Kolej Komuniti Kemaman

Kolej Komuniti Kemaman ---Ini merupakan Laman Facebook Rasmi bagi Kolej Komuniti Kemaman----

Kolej Komuniti Kemaman

Kami menawarkan program sepenuh masa kepada pelajar lepasan SPM (Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian) dan juga pelbagai kursus pendek terbuka kepada semua..

SALAM MAULIDUR RASUL
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL




















Pada 18 Ogos 2026, telah berlangsung Program Briskwalk Patriotik yang disertai oleh warga Kolej Komuniti Kemaman sempena...
21/08/2026

Pada 18 Ogos 2026, telah berlangsung Program Briskwalk Patriotik yang disertai oleh warga Kolej Komuniti Kemaman sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga kolej, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

Dengan semangat “Sihat, Cergas dan Patriotik”, para peserta bersama-sama memeriahkan program sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian.













Pada 18 Ogos 2026, seramai 26 orang pelajar semester akhir Kolej Komuniti Kemaman telah menyertai Lawatan Penanda Aras (...
21/08/2026

Pada 18 Ogos 2026, seramai 26 orang pelajar semester akhir Kolej Komuniti Kemaman telah menyertai Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) ke Program UC TATI Final Year Project Exhibition August 2026 di UC TATI, dengan diiringi oleh empat orang pensyarah.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap hasil projek akhir serta inovasi yang dihasilkan oleh pelajar institusi lain. Melalui program ini, para pelajar berpeluang melihat sendiri pelbagai idea, teknologi dan hasil penyelidikan yang dipamerkan, di samping bertukar pandangan serta mendapatkan inspirasi dalam memperkukuhkan hasil projek akhir masing-masing.

Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan, mencetuskan idea kreatif dan inovatif serta menjadi pemangkin untuk menghasilkan projek yang lebih berkualiti dan berimpak.

Terima kasih kepada pihak UC TATI atas kesudian menerima kunjungan daripada Kolej Komuniti Kemaman serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.













PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026 : Coffee Making telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta...
21/08/2026

PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026 : Coffee Making telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta terhadap kemahiran asas dalam penyediaan minuman berasaskan kopi.

Sepanjang program berlangsung, peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan minuman berasaskan kopi, coklat dan macha seterusnya dapat menghasilkan pelbagai minuman dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang sesuai. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal, malah dapat mencungkil minat dan bakat peserta dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti serta menjadi satu platform untuk meningkatkan kemahiran, menambah nilai diri dan membuka peluang menjana pendapatan melalui bidang yang diminati.













Pada 21 Ogos 2026, telah berlangsung PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026 : Kursus Penetapan Harga & Pengiraan Kos anj...
21/08/2026

Pada 21 Ogos 2026, telah berlangsung PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026 : Kursus Penetapan Harga & Pengiraan Kos anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Kemaman.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penetapan harga produk dan perkhidmatan yang tepat serta teknik pengiraan kos bagi membantu usahawan menentukan harga jualan yang lebih kompetitif dan menguntungkan. Melalui kursus ini, peserta dapat memahami kepentingan mengambil kira kos bahan, kos operasi dan margin keuntungan dalam menjalankan perniagaan.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam menguruskan perniagaan dengan lebih sistematik serta meningkatkan potensi dan daya saing dalam bidang keusahawanan.













Jumpa kami di sana!
13/08/2026

Jumpa kami di sana!

6 Ogos 2026- Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Kolej Komuniti Kemaman telah ber...
09/08/2026

6 Ogos 2026- Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Kolej Komuniti Kemaman telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kolej serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghargai kemerdekaan, memelihara keharmonian dan menghayati nilai perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan gimik peluncuran, iaitu pelepasan belon bertemakan warna Jalur Gemilang secara simbolik sebagai tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat kolej oleh Tuan Pengarah Kolej Komuniti Kemaman, Encik Sufian bin Salim @ Anam. Gimik tersebut menjadi kemuncak majlis dan berjaya mewujudkan suasana patriotik untuk menarik penglibatan warga kolej dalam beberapa lagi aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Kemerdekaan ini.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberikan impak positif dalam memupuk semangat cintakan negara, perpaduan, kebersamaan dan jati diri dalam kalangan warga kolej. Diharapkan semangat patriotisme yang diterapkan melalui program ini dapat diteruskan sepanjang bulan kebangsaan dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Jom Bersama-sama Semarakkan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-69.













SELAMAT HARI LAHIR  UNTUK WARGA KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN YANG LAHIR HULAN OGOSSelamat hari lahir! Semoga anda sentiasa dip...
08/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK WARGA KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN YANG LAHIR HULAN OGOS

Selamat hari lahir! Semoga anda sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati hidup, dan dipermudahkan segala urusan di dunia serta akhirat.

Address

Kijal
Kemaman
24100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098599330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Kemaman:

Share