KAFA KG. Limbawan

KAFA KG. Limbawan Kelas KAFA Kg. Limbawan
Isnin - Rabu
Sesi Pagi : 07.30 - 10.30 am
Sesi Petang : 02.00 - 05.00 pm

Assalamualaikum WBT26 Januari 2026 (Isnin)Pihak KAFA Kg. Limbawan dengan ini mengumumkan bahawa pendaftaran baru bagi mu...
26/01/2026

Assalamualaikum WBT

26 Januari 2026 (Isnin)

Pihak KAFA Kg. Limbawan dengan ini mengumumkan bahawa pendaftaran baru bagi murid Tahun 1 telah ditutup. Sebarang permohonan baru tidak akan diterima lagi buat masa ini. Sekian harap maklum.

Ketua Guru KAFA Kg. Limbawan

Assalamualaikum WBTSelamat pagi dan salam sejahtera.    Selamat kembali ke kelas KAFA pada semua murid-murid ke kelas se...
11/01/2026

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke kelas KAFA pada semua murid-murid ke kelas setelah kembali dari bercuti, dan selamat datang juga kepada murid-murid Baru ke kelas KAFA Kg. Limbawan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan mana-mana guru KAFA Kg. Limbawan.

Assalamualaikum WBT29 Disember 2025 (Isnin)Sukacita dimaklumkan bahawa meja kayu baharu untuk KAFA Kg. Limbawan telah pu...
29/12/2025

Assalamualaikum WBT

29 Disember 2025 (Isnin)

Sukacita dimaklumkan bahawa meja kayu baharu untuk KAFA Kg. Limbawan telah pun siap dan disimpan di kelas KAFA Kg. Limbawan(Surau Al Qayyum) pada hari ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan dan tidak lupa juga kepada pihak yang telah menyumbang tenaga untuk membuat meja ini. Semoga dengan meja baru ini dapat memudahkan murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa dalam kelas nanti.

Sekian terima kasih

18/12/2025

Assalamualaikum WBT

18 Disember 2025 (Khamis)

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Pendaftaran baru/Naik darjah bagi sesi 2026 kali ini DITANGGUHKAN buat sementara. Pendaftaran baru/naik darjah seterusnya boleh dibuat pada TAHUN HADAPAN apabila kelas KAFA dibuka semula. Sebarang makluman info akan kami sampaikan dari semasa ke semasa. Pihak guru-guru juga mengucapkan Selamat Bercuti Sekolah kepada semua guru-guru, ibu bapa/penjaga, murid-murid KAFA Kg. Limbawan.
Semoga bertemu lagi ditahun hadapan.
Sekian terima kasih.

Assalamualaikum WBT17 Disember 2025 (Rabu)Alhamdulillah, telah selesai sudah minggu pendaftaran baru/naik darjah bagi se...
18/12/2025

Assalamualaikum WBT

17 Disember 2025 (Rabu)

Alhamdulillah, telah selesai sudah minggu pendaftaran baru/naik darjah bagi sesi 2026 selama tiga hari berturut-turut Isnin-Rabu (15/12/2025 - 17/12/2025). Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para guru-guru yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan urusan pendaftaran baru pada kali ini, begitu juga kerjasama baik yang diberikan oleh para ibu bapa/penjaga murid. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum WBT13 DISEMBER 2025 (Sabtu)KAFA Kg. Limbawan telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid K...
13/12/2025

Assalamualaikum WBT

13 DISEMBER 2025 (Sabtu)

KAFA Kg. Limbawan telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid KAFA Kg. Limbawan/KAFA Surau Al Qayyum bertempat di Surau Al Qayyum. Tahniah kepada semua murid-murid yang cemerlang dan mendapat anugerah atas pencapaian yang terbaik dalam Ujian Semester 2 bagi tahun 2025 kali ini. Majlis telah dirasmikan oleh Penyelia KAFA Daerah Keningau 2 (Dun Liawan) Ustaz Suhaidi Bin Awang Damit. Semoga majlis ini akan menjadi kenang-kenangan dan pencetus kepada murid-murid lain agar terus berusaha dalam pelajaran samada dalam bentuk akademik dan ilmu Agama.

Sekian terima kasih.

KAFA KG. LIMBAWANPENDAFTARAN BARU BAGI SESI 2026 DIBUKA PADA:TARIKH : 15-17 DISEMBER 2025 (Isnin-Rabu).MASA : SESI PAGI ...
10/12/2025

KAFA KG. LIMBAWAN

PENDAFTARAN BARU BAGI SESI 2026 DIBUKA PADA:

TARIKH : 15-17 DISEMBER 2025 (Isnin-Rabu).

MASA : SESI PAGI 7.30-10.30 Pagi & SESI PETANG 2.00 -5.00 Petang.

TEMPAT: SURAU AL QAYYUM, KG. LIMBAWAN.

Dokumen yang diperlukan :

1. Salinan MyKid (jika ada).

2. Salinan Surat lahir/beranak.

3. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.

4. Salinan Pasport/Pas kerja/Pas pelajar ibu bapa (Bukan Warganegara).

5. Gambar berukuran pasport (Dua keping).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Mohd. Nazrol Bin Ratimin 019-812 4827

Mohamad Syazwi Bin Jaim: 016-474 3685

Fazilah Kippli : 017-956 2529

Iredahwartty Binti Jaumin: 011-4050 4250

Norlisawati Binti Joilim : 011-1906 9831

Assalamualaikum08 Disember 2025 (Isnin)HARI BERTEMU PELANGGAN KAFA KG. LIMBAWAN 2025Tempat : Surau Al Qayyum, Kg. Limbaw...
10/12/2025

Assalamualaikum

08 Disember 2025 (Isnin)

HARI BERTEMU PELANGGAN KAFA KG. LIMBAWAN 2025

Tempat : Surau Al Qayyum, Kg. Limbawan

Kelas KAFA Kg. Limbawan telah mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan yang bertempat di Surau Al Qayyum, Kg. Limbawan. Pihak guru-guru bertemu dengan pihak ibu bapa/penjaga murid kelas KAFA Kg. Limbawan dan berbincang mengenai prestasi dan perkembangan semasa murid, disamping pemberian slip keputusan ujian akhir semester 2 2025 dan menandatangani buku rekod murid.
Program berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak samada ibu bapa/penjaga dan guru-guru yang telah sama-sama menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian terima kasih

Selamat menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 kepada semua murid-murid Tahun 5 KAFA Kg. Li...
14/11/2025

Selamat menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 kepada semua murid-murid Tahun 5 KAFA Kg. Limbawan. Semoga diberikan ketenangan dan ilham serta semangat yang kuat semasa menjalani ujian UPKK ini.

Assalamualaikum WBT08 November 2025 (Sabtu)KAFA KG. Limbawan telah menghantar seramai sembilan orang murid Tahun 5 (empa...
08/11/2025

Assalamualaikum WBT

08 November 2025 (Sabtu)

KAFA KG. Limbawan telah menghantar seramai sembilan orang murid Tahun 5 (empat murid lelaki dan lima murid perempuan) untuk mengikuti Program Gerak Gempur Dan Motivasi UPKK Tahun 2025 yang bertempat di KAFA S.K Kampung Keningau, Sabah. Semoga dengan program ini dapat memberi ilham dan kekuatan kepada para murid untuk lebih bersedia apabila menghadapi ujian(UPKK) sebenar yang akan datang nanti. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua murid-murid dan guru serta pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.
Sekian terima kasih.

05/09/2025

Salam Maulidurrasul..
Dirinya tiada bandingan semuanya sempurna..






Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H / 2025M
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H / 2025M

Salam Maulidur Rasul SAW 1447H / 2025M

Salam Maulidur Rasul SAW 1447H kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Sesungguhnya kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat dan teladan agung buat kita semua.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Jom kita banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW. Semoga kita mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.

“Membangun Ummah Madani”





Address

Kelas KAFA Kg. Limbawan, Surau Al Qayyum, Kg. Limbawan, , P/s 4
Keningau

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA KG. Limbawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share