Pusat Tuisyen Keningau

Pusat Tuisyen Keningau Pusat Tuisyen Keningau merupakan satu-satunya pusat tuisyen yang berpaksikan Perpustakaan Kgau. Hubungi pemilik Pusat Tuisyen Keningau untuk info lanjut.

Pusat Tuisyen Keningau merupakan sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai sebuah pusat tuisyen. Ditubuhkan sejak 2010 untuk membantu pelajar memperbaiki kelemahan akademik di peringkat sekolah rendah dan menengah dgn yuran yang sgt murah. Pusat Tuisyen Keningau juga memiliki tutor yang berdedikasi, berdisiplin dan berpengalaman. Lebih-lebih lagi, tutor kami terdiri daripada tutor lepasan

ijazah dan masters yang cemerlang. Pembelajaran di Pusat Tuisyen Keningau adalah mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KPM dan guru-guru di Pusat Tuisyen Keningau merupakan guru tuisyen sepenuh masa. Pusat Tuisyen Keningau juga berpengalaman luas dan mempunyai teknik tersendiri dalam memupuk semangat dan motivasi pelajar utk lebih fokus dan lebih rajin dalam menjalani rutin sebagai pelajar. Pelajar akan dididik bagaimana untuk menggunakan dan membahagikan masa belajar dengan bijak, selaras dengan kehidupan sebagai pelajar sekolah. Pusat Tuisyen Keningau turut mengalu2kan pelajar Pendidikan Khas (Autism, Disleksia, Hiperaktiif dll) untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama. www.wasap.my/KecemerlanganMilikmu/60135201083

03/11/2025
18/10/2025

Anak tidur, tapi tak sedar-sedar.

Dua hari pertama cuma demam.
Mak suap ubat, lap dahi, peluk anak yang menggigil.
Doktor kata influenza. Rehat cukup, nanti baik sendiri.

Tapi malam ketiga, semuanya berubah.
Anak senyap. Mata terbuka tapi tak menyahut bila dipanggil.
Lehernya kaku. Tangan mula kejang. Suhu makin tinggi.
Beberapa saat kemudian, sawan datang.

Jeritan mak bergema.
Nama anak dipanggil berulang kali, tapi tiada sahutan.
Dalam perjalanan ke hospital, doa mak cuma satu,
“Tolonglah, jangan ambil anak aku.”

Ramai ibu bapa tak tahu, virus influenza bukan sekadar jangkitan paru-paru.
Dalam kes tertentu, virus ini boleh menyerang otak dan selaput otak,
menyebabkan encephalitis atau meningitis, dua keadaan yang boleh meragut nyawa jika lambat dirawat.

Tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan:
• Anak keliru atau terlalu mengantuk
• Sawan
• Sakit kepala kuat dan leher kaku
• Tak tahan cahaya
• Muntah berulang dan demam tinggi berpanjangan

Apabila virus sudah sampai ke otak, setiap minit yang kita tunggu boleh membawa akibat besar.
Anak yang tadi cuma demam, boleh tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam masa beberapa jam.

Influenza bukan sekadar demam biasa.
Jika anak nampak lain dari biasa, segera ke hospital.
Lebih cepat dirawat, lebih besar peluang untuk diselamatkan.

Kerana dalam banyak kisah kehilangan, semuanya bermula dengan satu ayat yang sama
“Mak ingat demam biasa.”

Jom top up ilmu
16/07/2024

Jom top up ilmu

Hi… Cuti sekolah ni anak-anak buat apa? Daripada buang masa yang tidak tentu, mari kasi sedia anak-anak dengan ilmu baru...
25/05/2024

Hi… Cuti sekolah ni anak-anak buat apa? Daripada buang masa yang tidak tentu, mari kasi sedia anak-anak dengan ilmu baru supaya bila buka sekolah nanti, tinggal ulangkaji ja subjek yang cikgu di sekolah ajar… Mudah kan… Bah! Pusat tuisyen saya sedang mencari anak-anak yang selalu gagal dalam peperiksaan, selalu kena tuduh lembap, selalu dapat keputusan merah atau yg mungkin pemalu mau bertanya untuk mengikuti kelas tuisyen saya.. Bah! Tekan ja tu link kita bincang2 masalah anak2 ya

Harini tuisyen Maths tingkatan 3. Student terkejut saya tasmik sifir. Hasilnya mereka xboleh jawab ikut masa yg saya ber...
08/02/2024

Harini tuisyen Maths tingkatan 3. Student terkejut saya tasmik sifir. Hasilnya mereka xboleh jawab ikut masa yg saya beri. Sebab kena senaraikan dulu sifir baru dapat jawapan... Kena kira guna jari baru dapat jawapan... Ni lah hasilnya..segala alternatif2 yg diturunkan semasa sekolah rendah dulu.. Matematik tentang masa!! Xhafal sifir mcmna nak kira? Tekan calculator xselaju jawapan keluar dari memori. Jadi saya akan tasmik setiap kali jumpa student. Xkiralah dah besar gajah pun! Sebab saya tau mereka akan berterima kasih dgn saya suatu hari nanti... Siapa anak form 3.. Sila tasmik sifir anak kalau nak anak selamat Math F4 dan F5 nanti..

https://maudaftartuisyen.wasap.my/

08/02/2024

Cabaran Bermula... 🧠
4 - X < 5
Cari nilai X

08/02/2024

4 PENGETAHUAN AM YANG WAJIB KITA TAHU JIKA;

1. Tersedak makanan
2. Krem kaki
3. Salah bantal
4. Kaki semut2/ kebas

1. Jika tersedak makanan, hanya perlu mengangkat tangan.

2. Jika krem kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi tinggi dan sebaliknya. Jika krem kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi tinggi, pasti akan segera rasa selesa..

3. Salah bantal; Jika merasa sakit di sekitar tengkuk dan belikat, apakah yang harus dilakukan? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki sahaja, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar ke arah atau berlawanan arah jarum jam.

4. Kaki semut2 @ kebas. Ketika kaki kiri semut2 @ kebas, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga. Begitu juga jika kaki kanan semut2 @ kebas, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga..

Jangan simpan saja info ni. Siapa tau mungkin dapat membantu orang lain.,
SEMOGA BERMANFAAT

Address

Perpustakaan Keningau
Keningau
89000

Telephone

+60135201083

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tuisyen Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Tuisyen Keningau:

Shortcuts

Share

Category