TVET MARA Kemaman - Onshore Operation Program

TVET MARA Kemaman - Onshore Operation Program Informasi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Persisir) KKTM Kemaman khususnya dan aktiviti.

Information on the Program of Diploma in Petroleum Engineering Technology (Onshore Operation) KKTM Kemaman in particular and activities.

16/08/2026

๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ, ๐„๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‹๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ ๐•๐ž๐ซ๐ข๐Ÿ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐๐‹-๐๐๐“

TVETMARA Kemaman terus memperkukuh kompetensi profesional tenaga pengajar apabila empat warga institusi berjaya dalam Verifikasi PPL-PPT Pengajaran TVET (P853-002-4:2021), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 yang dilaksanakan di CIAST, Shah Alam.

Empat tenaga pengajar tersebut ialah Ts. Ameer Adli bin Zali, Ts. Nuraini binti Mohd Yusoff, Firdaus Tasnim binti Che Pa dan Ir. Ts. Mohd Aidil Hidayat bin Che Rosli.

Pengiktirafan kompetensi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini mencerminkan komitmen berterusan TVETMARA Kemaman dalam memperkasa profesionalisme tenaga pengajar serta meningkatkan kualiti penyampaian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada seluruh warga TVETMARA Kemaman untuk terus meningkatkan kompetensi, kepakaran dan profesionalisme demi kecemerlangan pendidikan TVET.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan!








16/08/2026

๐Ÿ– ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š, ๐Ÿ– ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“! ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐Œ๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐ข๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐„๐ฑ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

13 Ogos 2026 - TVET MARA Kemaman mencatat pencapaian membanggakan apabila kesemua lapan projek yang dipertandingkan berjaya meraih pingat dalam iCompEx 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (POLIMAS), dengan keseluruhan empat pingat emas dan empat pingat perak.

Dalam kategori TVET Pitching, dua pingat emas diraih menerusi projek Flex Weldufume Purifier di bawah penyeliaan YM. Tengku Nor Izuanshah bin Tengku Johan (Ketua Program Mekanikal) bersama pelajar Muhammad Aliff Ashraff bin Mohd Shahril dan Muhammad Adam bin Fakharul Zaman. Satu lagi emas disumbangkan menerusi projek CocoShield: Green Biochar Adsorbent Technology hasil bimbingan Ts. Ameer Adli bin Zali bersama pelajar Fiffy Natasha binti Muhammad.

Bagi kategori Innovation Project, projek Aquashield Jacke kendalian Tengku Nor Izuanshah bin Tengku Johan bersama pelajar Amirul Azri bin Zulkifli dan Bahlawan Umran bin Mohd Zulmi turut meraih pingat emas. Projek berkenaan mencatat pencapaian tambahan apabila memenangi Tempat Pertama bagi kategori Products & Services Marketing.

Satu lagi pingat emas dalam kategori Innovation Project diperoleh menerusi projek Water Storage Tank Level and Flow with IoT Monitoring and Notification di bawah penyeliaan Dr. Siti Fadilah bte Abd Latip. Projek itu dibangunkan oleh Muhammad Izzuddin bin Ilias, Khalif Haikal bin Abdul Aziz, Muhammad Jazilan Irfan bin Mohd Juffri dan Wan Nazirul Iman bin Wan Nazri.

Empat pingat perak p**a diraih menerusi projek Driven E-Learning di bawah penyeliaan YM. Tengku Nor Izuanshah bin Tengku Johan; Innovation of Smart Adjustable Light di bawah penyeliaan En.Hairul Hizam bin Abu Bakar; Smart Farming Irrigation System di bawah penyeliaan Ts. Ismail bin Yaakob dan En. Mohd Afif bin Mohd; serta Automated Garden Irrigation System (ASGIS) di bawah penyeliaan Ts. Shaharuddin bin Nordin, Muhammad Baihaqi bin Mamat @ Mansor dan Mohd Sabri bin Ibrahim.

Pencapaian 100 peratus pingat daripada keseluruhan penyertaan mencerminkan komitmen para pelajar dan penyelia TVET MARA Kemaman dalam membangunkan projek inovasi yang berkualiti. Kejayaan ini turut menyerlahkan keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran TVET menerusi penghasilan inovasi serta pembentangan projek dalam pertandingan.

Kejayaan di iCompEx 2026 diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada warga TVET MARA Kemaman untuk terus memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan kecemerlangan, sekali gus melahirkan lebih banyak hasil inovasi yang berpotensi memberikan manfaat dan impak pada masa hadapan.










๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! | GOLD MEDAL iCompEx 2026 ๐Ÿฅ‡Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Ameer Adli Bin Zali dan Fiff...
14/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! | GOLD MEDAL iCompEx 2026 ๐Ÿฅ‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Ameer Adli Bin Zali dan Fiffy Natasya Binti Muhammad atas kejayaan meraih GOLD MEDAL menerusi projek:

๐ŸŒฑ โ€œCOCOSHIELD: Green Biochar Adsorbent Technologyโ€

dalam iCompEx 2026 โ€“ International Innovation and Invention Competition Through Exhibition, yang berlangsung pada 11โ€“13 Ogos 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah.

Kejayaan ini amat membanggakan dan membuktikan kemampuan serta kreativiti dalam menghasilkan inovasi yang memberi nilai kepada bidang Onshore Operation, di samping mengetengahkan elemen teknologi hijau dan kelestarian. ๐ŸŒโœจ

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga dan pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir) โ€“ DLO, TVETMARA Kemaman untuk terus berinovasi dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Tahniah Fiffy dan Ts. Ameer! Teruskan kecemerlangan! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿฅ‡

26/07/2026
LAPORAN BELASUNGKAWAAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Nazli bin A. Hamid, bapa k...
22/07/2026

LAPORAN BELASUNGKAWA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Nazli bin A. Hamid, bapa kepada Adam Haiqal bin Nazli, pelajar DLO6A telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.

Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada almarhum dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga keluarga Adam Haiqal tabah menerima kehilangan insan tersayang ini dan dipermudahkan segala urusan. Salam takziah.

-JK Pembangunan Bakat & Kebajikan Pelajar-

Syabas dan tahniah!!!
22/07/2026

Syabas dan tahniah!!!

๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก | CONNECT@MOGC 2026 menghimpunkan lebih 160 wakil industri minyak, gas dan tenaga di TVETMARA Kemaman bagi memperkukuh kolaborasi industri dalam pembangunan bakat, latihan dan peluang kerjaya berimpak tinggi.

Berita penuh di ruangan komen.


13 -15 Julai 2026 | Mesyuarat Kerja Pembangunan Competency and Ability Profile (CAP) bagi Program Onshore Operation TVET...
21/07/2026

13 -15 Julai 2026 | Mesyuarat Kerja Pembangunan Competency and Ability Profile (CAP) bagi Program Onshore Operation TVETMARA Kemaman yang ditelah disertai oleh Ketua Program dan para pensyarah program anjuran pihak Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) bertempat di RAIA Hotel Kuala Terengganu.

Assalamualaikum w.b.t.Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Solaudin bin Jaafar, ayah kepada Imaamuddin bin Sol...
28/06/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Solaudin bin Jaafar, ayah kepada Imaamuddin bin Solaudin pelajar DLO4A telah kembalinya ke rahmatullah.

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุข ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
ุงูŒู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Sehubungan dengan itu, pihak MPP DLO membuka sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga arwah. Bagi yang ingin menyumbang, bolehlah membuat sumbangan melalui kod QR yang disertakan.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Al-fatihah.

21 Jun 2026 l Hari pendaftaran pelajar baharu semester 1 Sesi Julai-Disember 2026. Pihak Program Operasi Pesisir (Onshor...
24/06/2026

21 Jun 2026 l Hari pendaftaran pelajar baharu semester 1 Sesi Julai-Disember 2026.

Pihak Program Operasi Pesisir (Onshore Operation) TVETMARA Kemaman mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu semester 1 (Batch ke-20) Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir), TVETMARA Kemaman.

Semoga para pelajar baharu terus bersemangat dalam menimba ilmu dan meneruskan kecemerlangan di TVETMARA Kemaman.

Syabas dan tahniah!!!

Address

TVETMARA
Kemaman

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098629292

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Kemaman - Onshore Operation Program posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category