19/08/2026
❤️ CERAMAH KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID) ❤️
📅 19 Ogos 2026 | 📍 Dewan SJKC Yuk Kong, Keningau
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Daerah Keningau atas kesudian bekerjasama dengan pihak SJKC Yuk Kong, Keningau dalam menjayakan Ceramah Keselamatan dan Pertolongan Cemas pada hari ini.
Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kehadiran:
🌹 Puan Fatimah binti Taip
Timbalan Pengerusi / Pensyarah & Pemeriksa
🌹 En. Albinus Gimbang
Pegawai Bahagian Kesihatan
🌹 En. Pedro Wilfred
Sukarelawan BSMM
🌹 Cik Juarinah Dondong
Sukarelawan BSMM
Melalui ceramah, demonstrasi dan latihan yang dikongsikan, murid-murid telah memperoleh pengetahuan serta kemahiran asas pertolongan cemas yang amat berguna dalam menghadapi situasi kecemasan.
Guru Besar SJKC Yuk Kong, Keningau, En. Lee Chun Ping, mewakili seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penceramah serta pasukan BSMM Daerah Keningau atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan kepada murid-murid kami.
Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan serta membentuk murid yang lebih berilmu, peka dan bersedia menghadapi kecemasan.
Ilmu menyelamatkan nyawa, tanggungjawab bersama. ❤️⛑️
#育光学校