Page Rasmi SK Bingkor Keningau

Page Rasmi SK Bingkor Keningau Page Rasmi SK Bingkor Keningau bertujuan untuk berkongsi maklumat serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan atau yang disertai oleh warga sekolah.

Syabas dan tahniah buat semua murid yang telah menyertai Pertandingan Melukis Poster Anti Buli bagi Tahap 2 dan Pertandi...
18/08/2026

Syabas dan tahniah buat semua murid yang telah menyertai Pertandingan Melukis Poster Anti Buli bagi Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna Anti Buli bagi Tahap 1.

Terima kasih atas usaha, kreativiti dan semangat yang ditunjukkan. Kepada murid yang berjaya mendapat tempat, tahniah diucapkan!

Kepada yang belum berjaya, jangan putus asa… teruskan mencuba dan berkarya!

Tahniah juga buat semua kelas yang telah bertungkus-lumus menghias Sudut Anti Buli dan Sudut TS25. Memang nampak usaha, kreativiti dan kerjasama setiap kelas!

Syabas dan tahniah kepada kelas-kelas yang berjaya menjadi pemenang! Anda memang hebat!

Teruskan budaya saling menghormati, menyayangi dan menjaga antara satu sama lain.

πŸš«πŸ’’ BULI BUKAN BUDAYA KITA!







TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 Syabas dan tahniah buat staf SK Bingkor yang telah menerima ...
18/08/2026

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025

Syabas dan tahniah buat staf SK Bingkor yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025! πŸ†πŸ‘

Tahniah diucapkan kepada:

✨ Cikgu Hedzal
✨ Cikgu Suhaini
✨ Ustazah Nadia Nazirah
✨ Puan Ayneh
✨ Puan Norhamilah

Anugerah ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi, usaha dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik demi kecemerlangan SK Bingkor dan anak-anak didik.

Sekali lagi, syabas dan tahniah!

Teruskan kecemerlangan dan jadilah inspirasi buat warga SK Bingkor yang lain!






Tahniah buat semua peserta Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 2 SK Bingkor! ✍️Syabas dan tahniah kepada semua murid yang ...
10/08/2026

Tahniah buat semua peserta Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 2 SK Bingkor! ✍️

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dan berjaya menunjukkan tulisan yang kemas, cantik dan kreatif.

Bukan mudah nak hasilkan tulisan yang cantik, perlukan kesabaran, ketelitian dan latihan.

Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta! Teruskan berlatih dan jadikan tulisan cantik sebagai satu kebiasaan.

Anda semua memang hebat!

Anjuran Pn Idawati Binti Idris, Peserta NPQEL 2026

Jangan lepaskan peluang ini ibu bapa! 😍Bawa anak-anak, bagi mereka berkreativiti dan serlahkan bakat mewarna mereka! πŸ–οΈπŸŽ¨...
09/08/2026

Jangan lepaskan peluang ini ibu bapa! 😍

Bawa anak-anak, bagi mereka berkreativiti dan serlahkan bakat mewarna mereka! πŸ–οΈπŸŽ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
Jom meriahkan! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Anjuran; BANDUKAN RESORT, KENINGAU Disokong Oleh; PERSATUAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN KENINGAU (KeTCA) KELAB BELIA KENINGAU (KBK) KELAB BELIA KADAZAN DUSUN KENINGAU (KBKDK) πŸ“ Tempat : Ficus Hall, Bandukan Resort, Keningau. πŸ“… Tarikh : 31 Ogos 2026 Masa Pendaftaran: 9.30 Pagi Masa Pertandingan:...

PROGRAM HANDS-ON GOOGLE BEST EDUCATOR Alhamdulillah, selesai sudah Program Hands-On Google Best Educator yang penuh deng...
07/08/2026

PROGRAM HANDS-ON GOOGLE BEST EDUCATOR

Alhamdulillah, selesai sudah Program Hands-On Google Best Educator yang penuh dengan perkongsian ilmu, aktiviti hands-on dan pengalaman baharu yang pastinya sangat bermakna!

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua Master Trainer yang tidak jemu membimbing, berkongsi ilmu serta membantu para peserta sepanjang program berlangsung. Jasa dan komitmen anda semua memang terbaik!

Tahniah dan syabas juga buat semua peserta dari 4 buah sekolah iaitu:

🏫 SK Bingkor
🏫 SK Jaya Baru
🏫 SK Bunsit
🏫 SMK Bingkor

Tahniah kerana berjaya mengikuti program, melaksanakan tugasan yang diberikan dan seterusnya berjaya memperoleh Sijil Google Best Educator!

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dalam PdP serta dikongsikan bersama rakan-rakan guru yang lain.

Belajar, cuba, kongsi dan terus berinovasi!

Tahniah semua!








6 Ogos 2026Alhamdulillah, Program Google Educator BEST telah selesai dengan jayanya.πŸŽ‰Setinggi-tinggi penghargaan dan uca...
07/08/2026

6 Ogos 2026
Alhamdulillah, Program Google Educator BEST telah selesai dengan jayanya.πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Azman bin Hj. Ruslan selaku perasmi majlis atas kesudian meluangkan masa serta menyempurnakan program ini. Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menjayakan usaha memperkasa kompetensi digital warga pendidik.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing.

Buat semua peserta NPQEL, kami mendoakan semoga berjaya dalam perjalanan kepimpinan pendidikan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin, menjadi pemimpin yang berwibawa serta membawa perubahan positif demi kecemerlangan pendidikan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang.

Jom kibarkan Jalur GemilangπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎBersempena dengan Bulan Kebangsaan pada bulan ini, satu majlis Pelanc...
02/08/2026

Jom kibarkan Jalur Gemilang
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan pada bulan ini, satu majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan akan diadakan seperti butiran dlm poster.
Semua murid dan guru diminta untuk membawa bendera kecil(bendera negeri Sabah atau Jalur gemilang) untuk dikibarkan bersama-sama dalam majlis pelancaran.

Unit Kokurikulum

ALHAMDULILLAH, KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 2026 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA! Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat Tahap ...
01/08/2026

ALHAMDULILLAH, KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 2026 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA!

Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat Tahap 2 SK Bingkor telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hari ini.

🌸 Tahniah dan syabas kepada semua murid Tahap 2 yang hadir serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dipelajari, bermula daripada amali wuduk, amali solat, bacaan dalam solat sehinggalah solat berjemaah dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Teruskan menjadi anak-anak yang mencintai solat. 🀲❀️

πŸ’š Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam yang telah bertungkus-lumus merancang dan menjayakan program ini. Segala tenaga, masa dan komitmen yang dicurahkan amatlah dihargai.

🌟 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada barisan Guru-Guru KAFA yang sudi hadir dan membantu sebagai fasilitator sepanjang program. Kehadiran, bimbingan dan perkongsian ilmu daripada para guru KAFA amat bermakna dalam memastikan objektif program tercapai dengan jayanya.

Semoga usaha kecil ini menjadi saham amal buat kita semua dan melahirkan generasi yang sentiasa menjaga solat serta berakhlak mulia.
"Solat Tiang Agama, Hidup Berkat Bahagia Selamanya." 🀍

Address

Jalan Bingkor Bypass
Keningau
89000

Telephone

+6087391215

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page Rasmi SK Bingkor Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category