20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026
Pihak Akademi Mengaji Budaya Pondok mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat.
Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong perjalanan akademi ini. Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu kami mendidik anak-anak mengenal dan mencintai Al-Quran.
Semoga setiap kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta keberkatan dalam kehidupan.
Terima kasih kerana terus bersama kami dalam usaha menyebarkan ilmu Al-Quran
Ikhlas daripada,
Akademi Mengaji Budaya Pondok