18/11/2025
RONDOM PANGINSUATAN
SEMPENA TOWNHALL YBM BERSAMA WARGA IPG KAMPUS KENINGAU
15 NOVEMBER 2025 | DEWAN TAN SRI SUFFIAN KOROH
Alhamdulillah, program Rondom Panginsuatan sempena Townhall bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau.
Sesi ini menjadi platform penting untuk warga IPG Kampus Keningau menyampaikan pandangan, cadangan serta isu semasa berkaitan pendidikan dan latihan perguruan. YB Menteri turut menekankan kepentingan memperkukuh ekosistem pendidikan guru selaras dengan agenda Pendidikan MADANI.
Sesi soal jawab diadakan dalam suasana terbuka dan penuh semangat, menzahirkan komitmen warga IPG untuk terus memacu kecemerlangan pendidikan.
Terima kasih YB Menteri atas kesudian hadir dan mendengar suara warga IPG Kampus Keningau. Semoga usaha ini terus memperkukuh peranan IPG sebagai institusi melahirkan guru berkualiti untuk negara.