Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS IPDAS terletak di daerah Keningau menawarkan dua program utama iaitu Program Sijil Pengajian Islam (SPI) dan Program Diploma Dakwah Islamiyyah (DDI).

FACEBOOK RASMI INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)

BORANG PERMOHONAN SIJIL PENGAJIAN ISLAM 2026 - https://forms.gle/Q64XzshR9fvC54iC7

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ➑️ https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Dakwah Keningau merupakan sebuah institusi pengajian Islam di bawah peng

urusan dan pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pusat. IPDAS kini semakin maju di hadapan dengan pembangunan di pelbagai aspek seperti prasarana, sistem pendidikan dan pentadbiran yang semakin di hadapan. IPDAS juga kini rancak bergerak di dalam dunia digital dengan perkembangan sistem penyampaian maklumat seiring dengan Revolusi Maklumat 4.0 kini. Ketahui lebih lanjut di:- myipdas.islam.gov.my

*PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN MUSLIM (LAKUM) 2026*Keningau, Sabah - Seksyen Pembangunan Kemahiran & Keusahawanan, Instit...
23/08/2026

*PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN MUSLIM (LAKUM) 2026*

Keningau, Sabah - Seksyen Pembangunan Kemahiran & Keusahawanan, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berjaya menganjurkan Program Latihan Asas Keusahawanan (LAKUM) 2026 yang berlangsung selama tiga hari dua malam, berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 2026, bertempat di Dewan Tun Sakaran, IPDAS.

Pengisian program dimantapkan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan berpengalaman, iaitu YBrs. Encik Mohd Azhar bin Ramali, _Managing Director & Project Manager Cyber Vision Enterprise_ (CVE), bersama barisan fasilitator yang mengendalikan aktiviti interaktif serta slot bengkel khas.

Program komprehensif ini khusus untuk para mahasiswa Semester 1, Diploma Dakwah Islamiah (DDI) dan Diploma Dakwah Kontemporari (DDK) sebagai pendedahan awal dalam memperkasa minda keusahawanan berteraskan nilai Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel penceramah jemputan, para fasilitator serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembangunan kerjaya dan sahsiah para mahasiswa.



#2026

23/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πˆππƒπ€π’ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”πƒπ€π“ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π“π„πŒππ€π“ πƒπˆ πˆπ‹πˆπŒ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ† ππ„π‘πŒπ”π‹π€ 𝟐𝟏 - πŸπŸ‘ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ”

SLOT 6: Kuasa Pengucapan Dalam Kepimpinan

Disampaikan Oleh: Encik Norhasdi bin Hassan @ Pak Boi, Professional Trainer/ Facilitator

Slot ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan kemahiran pengucapan dalam kepimpinan serta membina keyakinan, komunikasi yang berkesan dan kemampuan menyampaikan idea dengan jelas, berpengaruh dan beretika.

22/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πˆππƒπ€π’ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”πƒπ€π“ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π“π„πŒππ€π“ πƒπˆ πˆπ‹πˆπŒ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ† ππ„π‘πŒπ”π‹π€ 𝟐𝟏 - πŸπŸ‘ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ”

SLOT 2: Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Disampaikan Oleh: Ustaz Mohd Johar bin Japnar, Unit Kemasukan dan Hubungan Strategik IKK

Slot penulisan surat rasmi dan memo ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan surat rasmi dan memo yang tepat, sistematik dan mengikut format yang betul, di samping membentuk keupayaan berkomunikasi secara profesional dalam pengurusan persatuan.

22/08/2026

Filem Pendek Program Penghayatan Etika dan
Peradaban Semester 1/2026




1m

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπ‹πŒπˆπ€π‡ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π π“πˆππ†π†πˆ 𝐀𝐋 πŒπ”ππ€π‘π€πŠ (πˆππ“π€πŒ), πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ€ππƒπ€π‘π€π˜π€ πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π” (πŒππ‘πŠπŠ) πŠπ„ πˆππƒπ€π’ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”πƒπ€...
22/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπ‹πŒπˆπ€π‡ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π π“πˆππ†π†πˆ 𝐀𝐋 πŒπ”ππ€π‘π€πŠ (πˆππ“π€πŒ), πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ€ππƒπ€π‘π€π˜π€ πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π” (πŒππ‘πŠπŠ) πŠπ„ πˆππƒπ€π’ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”πƒπ€π“

KUDAT, 21 Ogos 2026 – Institut Pengajian Tinggi Al Mubarak (IPTAM), Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat (IKK) pada 20 hingga 21 Ogos 2026.

Lawatan tersebut merupakan salah satu usaha memberikan pendedahan akademik dan pembangunan sahsiah kepada pelajar IPTAM MBRKK, khususnya berkaitan sistem pengajian akademik di IKK dengan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.

Dalam program tersebut, pelajar IPTAM MBRKK turut berkesempatan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan menyertai kelas kuliah bersama pelajar IKK. Pengalaman tersebut memberikan peluang kepada para pelajar IPTAM untuk merasai suasana pembelajaran secara langsung di IKK serta berinteraksi bersama pensyarah dan pelajar.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform bagi kedua-dua institusi untuk bertukar pengalaman, berkongsi pengetahuan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IPTAM MBRKK dan IKK.

Lawatan ilmiah ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar IPTAM MBRKK untuk terus mendalami bidang pengajian Islam dan dakwah, di samping membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua institusi pada masa akan datang.







Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW Dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS
Facebook: Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS
YouTube: IPDAS JAKIM TV
Instagram:
TikTok:

PROGRAM PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SEMESTER 1/202621 Ogos 2026 (Jumaat)Oleh: Seksyen Komunikasi StrategikKENINGAU β€”...
22/08/2026

PROGRAM PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SEMESTER 1/2026

21 Ogos 2026 (Jumaat)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

KENINGAU β€” Program Penghayatan Etika dan Peradaban anjuran Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berlangsung dengan lancar pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Tun Sakaran, IPDAS, Keningau.

Antara aktiviti yang menarik dan kreatif, antaranya persembahan koir, Silat Gayong, Choral Speaking, nasyid, sajak dan pentomen, persembahan kompang, filem kreatif, pertandingan busana tercantik serta pertandingan membawa bendera terbanyak.

Pemilihan tema β€œBiar mati anak, jangan mati adat” amat bertepatan dengan kandungan pembelajaran dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban, khususnya dalam memahami konsep adat istiadat, adat resam, adab, etika, etiket dan etos. Kesemua elemen tersebut diterapkan secara kreatif melalui pelbagai persembahan dan aktiviti yang dipersembahkan oleh para mahasiswa.

Menurut Puan Jundia binti Ali, program ini bukan sahaja memberikan ruang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas, malah turut menjadi platform dalam membentuk sahsiah, meningkatkan kemahiran insaniah, memperkukuh kemahiran pengurusan majlis serta memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.





Address

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Beg Berkunci No. 12
Keningau
89009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087331868

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS:

Shortcuts

Share

Category