Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau

Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau, Religious school, Keningau.

✨ Sekolah berdaftar di bawah JHEAINS

📚 Terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia & Internasional

👧🏻🧒🏻 Umur 7–12 tahun

🕌 Pengajian Al-Quran (Pra-Tahfiz)
🤍 Ilmu asas agama (JHEAINS)
✏️ Akademik (KSSR)

LENSA AIDILADHA 1447HMadrasah Nur Ikhwan, Keningau 🌙Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, telah selesai pelaksanaan...
27/05/2026

LENSA AIDILADHA 1447H
Madrasah Nur Ikhwan, Keningau 🌙

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, telah selesai pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah serta ibadah korban dan sedekah bagi tahun 1447H di Madrasah Nur Ikhwan, Keningau.

Pada tahun ini, sebanyak 2 ekor lembu telah disempurnakan, iaitu 1 ekor bagi ibadah korban dan 1 ekor bagi sedekah, dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan kepada Allah SWT. Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh-Nya serta menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para asatizah, petugas, penyumbang, serta seluruh warga madrasah yang telah berganding bahu menjayakan ibadah mulia ini dalam suasana ukhuwah, mahabbah dan kebersamaan.

Semoga Allah SWT melipatgandakan ganjaran kepada semua yang terlibat, serta memberkati rezeki dan kehidupan kita semua.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَال
بَارَكَ اللهُ فِيكُمْ 🌹

✨ SALAM AIDILADHA 2026M/1447H ✨Alhamdulillah, marilah bersama menghayati makna pengorbanan dan mengeratkan ukhuwah dalam...
27/05/2026

✨ SALAM AIDILADHA 2026M/1447H ✨

Alhamdulillah, marilah bersama menghayati makna pengorbanan dan mengeratkan ukhuwah dalam Program Aidiladha Madrasah Nur Ikhwan Keningau.

📅 10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026 (Rabu)
📍 Perkarangan Surau Nur Ikhwan, Keningau
🕘 8.00 pagi – selesai

📌 Program:
• Solat Sunat Aidiladha
• Ibadah Korban
• Agihan Daging
• Jamuan Makan

🤍 Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

🌸 MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 🌸Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan kepada seluruh ibu bapa, ...
23/05/2026

🌸 MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 🌸

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan kepada seluruh ibu bapa, penjaga serta warga Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau bahawa cuti pertengahan tahun akan bermula pada:

📅 23 Mei 2026 (Sabtu)
hingga
📅 7 Jun 2026 (Ahad)

Sesi persekolahan akan bermula semula pada:

📚 8 Jun 2026 (Isnin)

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang. Jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran, menjaga adab, akhlak serta memanfaatkan masa dengan perkara yang bermanfaat.

Semoga Allah memelihara dan memberkati seluruh anak-anak serta warga Sri Tahfiz Nur Ikhwan.

Terima kasih. 🌹

"Mendidik Generasi Berilmu, Beradab dan Beramal."

18/05/2026

3 Bahagian Kosong Untuk Korban Lembu. Rm780 Sahaja 1 Bahagian. JOM KORBAN 💞

🌙 JOM SERTAI IBADAH QURBAN 2026M / 1447H🌙🐄 ANJURAN MADRASAH /SURAU NUR IKHWAN, KENINGAU 🐄Assalamu‘alaikum warahmatullahi...
18/05/2026

🌙 JOM SERTAI IBADAH QURBAN 2026M / 1447H🌙
🐄 ANJURAN MADRASAH /SURAU NUR IKHWAN, KENINGAU 🐄

Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penyertaan Qurban 2026 kini dibuka bagi yang ingin bersama melaksanakan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha.

✨ RM780 SAHAJA / 1 BAHAGIAN LEMBU

👥 1 lembu = 7 bahagian

📌 Termasuk:
✅ Pembelian lembu
✅ Penyembelihan mengikut syariat
✅ Melapah & pengagihan
✅ Agihan kepada fakir miskin & masyarakat

💳 PEMBAYARAN:

🏦 Bank Rakyat
110823026061
Surau Nur Ikhwan

📲 Selepas pembayaran sila WhatsApp:
• Resit pembayaran
• Nama peserta
• Nama untuk niat qurban
• No telefon

📞 Admin Qurban:
014-894 3753

🕌 Sabda Rasulullah ﷺ:
"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah qurban."
(HR Tirmizi)

🤝 Semoga Allah menerima amal ibadah qurban kita serta mengurniakan keberkatan kepada seluruh keluarga.

"اللهم تقبل منا ومنكم صالح الأعمال"

🌹 Selamat Hari Guru 🌹Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas segala ilmu, didikan, ke...
16/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas segala ilmu, didikan, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi membentuk akhlak, menyentuh jiwa dan membina masa depan generasi.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dengan keberkatan dan pahala yang berterusan.

Terima kasih guru, jasamu takkan dilupakan.

Sri Tahfiz Nur Ikhwan, Keningau Sabah

Cuti Sempena Hari Pekerja 2026Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bercuti pada Jumaat, 1 Mei 2026.Sekolah akan dib...
30/04/2026

Cuti Sempena Hari Pekerja 2026

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bercuti pada Jumaat, 1 Mei 2026.

Sekolah akan dibuka semula pada Isnin, 4 Mei 2026.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau

✨ ️IFTAR JAMAIE & PEMBERIAN SIJIL HADIAH KEPADA PARA PESERTA ✨️Ramadan bukan sekadar berpuasa… tetapi madrasah tarbiyah ...
17/03/2026

✨ ️IFTAR JAMAIE & PEMBERIAN SIJIL HADIAH KEPADA PARA PESERTA ✨️

Ramadan bukan sekadar berpuasa… tetapi madrasah tarbiyah jiwa.

Alhamdulillah telah berlangsung Iftar Jamaie & Penutupan Daurah Tafsir Al-Quran serta Fiqh Puasa Ramadan 1447H/2026M dengan penuh keberkatan.

Himpunan para penuntut ilmu, guru , keluarga dan sahabat dalam satu majlis yang dipenuhi ilmu, ukhuwwah dan keberkatan Ramadan.

Semoga Al-Quran terus hidup dalam hati kita, dan ilmu yang dipelajari menjadi saksi di hadapan Allah kelak.

MasyaAllah Tabarakallah 💞Dengan penuh rasa syukur, Ihtifal Sempena Nuzul Al-Quran SRI Tahfiz Nur Ikhwan Keningau telah b...
08/03/2026

MasyaAllah Tabarakallah 💞

Dengan penuh rasa syukur, Ihtifal Sempena Nuzul Al-Quran SRI Tahfiz Nur Ikhwan Keningau telah berlangsung dengan begitu meriah dan penuh makna.

Para pelajar menampilkan bakat dan keberanian melalui pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita, Kuiz, Mewarna dan Melukis. Setiap persembahan bukan sekadar pertandingan, tetapi lambang kecintaan mereka kepada Al-Quran dan ilmu.

Dari suara merdu tilawah, hafazan yang mengagumkan, hingga kreativiti lukisan dan warna semuanya menggambarkan semangat generasi kecil yang sedang dibentuk menjadi generasi Qurani.

Tahniah kepada semua peserta, para pemenang serta guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga anak-anak SRI Tahfiz Nur Ikhwan Keningau terus membesar sebagai pewaris Al-Quran, penyeri ummah dan kebanggaan agama, bangsa dan negara.

✨ Al-Quran di hati, ilmu di sanubari, generasi Rabbani masa depan ummah.






14 RAMADHAN 1447H"...Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, baginya keampunan dosa dan pem...
03/03/2026

14 RAMADHAN 1447H

"...Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, baginya keampunan dosa dan pembebasan dari api neraka, serta dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun daripada pahalanya..."
_HR Ibn Khuzaymah, Baihaqi & Ibn Hibban_

Untuk menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun :

Bank Rakyat
110823026061
Surau Nur Ikhwan

Jazakumullahu Khairan Kathira 🌹

Address

Keningau
89000

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
Tuesday 07:00 - 13:00
Wednesday 07:00 - 13:00
Thursday 07:00 - 12:30
Friday 07:00 - 11:30

Telephone

+60162490839

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sri Tahfiz Nur Ikhwan Keningau:

Share