Inner Peace Academy

Inner Peace Academy Pusat Latihan SLDN

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan kepada anda sekeluarg...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan hati kita semua.

Ikhlas daripada,
Inner Peace Academy

Innerpeacespaacademy

26/05/2026
Urutan Malaysia – Train The Trainer Course 2026Adakah anda passionate dalam bidang Spa, Wellness dan Urutan Tradisional ...
21/05/2026

Urutan Malaysia – Train The Trainer Course 2026

Adakah anda passionate dalam bidang Spa, Wellness dan Urutan Tradisional Malaysia?

Kini peluang anda untuk melangkah lebih jauh bersama Kursus Urutan Malaysia – Train The Trainer yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Jun 2026 di JEN Penang Georgetown by Shangri-La.

Kursus intensif ini direka khas untuk mereka yang ingin menjadi Trainer profesional dalam industri Spa & Wellness serta mendapatkan pengiktirafan Persijilan Urutan Malaysia daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC.

Anda akan mempelajari teknik Urutan Malaysia, teori profesional, standard industri dan kemahiran latihan secara hands-on bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Sama ada anda seorang therapist, trainer, pemilik spa atau individu yang ingin meningkatkan kerjaya — inilah peluang anda!

📍 Tempat adalah TERHAD!
📞 Hubungi kami sekarang untuk pendaftaran segera.

Urutan Malaysia – Train The Trainer 2026.
Memperkasa profesional wellness Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Daftar sekarang! Jangan lepaskan peluang ini.

JAWATAN KOSONG: SPA & WELLNESS TRAINERAdakah anda berpengalaman dalam industri Spa & Wellness serta berminat berkongsi i...
10/05/2026

JAWATAN KOSONG: SPA & WELLNESS TRAINER

Adakah anda berpengalaman dalam industri Spa & Wellness serta berminat berkongsi ilmu dan membimbing orang lain?

Kami sedang mencari individu yang berdedikasi, profesional dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai:

SPA & WELLNESS TRAINER

✅ Kriteria:
• Berpengalaman dalam industri Spa & Wellness
• Mempunyai kemahiran mengajar & komunikasi yang baik
• Berpersonaliti menarik dan profesional
• Bersemangat membimbing serta memperkasa bakat baru
• Sijil berkaitan adalah satu kelebihan

💼 Apa yang Kami Tawarkan:
• Persekitaran kerja profesional & positif
• Peluang pembangunan kerjaya
• Menjadi sebahagian daripada industri wellness yang berkembang pesat
• Peluang melatih generasi baru dalam industri Spa & Wellness

📩 Berminat? Sertai kami sekarang! Hantar resume atau hubungi kami @ 012-5172957 untuk maklumat lanjut.

Bersama memperkasa industri Spa & Wellness ke tahap lebih tinggi.

Sedang berlangsung Kursus Urutan Malaysia Train The Trainer di Inner Peace Academy.Sesi teori memberi pendedahan menyelu...
30/04/2026

Sedang berlangsung Kursus Urutan Malaysia Train The Trainer di Inner Peace Academy.

Sesi teori memberi pendedahan menyeluruh dalam mengenali konsep, asas, dan keunikan Urutan Malaysia sebagai warisan terapi tempatan.

Innerpeacespaacademy komited memperkasa para peserta dengan ilmu, kemahiran dan standard profesional bagi memenuhi keperluan industri spa dan wellness, sekaligus mengangkat martabat Urutan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Pelatih-pelatih Inner Peace Academy turut serta menjayakan Tamu Solidariti Gereja St. Anthony Apin-Apin baru-baru ini se...
23/04/2026

Pelatih-pelatih Inner Peace Academy turut serta menjayakan Tamu Solidariti Gereja St. Anthony Apin-Apin baru-baru ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) akademi.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berinteraksi dan mendekati komuniti setempat, malah memberi peluang kepada para pelatih untuk menjalani latihan secara praktikal dalam suasana sebenar. Melalui penglibatan ini, para pelatih dapat menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran, serta memperoleh pendedahan yang lebih luas dalam bidang yang diceburi.

Semua hasil kutipan daripada program ini telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak penganjur sebagai sokongan kepada usaha murni yang dijalankan. Inner Peace Academy akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat serta membangunkan potensi pelatih secara holistik.

Sempena Hari Bumi Antarabangsa 2026, warga kerja serta para pelatih Inner Peace Academy telah menganjurkan program “Eco-...
22/04/2026

Sempena Hari Bumi Antarabangsa 2026, warga kerja serta para pelatih Inner Peace Academy telah menganjurkan program “Eco-Hike & Clean-Up”.

Program ini merupakan satu aktiviti mendaki santai yang bertujuan untuk menghargai keindahan alam semula jadi sambil memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga dan memelihara “Mother Earth”.

Bertempat di Bukit Donguan, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menyemai kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan peserta.

Address

The DUO, Apin-Apin
Keningau
89008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inner Peace Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category