Pusat Sumber SK Pekan Keningau II

Pusat Sumber SK Pekan Keningau II Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sumber SK Pekan Keningau II, School, Keningau.

30/04/2026
Jom Baca Peringkat SKPKII29 APRIL 2026(RABU)“Buku adalah teman terbaik, ilmu adalah harta paling berharga.” ❤️
29/04/2026

Jom Baca Peringkat SKPKII
29 APRIL 2026(RABU)

“Buku adalah teman terbaik, ilmu adalah harta paling berharga.” ❤️





Makluman Program Jom Baca 10 minit pada pagi esok. Terima kasih.
28/04/2026

Makluman Program Jom Baca 10 minit pada pagi esok. Terima kasih.

PERSIAPAN PENTAS PEMANISSekitar persiapan pentas oleh guru-guru SK Pekan Keningau II bagi menghadapi Majlis Pemanis yang...
24/04/2026

PERSIAPAN PENTAS PEMANIS

Sekitar persiapan pentas oleh guru-guru SK Pekan Keningau II bagi menghadapi Majlis Pemanis yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu ini. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan jelas menggambarkan semangat warga sekolah dalam memastikan kelancaran program.

Pada masa yang sama, seramai 3 orang murid akan mewakili sekolah ke pertandingan Pemanis peringkat daerah yang akan berlangsung pada hari esok.

Pihak sekolah mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan dan murid-murid yang bertanding diberikan kejayaan serta mengharumkan nama sekolah.

Selamat maju jaya!

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SUHARDIPihak pentadbiran dan seluruh warga SK Pekan Keningau II merakamkan setinggi-tinggi pengh...
24/04/2026

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SUHARDI

Pihak pentadbiran dan seluruh warga SK Pekan Keningau II merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Suhardi atas segala sumbangan sepanjang menjalani tempoh praktikum selama tiga bulan di sekolah ini.

Sepanjang tempoh tersebut, Cikgu Suhardi telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik, khususnya dalam mendidik serta membimbing murid-murid.

Sesungguhnya, segala jasa dan bakti yang dicurahkan amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga pengalaman yang diperoleh di SK Pekan Keningau II menjadi satu nilai tambah yang bermakna dalam perjalanan kerjaya sebagai seorang guru.

Pihak sekolah mendoakan agar Cikgu Suhardi terus maju jaya dan cemerlang dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.

Selamat maju jaya dan terima kasih, Cikgu Suhardi.

22 April 2026Suasana sekolah diserikan dengan sambutan Hari Raya yang meriah dengan Pejabat Pentadbiran sebagai hos 💼Pel...
22/04/2026

22 April 2026
Suasana sekolah diserikan dengan sambutan Hari Raya yang meriah dengan Pejabat Pentadbiran sebagai hos 💼

Pelbagai juadah istimewa disediakan untuk dinikmati bersama: nasi kerabu, satay, kuih-muih, buah-buahan, kolopis, kek dan kuih raya 🍚🍢🍉🎂

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

17/04/2026

Selamat maju jaya buat Cikgu Nina yang akan berpindah ke sekolah baharu 🌸

Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami. Kehadiran cikgu bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga sebagai inspirasi dan sahabat yang sentiasa memberi semangat.

Walaupun perpisahan ini terasa berat, kami percaya Cikgu Nina akan terus cemerlang dan menyinari tempat baharu dengan dedikasi yang sama.

Kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya dalam setiap langkah.

Ikhlas daripada kami,
Warga sekolah 💐
SK PEKAN KENINGAU II

Sambutan Hari Raya SKPK216 April 2026“Dalam suasana yang sederhana, terselit seribu kenangan indah. Selamat Hari Raya da...
16/04/2026

Sambutan Hari Raya SKPK2
16 April 2026

“Dalam suasana yang sederhana, terselit seribu kenangan indah. Selamat Hari Raya dari warga SKPK2"

10/04/2026

Alhamdulillah.
Tahniah Siti Nur Athirah binti Jamil mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Perak

Tahniah
PPD Keningau unggul Pendidikan Terbilang

Address

Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber SK Pekan Keningau II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category