Madrasah Nur Ikhwan Keningau

Madrasah Nur Ikhwan Keningau Berdaftar dengan JHEAINS.

Sumbangan & Dana boleh disalurkan melalui: BANK RAKYAT

MADRASAH PONDOK NUR IKHWAN
Acc : 1100756894

SAR INTEGRASI TAHFIZ NUR IKHWAN
Acc : 1100753767

SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAR) NUR IKHWAN
Acc : 1100753750

07/05/2026
28/04/2026

📢 *M***I MENK LIVE IN SABAH 2026!*📢

Bah, orang Sabah! Ada berita gembira! Pendakwah antarabangsa yang kita sayangi, M***i Menk, akan datang ke Kota Kinabalu! 😍

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendengar pengongsian ilmu secara live di depan mata. Memang rugi kalau tidak join!

🗓 Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC)
🔗 Daftar Sekarang:

https://faithevents.asia/muftimenksabah/ticket-purchase

Ada soalan? Boleh terus tanya urusetia di sini:
📞 Sinaster Fabian: 011-10085369
📞 Anuar Nasir: 013-8034593

Jom kita penuhi dewan SICC! Tolong panjangkan mesej ni kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain ya. Jazakallah Khair! 🤲✨

24/04/2026

fans

 fans
23/04/2026

fans

🌙✨ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH ✨🌙

Bayangkan…
Dosa kita setinggi gunung…
Namun rahmat Allah lebih luas tidak terbendung…
Masih adakah ruang untuk kita ke syurga?

🌿 JEMPUT KE TAZKIRAH PERDANA 🌿
Bersama:
🎙️ Prof. Dr. Ustaz Abdul Somad LC, MA.

🕌 Tajuk:
“Dosa Segunung, Ampunan Tak Terbendung: Masih Adakah Syurga Untukku?”

📅 24 April 2026 (Jumaat)
🕓 4.00 Petang
📍 Dewan Solat Utama, Masjid Al-Taqwa Keningau

💫 Ayuh hadir bersama…
Mencari keampunan, menyucikan hati, dan menghidupkan jiwa.

💫 Mungkin inilah saatnya Allah buka pintu taubat untuk kita…






 fans
21/04/2026

fans

*🕌 DAURAH HADIS SHAMAIL MUHAMMADIYAH | JEJAK SEMARAK MASJID UMS 🕌*

Kelab Rakan Masjid (KRM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan s**acitanya menjemput seluruh mahasiswa UMS dan masyarakat awam untuk hadir ke *Daurah Hadis, Kitab al-Shamail al-Muhammadiyah, Imam al-Tirmidhi* di bawah pimpinan *Habib Dr. Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid* dan para pensyarah Hadis di Fakulti Pengajian Islam UMS.

Butiran Daurah Hadis adalah seperti berikut:
*📆Tarikh: 2-3 Mei 2026*
*⏰Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang*
*📍Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah*

Daurah Hadis ini merupakan pengisian utama bagi Program Jejak Semarak Masjid (JSM). Di samping itu, pelbagai jualan dan aktiviti disediakan.

Inilah peluang yang terbaik buat anda untuk menimba ilmu hadis berkaitan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jom! Ikuti media sosial kami dengan perkembangan terkini:
Instagram:https://acesse.one/9zlfaht
Facebook:https://acesse.one/xauhsg9
Tiktok:https://l1nk.dev/12bx107

_"Misi Penyelamat dan Kasih Sayang"_



03/04/2026

Dengar Quran Sahaja Dapat Rahmat
=========
1. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

3. Bayangkan andai orang yang mendengar dan menghayati al-Quran sahaja sudah beroleh rahmat, apatah lagi orang yang membacanya, menghayatinya dan menghabiskan bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan nanti.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

03/04/2026

Nabi ﷺ telah menjelaskan apa maksud al-Ghibah.

Mengumpat ialah apabila kita menyebut tentang saudara kita sesuatu yang dia tidak s**a, walaupun perkara itu benar.

Sebab itu dosa ini sangat mudah berlaku.
Kadang-kadang ia berlaku dalam sembang santai, di pejabat, di kedai kopi, malah dalam talian.

Jaga lidah sebelum terlambat. Kerana setiap perkataan yang keluar akan dipersoalkan.

27/03/2026

Masya Allah Tabarakallah

27/03/2026

Hanya Enam Hari Tetapi Umpama Berpuasa Setahun

Address

Keningau
89008

Telephone

+6087333768

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Nur Ikhwan Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Nur Ikhwan Keningau:

Shortcuts

Share

Category