NADI Kg Gong Chengal

NADI Kg Gong Chengal Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan satu program di mana pihak MCMC menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif.

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dal...
11/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa d...
11/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

๐Ÿ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

๐Ÿ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
โœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
โœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
โœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
โœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

๐Ÿ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
๐ŸŒ www.nadi.my
๐Ÿ“ฑ Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
โœ‹๐Ÿป Malaysia Madani




INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
11/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

โ€ขโ  โ Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
โ€ขโ  โ Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
โ€ขโ  โ Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan โ€œEnergy Solutionโ€.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





๐Ÿ“ข WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT๐Ÿ“ฐ BREAKING THE FAKE: SARING SEBELUM SHARING๐Ÿ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)โฐ Masa: 10.00 p...
01/08/2026

๐Ÿ“ข WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT
๐Ÿ“ฐ BREAKING THE FAKE: SARING SEBELUM SHARING

๐Ÿ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ” Topik Webinar:
* Cara Mengenal Pasti Berita Palsu (Fake News)
* Teknik "Saring Sebelum Sharing" โ€“ Semak Sebelum Sebar
* Kesan Penyebaran Maklumat Palsu & Tanggungjawab Pengguna Internet

Takwim Program dan Aktiviti Bulanan NADI Kampung Gong Chengal bagi bulan OGOS 2026.
01/08/2026

Takwim Program dan Aktiviti Bulanan NADI Kampung Gong Chengal bagi bulan OGOS 2026.

Pertandingan NADI E-SUKAN MADANI LEGEND Peringkat Negeri Terengganu ๐Ÿ—“ Tarikh: 01.08.2026 (Sabtu)โฐ Masa: 9.00 pagi - 12.3...
01/08/2026

Pertandingan NADI E-SUKAN MADANI LEGEND Peringkat Negeri Terengganu
๐Ÿ—“ Tarikh: 01.08.2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Lokasi: NADI Kg Gong Chengal

๐Ÿ” TikTok, Instagram & Threads: Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa SedarTahukah anda setiap like, follow, carian dan vide...
23/07/2026

๐Ÿ” TikTok, Instagram & Threads: Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar

Tahukah anda setiap like, follow, carian dan video yang anda tonton sebenarnya meninggalkan jejak digital? Bagaimana platform media sosial menggunakan data anda, dan apakah risikonya jika disalahgunakan?

๐Ÿ“… Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 PM โ€“ 4.30 PM
๐Ÿ’ป Platform: LMS Cybersecurity
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐ˆ@๐๐€๐ƒ๐ˆ: ๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„ ๐€๐ˆ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Ÿค–Interested in learning how AI can help make your everyday tasks easier? Join us fo...
17/07/2026

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐ˆ@๐๐€๐ƒ๐ˆ: ๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„ ๐€๐ˆ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Ÿค–
Interested in learning how AI can help make your everyday tasks easier? Join us for this FREE online webinar and discover practical AI tools and prompting techniques that can boost your productivity!

๐Ÿ—“๏ธ ๐ƒ๐š๐ญ๐ž: ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ฅ๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐š๐ฒ)
๐Ÿ•˜ ๐“๐ข๐ฆ๐ž: ๐Ÿ—:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐€๐Œ โ€“ ๐Ÿ:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Œ
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ ๐’๐ฉ๐ž๐š๐ค๐ž๐ซ: ๐€๐ฅ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฏ๐ข๐ ๐–๐ข๐ฅ๐ฌ๐จ๐ง (๐‡๐ž๐š๐ ๐จ๐Ÿ ๐€๐ˆ ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง & ๐‚๐Ž๐„)
๐Ÿ’ก ๐Š๐ž๐ฒ ๐“๐จ๐ฉ๐ข๐œ๐ฌ:
โ€ข Introduction to Generative AI
โ€ข How Does AI Work?
โ€ข Communicating with AI (Prompting)
โ€ข AI Capabilities & Limitations
๐Ÿ“Œ ๐๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž ๐ง๐จ๐ญ๐ž: ๐“๐ก๐ข๐ฌ ๐ฐ๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐ฐ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐›๐ž ๐œ๐จ๐ง๐๐ฎ๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ซ๐ž๐ฅ๐ฒ ๐ข๐ง ๐„๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ก.

๐Ÿ“ฒ To register : wasap.my/+60162608026/ProgramAINADI

Don't miss this opportunity to learn from an AI expert and gain practical skills that you can apply in your daily life. See you at the webinar! ๐Ÿš€
See less

08/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.


Address

NADI Kg Gong Chengal
Kemaman
24200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Gong Chengal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category