Badar Semaken _ Masjid Al-Azhar

Badar Semaken _ Masjid Al-Azhar Badan dakwah dan rohani SMK AGAMA KENINGAU

30/06/2022

Amalan Bulan Zulhijjah

Sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah SWT untuk kita melakukan amalan soleh.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil peluang ini dengan melaksanakan amal-amal soleh.

19/05/2022

Doa Agar Dikurniakan Akhlak yang Baik

اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، وَلَا يَهْدِي لَأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau."

Amalkan membaca doa ini kerana untuk memiliki akhlak yang baik dan beramal dengan kebaikan terlalu banyak ujian dan dugaannya.Semoga Allah SWT sentiasa istiqamahkan kita untuk melakukan kebaikan di jalan Allah SWT.

06/02/2022

🤲🏻 اللهم بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan panjangkan umur kami sampai ke bulan Ramadhan.

04hb Rejab 1443H❤️

03/02/2022

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik,
Kolej Komuniti (KK) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Sesi Akademik 2022/2023

Kategori permohonan lepasan SPM & STPM/Setaraf tertera di infografik

Pemohon boleh dibuat pada :

Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari

Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi :

https://upu.mohe.gov.my/

13/01/2022

DOA KETIKA SAKIT

1. Letakkan tangan di bahagian anggota yang sakit.

2. Baca بِسْمِ اللَّهِ sebanyak 3 kali

3. Kemudian membaca doa berikut sebanyak 7 kali:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"Aku berlindung dengan Allah SWT dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti.

Jom kita amalkan.

09/01/2022
04/01/2022

TERPUTUS AMALAN KECUALI….

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

31/12/2021

7 Tips Membina dan Mencapai Azam Baru

1. Tetapkan matlamat dengan jelas
2. Belajar daripada kesilapan lepas
3. Mengubah gaya pemikiran dan mentaliti
4. Luangkan lebih banyak masa dengan keluarga
5. Banyakkan membaca dan kuasai ilmu
6. Buang tabiat buruk
7. Belajar dan asah kemahiran baharu

09/12/2021

Ketahui penjelasan panduan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.

07/12/2021

Doa Yang Diajarkan Kepada Fatimah
========
1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah ﷺ dikatakan pernah masuk ke rumah Saidatina Fatimah, dan mendapati Fatimah sedang terlelap tidur. (Setelah terjaga) Baginda lalu bertanya, apakah yang menyebabkan beliau tidur pada waktu begini. Lalu Fatimah menjawab: “Aku kepenatan (atau tidak sihat).”

2. Rasulullah ﷺ kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir ini yang sunnah untuk dibacakan setiap hari iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.” (Lafaz doa atau zikir ini daripada riwayat al-Nasa’i)

3. Menurut riwayat al-Nasa’i p**a, Rasulullah ﷺ pernah mewasiatkan kepada Fatimah agar sentiasa membaca doa ini pada waktu pagi dan petang. Ini supaya kita sentiasa meletakkan kebergantungan diri kita kepada Allah tidak kira saat susah mahu pun senang.

4. Doa ini juga sesuai untuk dibacakan saat kita kesusahan. Ini kerana lafaz doa ini membawa kita agar meletakkan pengharapan kepada Allah. Dalam riwayat al-Tirmizi, Rasulullah ﷺ direkodkan pernah membaca lafaz terawal doa ini ketika ditimpa sesuatu kesusahan. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Anas:

كَانَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ يَقُولُ: (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

“Sesungguhnya Rasulullah apabila ditimpa sesuatu perkara maka Baginda akan mengucapkan: Ya Hayyu, Ya Qayyum, birahmatika astaghith.” (HR al-Tirmizi)

5. Amalkanlah lafaz zikir dan doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ ini. Doa dan zikir ini mendidik kita meletakkan kebergantungan (tawakal) dan pengharapan kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

24/11/2021

Mendoakan Adik Beradik Sendiri
=======
1. Salah satu perkara yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah al-Quran adalah mendoakan adik beradik sendiri. Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.

2. Hubungan antara abang dan adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai. Mereka digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.

3. Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran. Nabi Musa orangnya keras, sedang Nabi Harun itu sikapnya lembut. Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya. Sedang Harun membalas dengan baik dengan katanya:

قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي

“Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: "Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" Surah Taha: 94.

4. Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar. Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur. Kata Nabi Musa:

وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا

“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” (Surah al-Qasas: 34).

4.1 Menurut al-Imam Ibn Kathir, Musa mempunya sejarah yg menyebabkan beliau menjadi sedemikian. Ketika kecil, beliau diberikan pilihan antara tamar dan bara api oleh Firaun untuk menguji anak kecil ini. Musa telah memilih bara lalu diletakkan pada lidahnya yang menyebabkan terdapat gangguan kepada lisan beliau. (Ibn Kathir, Tafsir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1419H, 6/212)

5. Walaupun memiliki karakter yg berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yg ideal dalam dakwah. Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu. Perlantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran. Ia menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut. Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah:

وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (29) هَارُونَ أَخِي (30) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (31) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (32) كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

"Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.

6. Bukan sahaja sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dikalangan kita yang mendoakan sesama adik beradik sendiri?

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِك

“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)

7. Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

16/11/2021

Doa Ditambahkan Kebaikan

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: Wahai Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami. Berilah buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah p**a semua usaha kami.

Riwayat At-Tirmizi (3173)

Address

Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badar Semaken _ Masjid Al-Azhar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Badar Semaken _ Masjid Al-Azhar:

Shortcuts

Share

Category