Sekolah Kebangsaan Lanas, Keningau

Sekolah Kebangsaan Lanas, Keningau Sekolah Kebangsaan Lanas atau nama ringkasnya SK Lanas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Daerah Keningau. Tulid.

Mempunyai jarak 83km dari PPD Keningau. Sebelum sekolah ini dibuka, kebanyakan anak-anak kampung Lanas tidak bersekolah kecuali beberapa anak kampung yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke Sk. Tulid yang jaraknya lebih kurang 15 kilometer. Murid-murid dari kampung ini terpaksa melalui hutan tebal dan bukit-bukau dan menumpang di rumah orang-orang kampung di Sk. Menyedari hakikat ini, maka pemimpin

-pemimpin kampung Lanas yang diketuai oleh Ketua Kampung, Encik Simbut Balangi telah mengasaskan Sekolah Sukarela Rakyat (NVS). Semua penduduk kampung bergotong-royong membina sebuah sekolah daripada bahan-bahan kayu bulat, bambu dan atapnya daripada daun rumbia. Pada tahun 1954, Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) Lanas telah ditubuhkan. Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Encik Tanggulon Sungawan pada 1 Jun 1954 hingga Disember 1960. Selepas beberapa tahun, nama sekolah diubah dengan nama Sekolah Kebangsaan Lanas. Pada tahun 2015, sekolah ini mempunyai 206 orang murid, 18 orang guru termasuk Guru Besar dan 3 orang Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM), 4 buah bangunan sekolah dan sebuah Asrama Desa. Kini sekolah ini ditadbir oleh guru besarnya Encik Owin bin Timbangan.Pada tahun 2017 Encik Owin telah bersara dan digantikan dengan Guru Besar baharu iitu Encik Mohd Yusri bin Abdullah.Beliau telah mentadbir SK Lanas selamat Hampir 3 tahun dan banyak perubahan yang beliau telah buat untuk sekolah.Antaranya telah menubuhkan bangunan bilik guru yg baharu serta bangunan Asrama Desa yang baharu.Selepas sahaja beliau bersara beliau telah digantikan dengan Guru Besar yang baharu dilantik sebagai Guru besar iaitu Encik Sylvester B.Balang.Beliau menjadi guru besar Sk Lanas pada awal bulan Julai 2020 hingga kini.Semoga perubahan demi perubahan akan berlaku pada SK Lanas demi memajukan dan kecemerlangan mereka hingga berjaya.

*"Selamat Kembali ke sekolah"* *"Welcome back to school" kpd semua murid SK Lanas. Semoga semua menjadi Anak yang Baik l...
19/03/2023

*"Selamat Kembali ke sekolah"* *"Welcome back to school" kpd semua murid SK Lanas. Semoga semua menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC)*

*"Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera"*

*"MALAYSIA MADANI"*
*"Sepakat Sabah HEBAT"*
*SK Lanas "GUMIAT SUMINDAT"*

Daripada:
Semua warga Sekolah
SK Lanas

Lawatan sambil belajar pelajar tahun 6 Asrama Desa SK Lanas ke Wilayah Persekutuan Labuan selama 4 hari 3 malam iaitu pa...
04/12/2022

Lawatan sambil belajar pelajar tahun 6 Asrama Desa SK Lanas ke Wilayah Persekutuan Labuan selama 4 hari 3 malam iaitu pada 1-4 Disember 2022. Antara tempat² yang dilawati ialah :
1.pangkalan TUDM
2.Muzium Marine
3.Muzium Chimney
4.Taman burung
5.Desa Tunas Hijau

Pihak Pengurusan Asrama Desa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan tempat² yang dilawati dan tempat penginapan homestay Siti Labuan kerana sudi mengalu-alukan kedatangan warga Asrama Desa dengan baik sekali. Semoga ilmu dan pengalaman yang telah kami perolehi dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Julung kalinya SK Lanas dipilih sebagai  Pengelolaan seterusnya menghantar wakil utk Pertandingan Pesta Pantun Peringkat...
20/09/2022

Julung kalinya SK Lanas dipilih sebagai Pengelolaan seterusnya menghantar wakil utk Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Keningau bagi Tahun 2022.. syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua staf SK Lanas kerana telah menunjukkan komitmen yang memberangsangkan dari awal hingga akhir majlis..Terima kasih jgk kepada warga PIBG & Murid² SK Lanas yang telah membantu menjayakan Pertandingan pesta pantun ini.

Keputusan akhir pertandingan pesta pantun tahun 2022:
Johan : SK Bingkor
Naib Johan : SK Luagan
Ketiga :SK Banjar & SK Lanas
Saguhati : SK Sinulihan & SK Pekan

Terima kasih kepada usaha Pn Shara , Ckgu ekin & Ibu bapa murid² yang banyak membantu dalam mengajar & mendidik wakil peserta pantun SK Lanas sehingga mendapat tempat ..Tahniah kerana berani mencuba..Tahun depan masih ada harapan utk mewakili Sekolah 👏🏼👏🏼🎉🎉

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

15/07/2020
02/05/2019

Ini sebenarnya realiti sikap sebahagian ibu bapa sekarang yang diluahkan oleh seorang guru. Menyedi...

AJK tertinggi PIBG SK Lanas Menghadiri "Forum keibubapaan peringkat Daerah Keningau 2019"Photo by : En. Eble (YDP SK Lan...
02/05/2019

AJK tertinggi PIBG SK Lanas Menghadiri "Forum keibubapaan peringkat Daerah Keningau 2019"
Photo by : En. Eble (YDP SK Lanas)

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid2 tahun 6 SK LANAS.Semoga diberi ketenangan & dipermudahkan semasa ...
22/09/2018

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid2 tahun 6 SK LANAS.

Semoga diberi ketenangan & dipermudahkan semasa menjawab soalan..

Doakan semoga mereka memperoleh kejayaan.

Amen.. 😊

01/10/2017
Terima kasih atas keprihatinan. ☺️
19/03/2017

Terima kasih atas keprihatinan. ☺️

❤️ SK LANAS. Happy weekend from us..  😊
23/09/2016

❤️ SK LANAS. Happy weekend from us.. 😊

Elvinson Diris telah memecahkan rekod lama mssd iaitu pada tahun 1988 dgn rekod baharu beliau 5.21m..Beliau telah menjad...
23/02/2016

Elvinson Diris telah memecahkan rekod lama mssd iaitu pada tahun 1988 dgn rekod baharu beliau 5.21m..Beliau telah menjadi olahragawan sekolah rendah dan juga menjadi olahragawan keseluruhan mssd kali ke 49...Tahniah adik Elvinson kerana telah mengharumkan nama SK Lanas dan Zon Trusmadi..Semoga terus berjaya hingga ke peringkat bahagian yg diadakan di daerah Tambunan dan di peringkat seterusnya..

Penggal persekolahan tahun 2016
05/12/2015

Penggal persekolahan tahun 2016

Address

Lanas
Keningau
89007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Lanas, Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Lanas, Keningau:

Shortcuts

Share

Category