10/02/2026
✨🏮 PEMASANGAN TANGLUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026 🏮✨
Warga sekolah bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya melalui pemasangan tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026. Inisiatif ini merupakan ikhtiar pihak sekolah untuk menyemai semangat bermasyarakat, saling menghormati dan memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia.
Selari dengan pedagogi kepelbagaian budaya, pendedahan awal terhadap amalan dan simbol budaya pelbagai kaum membantu murid membina sikap inklusif, empati serta kefahaman bahawa perbezaan adalah kekuatan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
🌸 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penderma tanglung:
1️⃣ Kontraktor Pembersihan Sekolah Syarikat WAI & Y Trading– 50 tanglung
2️⃣ Penolong Kanan HEM Bryan Adam – 40 tanglung
Semoga usaha ini membawa makna besar dalam membentuk generasi yang berakhlak, bersatu hati dan menghargai kepelbagaian budaya.
🏮🤝 Bersama kita semai perpaduan, demi Malaysia MADANI.