Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB

Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB

Share

UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI, PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI KKKB

Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan memastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan Latihan Industri pelajar Kolej Komuniti berjalan dengan baik dan sempurna. Ini termasuk hal-hal yang berhubung dengan penempatan pelajar, lawatan penyeliaan, penyediaan laporan oleh pelajar setelah tamat latihan, penilaian dan penyediaan markah penilaianLatihan

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 25/11/2024

Antara aktiviti yang melibatkan alumni Kolej Komuniti Kepala Batas bagi tahun 2024
1) Program dialog industri bersama pelajar program Sijil Teknologi Senibina oleh En. Noor Afendi.
2) Program Pemerkasaaan Kesediaan Kerjaya Kolej Komuniti Wilayah Utara. Alumni yang terlibat adalah En. Mohamad Isa.
Kedua-dua program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif institusi untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan persediaan yang perlu dirancang oleh pelajar bagi menghadapi cabaran semasa berada di industri kelak. Setiap pesanan yang dititipkan oleh alumni menjadi pemangkin kepada pelajar untuk berjaya di dalam kerjaya. KKKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada alumni khususnya En. Noor Affendi, alumni dari program STS dan En. Mohamad Isa, alumni dari program SKR di atas sumbangan & kerjasama yang diberikan. Alumni KKKB, anda adalah kebanggaan kami

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 20/09/2023

Antara gambar sempena Majlis Konvokesyen

20/09/2023

MAJLIS KONVOKESYEN KEMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
BERALANGSUNG DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI, NEGERI SEMBILAN SEMPENA SAMBUTAN 2 DEKAD KOLEJ KOMUNITI PADA 18 - 21 SEPTEMBER 2023.
Sesi Konvokesyen bagi graduan dari zon Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah berlangsung pada 18 September
TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN
ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI
Jutaan terima kasih juga kepada PERSATUAN ALUMNI KKKB di atas sumbangan cenderahati kepada graduan

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 20/09/2023

PROGRAM DIALOG KERJAYA BERSAMA ALUMNI KKKB
Program ini telah dilaksanakan pada 24 Ogos yang lalu di dewan MPC. Barisan panel adalah terdiri dari 4 alumni KKKB iatu:
1) En. Muhamad Syukri Bin Mohamad Saad -Alumni program SDD
2) En. Ahmad Nabil Iffat Bin Johari - Alumni program SKR
3) En. Mohamad Aizat Bin Che Othman Alumni program STS
4) En. Azwan Bin Aznan - Alumni program SMN

Program ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar KKKB berkaitan dengan percangan kerjaya mengikut bidang masing-masing. Setiap ahli panel berkongsi pengalaman dengan pelajar berkenaan dengan kaedah untuk merancang perjalanan kerjaya sehingga ke peringkat tertinggi di dalam sektor masing-masing. Dengan program Dialog Kerjaya Alumni ini, para pelajar dapat mengenalpasti haluan yang boleh diterokai oleh pelajar untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Unit Perhubungan Industri & Alumni KKKB mengucapkan jutaa terima kasih kepada Alumni yang terlibat. ANDA ADALAH KEBANGGAN KAMI.

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 26/01/2023

Majlis Anugerah Ikon Alumni Usahawanan KKKB 2022 yang julung kali diadakan adalah merupakan satu inisiatif Kolej Komuniti Kepala Batas diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada alumni KKKB diatas kejayaan yang telah dicapai didalam bidang perniagaan. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Platinum yang diberikan kepada Puan Ain Fatin Lynana Binti Azehar selaku pengasas produk 1Minute Miracle, Anugerah Emas kepada Puan Nurhidayu Binti Basri, pemilik syrikat Hannaqeel Concept dan Puan Siti Soleha Binti Hassan, pemilik syarikat Seindah Qaseh Enterprise.
Jutaan terima kasih kepada alumni yang telah menyertai pertandingan ini dan terima kasih yang tidak terhingga pihak KKKB ucapkan kepada Puan Ain Fatin Lyana dan pasangan atas kesudiaan untuk menyediakan tempat (Wisma 1Minute Miracle) yang sangat hebat dan cantik untuk perjalan majlis ini. Semoga program ini dapat menjadi asbab kepada ikatan ukhwah yang erat diantara KKKB dan alumni
Diharapakan semoga selepas ini lebih banyak alumni KKKB yang dapat KKKB perkenalkan kepada masyarakat sebagai Usahawan Berjaya. Tahniah kepada penerima anugerah. ANDA HEBAT...

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 29/09/2022

Alumni KKKB, En. Nooramzan Bin Adenan menjadi salah seorang panel dalam program temubual anjuran Kementerian Sumber Manusia. Tahniah dari Unit Perhubungan Industri & Alumni 👍

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 15/09/2022

Program Keusahawanan bersama Alumni KKKB

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 18/02/2022

Peluang kerjaya kepada alumni KKKB..Jemput semua...

07/02/2022

Panggilan kepada Alumni Bidang Teknologi Pembuatan KKKB!

Peluang kerjaya di FMEFAMAX Engineering (M) Sdn Bhd.

Sila layari [Email address hidden]. atau hubungi 017-4912600 (HR-CIK JULAIHA) untuk maklumat lanjut.

Pelajar KKKB yang mencari tempat Latihan Industri juga dijemput.

Terima kasih

16/11/2021

Panggilan untuk Graduan Kolej Komuniti Kepala Batas!!

Pencarian peserta Kursus E Dagang secara percuma..jangan lepaskan peluang!

Photos from Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKKB's post 03/09/2021

Panggilan untuk semua graduan KKKB bidang Teknologi Pembuatan dan Pelajar semester 3 SMN KKKB!

Unit Perhubungan Industri & Alumni (UPLI), KKKB dengan kerjasama Greatech Integration Sdn Bhd akan mengadakan Sesi Temuduga Terbuka Secara Atas Talian pada 10 Sept. 2021 jam 10 pagi.

Sila klik pada link https://meet.google.com/tad-zezh-ebb untuk sertai...Jom semua!🥰

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No 87, Lorong Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00