SMK FELDA NERAM

Call Directions Contact the school

SMK FELDA NERAM Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram atau nama ringkasnya NEoSYS (Neram One Secondary School)

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman. Sekolah yang dikenali dengan panggilan singkatannya, TENSES (Terengganu Neram Secondary School) dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain p**a timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kump**an pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22 orang guru, 3 orang kakitangan sokongan, 8 orang pekerja swasta serta 2 orang Pengawal Keselamatan menjadi tunggak sekolah. Pak Abas dan Puan Esah p**a telah diberikan kawasan ladang sawit yang baru dan sedikit pampasan. Sungguhpun yang patah, tetap akan tumbuh, yang hilang pasti berganti, namun yang tumbuh dan yang hilang selalunya tidak akan sama dengan yang patah mahupun yang hilang dahulu. Kemurnian hati kedua-orang peneroka ini telah menyenangkan masyarakat di sini kerana anak-anak mereka tidak perlu lagi ke SMK Cheneh Baru yang letaknya kira-kira 25 km semata-mata untuk menuntut ilmu. Pengambilan pertama pelajar di sekolah ini bermula pada 1 Jun 2002. Kump**an perintis ini diambil daripada anak-anak peneroka Felda Neram Satu yang bersekolah di SMK Cheneh Baru. Sementara itu, sebahagian besar guru juga daripada sekolah tersebut. Sekolah ini bermula dengan tingkatan 1 dan 2 serta dua kelas tingkatan 4. Memandangkan jumlah pelajar yang sedikit dan bilangan kelas yang mengcukupi, sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Memandangkan persamaan rumpun bangsa iaitu Melayu dan latar belakang sosioekonomi yang sama, maka tidaklah sukar untuk para guru dan pentadbir sekolah untuk menguruskan pelajar SMK Felda Neram.

🌿 PROGRAM PENGURUSAN STRES KEBIRUS 🌿✨ Luangkan Masa, Tenangkan Fikiran, Pulihkan Emosi ✨📅 Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin...
19/10/2026

🌿 PROGRAM PENGURUSAN STRES KEBIRUS 🌿

✨ Luangkan Masa, Tenangkan Fikiran, Pulihkan Emosi ✨

📅 Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Playground 6, Semambu
🎯 Sasaran : Semua Guru dan Akp

Pengurusan stres merupakan langkah penting dalam menjaga kesejahteraan emosi, meningkatkan ketenangan fikiran dan membina semangat positif dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Semoga program ini menjadi ruang untuk merehatkan minda, mengeratkan silaturahim serta menyegarkan kembali semangat untuk terus melangkah dengan lebih positif. 💚

“Minda Sihat, Emosi Stabil, Kehidupan Lebih Bermakna.” 🌸


✨Makluman Pelaksanaan PdPR✨
19/10/2026

✨Makluman Pelaksanaan PdPR✨

📣HEBAHAN  PENANGGUHAN PAT TINGKATAN 4 & UASA  TINGKATAN 1,2 & 3
17/10/2026

📣HEBAHAN PENANGGUHAN PAT TINGKATAN 4 & UASA TINGKATAN 1,2 & 3

🎓✨ MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 SMK FELDA NERAM ✨🎓Alhamdulillah, Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Felda Neram bakal menjad...
17/10/2026

🎓✨ MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 SMK FELDA NERAM ✨🎓

Alhamdulillah, Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Felda Neram bakal menjadi detik bermakna dalam perjalanan pendidikan anak-anak didik yang bakal melangkah ke fasa seterusnya.

Majlis ini merupakan simbol penghargaan atas usaha, pengorbanan dan kesungguhan murid sepanjang menimba ilmu di alam persekolahan. Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

📅 Program: Majlis Graduasi Tingkatan 5
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dewan SMK Felda Neram
🎤 Perasmi: Encik Anuar bin Ibrahim
SISC+ Sejarah, PPD Kemaman

🌟 Melangkah dengan harapan, menggapai kejayaan, mencipta masa depan.

Semoga semua graduan Tingkatan 5 SMK Felda Neram terus cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya merealisasikan impian masing-masing.

Sekalung tahniah buat semua graduan! Semoga kejayaan hari ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 💐






✨ Makluman Pengoperasian Sekolah✨
14/10/2026

✨ Makluman Pengoperasian Sekolah✨

✨ MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH✨
12/10/2026

✨ MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH✨

✨ Kem Halus Matematik Tambahan✨📅 6 Oktober 2026 ( Selasa)⏰ 8.00-1.30 tengahari🏢 Dewan Bestari SMK Cheneh Baru
12/10/2026

✨ Kem Halus Matematik Tambahan✨
📅 6 Oktober 2026 ( Selasa)
⏰ 8.00-1.30 tengahari
🏢 Dewan Bestari SMK Cheneh Baru

12/10/2026

🌟 KEM KECEMERLANGAN SPM 2026 SMK FELDA NERAM 🌟

📚 Melakar Kecemerlangan, Membina Kegemilangan

Alhamdulillah, Kem Kecemerlangan SPM 2026 SMK Felda Neram telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk memperkasa persediaan akademik murid-murid Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program ini bertujuan meningkatkan motivasi, memantapkan penguasaan ilmu serta membimbing murid menguasai teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan. Melalui perkongsian ilmu, bimbingan guru dan aktiviti pembelajaran yang terancang, diharapkan murid-murid lebih yakin, bersemangat dan bersedia untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

✨ Semoga setiap usaha menjadi asbab kejayaan, setiap pengorbanan membuahkan hasil dan setiap impian menjadi kenyataan.

💪 Usaha, Doa dan Tawakal. Semoga anak-anak SMK Felda Neram terus melangkah dengan penuh keyakinan demi menggapai kecemerlangan dalam SPM 2026.

SMK FELDA NERAM — Bersama Melakar Kecemerlangan! 🎓




Address

Kemaman
24060

Telephone

+601165731288

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK FELDA NERAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK FELDA NERAM:

Shortcuts

Share

Category