22/04/2026
Alhamdulillah, Pusat Tahfiz Ar Rahmah telah diwakili oleh Ustazah Ain, Ust. Irfan dan Ust. Shahrul dalam menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran Pendidikan Zon Sabah.
Program ini telah menghimpunkan para mudir dan mudirah institusi tahfiz seluruh Sabah, sekaligus menjadi platform yang sangat bermakna untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta ilmu dalam memperkukuh aspek kepimpinan dan pentadbiran institusi tahfiz.
Melalui pertemuan ini, pelbagai idea dan pendekatan dapat dibincangkan bagi meningkatkan kualiti pengurusan, kurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar tahfiz secara lebih tersusun dan berkesan.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JAKIM dan JHEAINS atas komitmen yang berterusan dalam menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini, khususnya kepada kami yang mengurus dan membangunkan pusat pengajian tahfiz di negeri Sabah.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi tahfiz yang lebih berkualiti dan berdaya saing, serta melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang dan berakhlak mulia.