15/04/2026
π€ MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI PERTAMA π€
Tarikh: 15 April 2026 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Pertama bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam merangka perancangan serta hala tuju PIBG bagi tahun semasa, di samping memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan murid SMK Binjai.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah aspek kebajikan pelajar, peningkatan pencapaian akademik serta sokongan komuniti dalam usaha memperkasa persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama semua pihak.