26/05/2026
SK Bonor Perkasa Kompetensi Digital Guru Melalui Pensijilan Google Certified Educator Level 1
Sekolah Kebangsaan Bonor telah melaksanakan Pensijilan Google Certified Educator Level 1 sebagai usaha memperkukuh kemahiran digital guru dalam mengintegrasikan teknologi Google for Education dalam pengajaran dan pembelajaran.
Program ini dilaksanakan pada 14 Mei 2026 bertempat di Bilik Guru SK Bonor, dengan penyertaan semua guru SK Bonor seramai 11 orang.
Pelaksanaan pensijilan ini turut mendapat bimbingan daripada Leader Google Educator Group (GEG) Keningau, iaitu Cik Tracey Ang.
Sebelum menduduki peperiksaan pensijilan, para guru telah mengikuti bengkel secara hibrid yang dilaksanakan pada 6 hingga 8 Mei 2026.
Melalui bengkel ini, guru-guru didedahkan kepada penggunaan asas Google Classroom, Google Docs, Google Drive dan Google Forms sebagai persediaan menghadapi penilaian Google Certified Educator Level 1.
Pensijilan ini merupakan pengiktirafan global yang sah selama tiga tahun dan menjadi bukti komitmen guru dalam meningkatkan kemahiran digital selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.
Dalam era kecerdasan buatan dan transformasi digital, penguasaan teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan PdP lebih tersusun, interaktif dan relevan.
Tahniah diucapkan kepada warga SK Bonor atas komitmen yang tinggi, serta sokongan pihak pentadbir dalam memperkasa budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Usaha ini akan diteruskan dengan perancangan untuk melaksanakan Google Certified Educator Level 2 pada masa akan datang.