KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau

KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau, School, Kampung Bariawa Ulu, Keningau.

Alhamdulillah.. 🤲🤲Alhamdulillah selesai juga majlis hari raya peringkat sekolah. Suasana meriah dengan gelak tawa anak2 ...
16/04/2026

Alhamdulillah.. 🤲🤲
Alhamdulillah selesai juga majlis hari raya peringkat sekolah. Suasana meriah dengan gelak tawa anak2 murid.. keriuhan ibubapa seperti keriuhan bawang rangers..masing2 dengan buah cerita bersembang dengan kawan sebelah. Senyum sambil bersembang entah apa agaknya..
Kali ini susunan makanan potluck yang dibawa oleh ibubapa sangat teratur. Sini grup air, sana p**a bahagian kuih muih & biskut, situ p**a bahagian makanan berat rendang,ayam kicap,ayam kari, mee kari, mihuj goreng singapore, buras dan banyak lagi yg admin xsempat sebut. Alhamdulillah.
Pasukan urusetia makanan kali ni sudah buat yg terbaik.. sudah buat satu benchmark yg baik. Maka terpaksalah tahun mendatang kena buat sekurang2 kurangnya sama atau lebih baik.👍😃
Tahniah dan kredit kepada barisan ajk pibg terutamanya Puan Timbalan pengerusi. Tanpa mereka semua majlis ini tidak akan berjalan sempurna. Terima kasih dari kami barisan Guru-guru KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau . Moga kita semua berjumpa lagi di majlis akan datang. Tabarakallah..🤲

Sesi memberanikan diri bercakap dalam bahasa arab.. Syabas anak2 kerana berani kedepan untuk mencuba. 👍الحوار بالموضوع :...
07/04/2026

Sesi memberanikan diri bercakap dalam bahasa arab.. Syabas anak2 kerana berani kedepan untuk mencuba. 👍

الحوار بالموضوع : النظافة من الايمان

07/04/2026

Tidak apa anak2.. hari ini mau sebut perkataan arab tu masih terbelit lidah, besok2 bila sudah diasah & dilatih bercakap bahasa arab silap2 kamurang kena panggil orang Arab tulin sudah..😆
InsyaAllah nikmati saja proses pembelajaran ya..



Syukur Alhamdulillah Anak-anak KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau telah berjaya melaksanakan majlis Tadarus & khatam Al...
14/03/2026

Syukur Alhamdulillah Anak-anak KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau telah berjaya melaksanakan majlis Tadarus & khatam Al-Quran sempena Ramadan Tahun 2026.
Tahniah diucapkan kepada semua anak2 murid yang sudah berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan Bacaan Masing2. Semoga Al-Quran yang dibaca akan menjadi cahaya dalam jiwa anak2 semua. Amiin..



BANTUAN INFAQ RAK KASUTاسلام عليكم ورحمةالله وبركاته...Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt.. kami dengan rendah diri memo...
11/02/2026

BANTUAN INFAQ RAK KASUT
اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته...
Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt.. kami dengan rendah diri memohon bantuan infaq rak kasut untuk anak2 sekolah kami. Rak kasut ini penting untuk membolehkan kasut & selipar anak-anak kami disusun dengan lebih teratur.
Untuk sebarang maklum balas boleh berhubung dengan wakil sekolah iaitu Ustaz Alimuddin di talian : 019-8811334

Perbaiki Diri dibulan sya'ban menjelang ramadan kareem..🤲
24/01/2026

Perbaiki Diri dibulan sya'ban menjelang ramadan kareem..🤲

Ramadan belum tiba,

tapi hati boleh mula

bersedia. 🤍







24/01/2026


Minggu pertama persekolahan tahun 2026.. Ada muka ceria 😄Ada muka sedih 😢Ada menangis 😭Ada juga ibubapa terpaksa temanka...
22/01/2026

Minggu pertama persekolahan tahun 2026..
Ada muka ceria 😄
Ada muka sedih 😢
Ada menangis 😭
Ada juga ibubapa terpaksa temankan anak dia dlm kelas belajar. Nda pasal2 ibubapa terpaksa buka kitab Iqra balik. Aduss.🤣
Tapi semua itu nda mengapa dan kita semua tahu itulah proses sebenar pembelajaran. Bermula dari langkah kecil akhirnya melangkah dengan gah.!!
Moga semuanya berjaya dunia akhirat ya Anak-anak KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau . Tabarakallah.🤲


Alhamdulillah puji dan syukur kepada Allah Swt kerana hanya dengan izinnya kami dapat menjayakan Majlis Apresiasi Keceme...
19/12/2025

Alhamdulillah puji dan syukur kepada Allah Swt kerana hanya dengan izinnya kami dapat menjayakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Tahun 2025. Terima kasih kepada Tuan Al-Danish Hatta dari bahagian Zakat dan Fitrah keningau kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ibubapa murid KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau atas kerjasama dan bantuan dalam menyediakan juadah jamuan pada kali ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak murid kami yang berjaya mendapatkan keputusan yg cemerlang pada sesi 2025 ini. Kami amat berharap semoga momentum usaha & komitmen pembelajaran yg baik akan sentiasa dikekalkan dan ditambah baik dari masa ke semasa.
Buat anak-anak murid yang tidak mendapat anugerah kali ini, jangan sesekali berputus asa. Sentiasa lah berusaha dan jangan malu bertanya kepada guru jika sekiranya ada perkara yang tidak difahami. Jangan lupa Allah sesungguhnya telah berjanji bahawa selepas kesusahan & kesukaran adanya kesenangan. Teruslah melangkah untuk menggapai kejayaan.

بسم الله الرحمن الرحيم HARI PENDAFTARAN MURID KAFA SAR KG BARIAWA ULU SESI 2026Tarikh : 8 - 10 Disember 2025Masa. : 2:00...
06/12/2025

بسم الله الرحمن الرحيم
HARI PENDAFTARAN MURID KAFA SAR KG BARIAWA ULU SESI 2026

Tarikh : 8 - 10 Disember 2025
Masa. : 2:00 Petang - 4:00 Petang
Tempat : Bangunan Kelas KAFA

Dokumen perlu disediakan : Salinan IC ibubapa/penjaga & Salinan surat beranak murid ( Untuk murid Tahuan 1 2026 & murid baharu sahaja )

Ibubapa di kawasan sekitar Kampung bariawa ulu dialu-alukan menghantar anak di sekolah kami. Onsoi bah...😁

Hi abg bomba
22/08/2025

Hi abg bomba

Address

Kampung Bariawa Ulu
Keningau
89008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA / SAR Kg Bariawa Ulu, Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category