SK Felda Cherul

SK Felda Cherul Halaman Rasmi SK (Felda) Cherul, Kemaman, Terengganu. Page Rasmi SK Felda Cherul (SKFC) Kemaman, Terengganu.

Sebarang pertanyaan, aduan & cadangan boleh dihantar ke [email protected]

Alhamdulillah, syukur! 🀲TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada adik NUR ALIA AMANI BINTI LATIF  atas kejayaan meraih TEMPAT K...
23/07/2026

Alhamdulillah, syukur! 🀲

TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada adik NUR ALIA AMANI BINTI LATIF atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA dalam acara LOMPAT TINGGI P12 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2026. πŸ₯‰πŸ†

Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat keluarga, guru-guru dan seluruh warga SK (FELDA) Cherul. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan semangat sepanjang perjalanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Terus terbang tinggi, Alia! πŸ’ͺ✨

Tahniah dan syabas! Kami bangga denganmu. ❀️

Tahniah & Selamat Berjuang adik Alia Amani binti Latif!Seluruh warga SK (Felda) Cherul mendoakan agar adik Alia Amani bi...
22/07/2026

Tahniah & Selamat Berjuang adik Alia Amani binti Latif!

Seluruh warga SK (Felda) Cherul mendoakan agar adik Alia Amani binti Latif berjaya mengharumkan nama sekolah dan Daerah Kemaman dalam acara Lompat Tinggi Perempuan Bawah 12 Tahun di Kejohanan Olahraga MSST 2026.

Terus melangkah, terus melompat, terus mencipta kejayaan! πŸ…πŸ†

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448 H PERINGKAT SK (FELDA) CHERUL KHAMIS I 16 JULAI 2026πŸ’ Alhamdulillah, Majlis Sambutan Ma...
16/07/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448 H PERINGKAT SK (FELDA) CHERUL

KHAMIS I 16 JULAI 2026

πŸ’ Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah telah berjaya dilaksanakan dalam suasana penuh kemeriahan, semangat gotong-royong dan ukhwah.

Pengisian aktiviti;
πŸ’ Program Kacau Bubur Asyura
πŸ’ Ceramah Maal Hijrah oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Azam bin Darusa (SMK Binjai, Kemaman)
πŸ’ Pesta buah-buahan tempatan
πŸ’ Aktiviti Mewarna Tahap 1
πŸ’ Aktiviti melukis dan Kolaj Tahap 2

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, semua guru, PIBG, penceramah jemputan, kakitangan, pekerja keselamatan serta ibu bapa yang telah bersama-sama menyumbangkan wang, masa, tenaga dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini.

Semoga usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah, mengeratkan silaturahim warga sekolah dan masyarakat serta membawa keberkatan kepada kita semua.

πŸŒ‰ KARNIVAL STEM DAERAH KEMAMAN BRIDGE BUILDING COMPETITION 2026 πŸ—“οΈ 7 & 8 Julai 2026 (Selasa & Rabu)πŸ“ SJKC ChukaiPencapai...
08/07/2026

πŸŒ‰ KARNIVAL STEM DAERAH KEMAMAN
BRIDGE BUILDING COMPETITION 2026

πŸ—“οΈ 7 & 8 Julai 2026 (Selasa & Rabu)
πŸ“ SJKC Chukai

Pencapaian:
πŸ… Penyertaan

Alhamdulillah, TAHNIAH & SYABAS kepada pasukan SK (Felda) Cherul atas penyertaan dalam Bridge Building Competition sempena Karnival STEM Daerah Kemaman 2026.

Walaupun belum berjaya meraih kedudukan, keberanian menyahut cabaran, semangat kerjasama dan kreativiti yang dipamerkan merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Setiap pengalaman adalah peluang untuk belajar, berkembang dan terus memperbaiki diri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru pembimbing, barisan pentadbir serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang pertandingan.

Terus melangkah, terus berinovasi dan terus mengharumkan nama SK (Felda) Cherul!

πŸ… KEJOHANAN BOLA BALING P12 MSSD  KEMAMAN 2026 πŸ…πŸ—“οΈ 7-8 Julai 2026 (Selasa & Rabu)πŸ“Œ Dewan Seri Amar Diraja, Chukai Kemama...
08/07/2026

πŸ… KEJOHANAN BOLA BALING P12 MSSD KEMAMAN 2026 πŸ…

πŸ—“οΈ 7-8 Julai 2026 (Selasa & Rabu)
πŸ“Œ Dewan Seri Amar Diraja, Chukai Kemaman

Alhamdulillah, SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan Bola Baling P12 SK (Felda) Cherul atas semangat juang, kerjasama berpasukan dan komitmen yang dipamerkan sepanjang perlawanan hingga layak ke suku akhir.

Walau apa jua keputusan yang diperoleh, kalian semua telah memberikan saingan yang terbaik dan mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih kepada barisan jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan doa yang berterusan.

Teruskan berusaha, tingkatkan kemahiran dan jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas, Team FCPriSMa!

πŸ† TAHNIAH PASUKAN WATER ROCKET CHALLENGE SK (FELDA) CHERUL! πŸš€πŸŒŠAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pa...
08/07/2026

πŸ† TAHNIAH PASUKAN WATER ROCKET CHALLENGE SK (FELDA) CHERUL! πŸš€πŸŒŠ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan SK (Felda) Cherul atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN DAERAH dalam acara Water Rocket Challenge Sekolah Rendah sempena Karnival STEM Daerah Kemaman 2026.

πŸ‘ Tahniah kepada:
πŸ… Adik Tengku Muhammad Firas Iskandar bin Tengku Aswardi
πŸ… Adik Muhammad Aisy Azfar bin Muhamad Azhar

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat berpasukan, kreativiti serta bimbingan berterusan daripada guru pembimbing Cikgu Mohd Hafidzuddin bin Hamid dan sokongan padu daripada pihak pentadbir serta ibu bapa.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama SK (Felda) Cherul di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan dalam bidang STEM!

πŸ… KEJOHANAN BOLA BALING L12 MSSD  KEMAMAN 2026 πŸ…πŸ—“οΈ 5 Julai 2026 (Ahad)πŸ“Œ Dewan Seri Amar Diraja, Chukai KemamanSyabas dan...
05/07/2026

πŸ… KEJOHANAN BOLA BALING L12 MSSD KEMAMAN 2026 πŸ…

πŸ—“οΈ 5 Julai 2026 (Ahad)
πŸ“Œ Dewan Seri Amar Diraja, Chukai Kemaman

Syabas dan tahniah kepada pasukan Bola Baling L12 SK (Felda) Cherul atas semangat juang, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

πŸ€ Keputusan Perlawanan
β€’ SKFC 0️⃣–1️⃣ SK Ketengah Jaya
β€’ SKFC 2️⃣–3️⃣ SK Seri Geliga
β€’ SKFC 2️⃣–3️⃣ SK Kuala Kemaman

Walaupun belum berjaya mara ke peringkat seterusnya, semangat juang dan pengalaman yang diperoleh amat bermakna.

Terima kasih kepada para pemain, para jurulatih, barisan pentadbir serta ibu bapa atas segala usaha, sokongan dan doa yang berterusan.

Terus berusaha, bangkit lebih kuat dan semoga lebih cemerlang pada kejohanan tahun hadapan! πŸ’ͺπŸ€

πŸ† TAHNIAH TKRS SK (FELDA) CHERUL! πŸ†Alhamdulillah. Tahniah & syabas diucapkan kepada Pasukan TKRS SK (Felda) Cherul atas ...
02/07/2026

πŸ† TAHNIAH TKRS SK (FELDA) CHERUL! πŸ†

Alhamdulillah. Tahniah & syabas diucapkan kepada Pasukan TKRS SK (Felda) Cherul atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Peringkat Daerah dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Daerah Kemaman 2026 yang berlangsung di SM Imtiaz Yayasan Kemaman hari ini.

Sekalung penghargaan & terima kasih kepada para jurulatih, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa atas segala usaha, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. InshaaAllah.

πŸ₯ˆ TAHNIAH & SYABAS ADIK MUHAMMAD QASYAF QUE HAMQA BIN MOHD SUKRI! πŸ₯ˆSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Muhamma...
29/06/2026

πŸ₯ˆ TAHNIAH & SYABAS ADIK MUHAMMAD QASYAF QUE HAMQA BIN MOHD SUKRI! πŸ₯ˆ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Qasyaf Que Hamqa bin Mohd Sukri atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Lompat Jauh Lelaki Bawah 10 Tahun (L10) sempena Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman 2026.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta latihan yang berterusan.

Sekalung penghargaan dan tahniah turut diucapkan kepada jurulatih, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa atas segala bimbingan, sokongan dan doa yang tidak putus-putus dalam membantu melahirkan atlet yang cemerlang.

Alhamdulillah, SK (Felda) Cherul telah menerima Sijil Pencapaian atas kejayaan mencapai Peratus Kehadiran Bulanan 96.64%...
29/06/2026

Alhamdulillah, SK (Felda) Cherul telah menerima Sijil Pencapaian atas kejayaan mencapai Peratus Kehadiran Bulanan 96.64% bagi Kategori Sekolah Rendah untuk Bulan Mei 2026.

Pencapaian ini adalah hasil komitmen dan kerjasama erat daripada murid, ibu bapa, guru serta seluruh warga sekolah dalam memastikan kehadiran murid sentiasa berada pada tahap yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan budaya hadir ke sekolah dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. inshaaAllah.

Address

W/P Bandar Cheneh Baru
Kemaman
24000

Telephone

+6098730969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Felda Cherul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share