medium perhubungan di antara ibu bapa dan guru SK Bertam Putra PIBG SK Bertam Putra mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 Ogos 2020. Pihak PIBG amat mengalu-alukan sumbangan Ibubapa/Syarikat/Persatuan/Organisasi/Individu untuk kecemerlangan SK Bertam Putra. PIBG mendahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan Tan Sri/ Dato'/Datin/ Tuan/Puan. Nama Bank: BANK
29/10/2025
SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru SKBPu 🫰🏻
10/05/2025
Tahniah cikgu² atas penganjuran mesyuarat ini serta tahniah juga diucapkan kepada AJK² lantikan baharu.
Terima kasih tak terhingga kepada AJK² terdahulu atas segala usaha & kerjasama.
10/05/2025
Cantik hasil kraf tangan cikgu² kita.
Syabas! 😍
MESYUARAT AGUNG PIBG SKBPu Kali ke-5
10 Mei 2025, 8 pagi
Ruang serbaguna SKBPu
*SEMUA WARIS DIJEMPUT HADIR*
Dijemput semua waris SKBPu untuk hadir ke MAT PIBG kita.
Sesiapa yang belum isi link, jemput isi, ya?
06/05/2025
Assalamualaikum & salam sejahtera.
AJK waris PIBG dengan kerjasama beberapa orang guru telah mengambil inisiatif menyediakan rak bagi meletak barang-barang murid yang tertinggal di sekitar sekolah.
Rak ini telah diletakkan di laluan keluar murid melalui pintu B, agar mudah untuk para waris lihat & ambil sendiri barang-barang yang tertinggal ini.
Buat masa ini, jumlah barang yang tidak dituntut sangat banyak. Malah, ada murid yang tidak mengaku atau tidak menyedari barang tersebut milik mereka. Oleh itu, kami memohon kerjasama semua waris untuk meluangkan masa melihat rak ini.
Barang-barang ini ada nilainya. Jadi, mohon kerjasama semua waris.
Bantu kami untuk mengurangkan barang-barang ini agar dapat diuruskan dengan lebih baik pada masa akan datang.
U/p: Ada juga barang-barang telah dilabelkan nama. Mohon waris datang tuntut, ya?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berkenaan dgn MAT PIBG SKBPu kali ke-5, mohon semua waris lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Usul untuk Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Putra Kali Ke-5 sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, Rabu, 7 Mei 2025 dalam pautan di bawah.
https://tinyurl.com/mryza6fz
Untuk makluman awal, Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Putra Kali Ke-5 akan diadakan seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 10 Mei 2025
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi (pendaftaran kehadiran)
Tempat : Ruang Serbaguna SK Bertam Putra
Harap semua waris dapat hadir bagi sama-sama merancang kecemerlangan murid di samping kecemerlangan sekolah.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha PIBG
SK Bertam Putra.
25/03/2025
Pihak PIBG & sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang telah menjayakan progam bubur lambuk ini.
Semoga Allah SWT menerimanya sebagai amal kebaikan pada bulan mulia ini. Barakallahu feekum 🤲🏼
16/03/2025
Assalamualaikum, salam 16 Ramadhan.
Pada 16 Mac 2025 (semalam), khemah menunggu untuk murid-murid SKBPu yg baharu telah pun selamat dipasang.
Semoga anak-anak dapat menunggu dengan selesa.
Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang untuk pembelian khemah ini.
03/03/2025
Assalamualaikum..
Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah sumbangan pembelian khemah menunggu yang baharu telah mencukupi.
Pihak PIBG & sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang. Semoga tuan/puan semua dimurahkan rezeki & dimudahkan segala urusan.
Salam Ramadhan 🤲🏼
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Persiaran Seksyen 4
Kepala Batas
13200