SM Imtiaz YT Kemaman

SM Imtiaz YT Kemaman Pages ini terbuka kepada semua warga imtiaz kemaman,pelajar, penjaga dan orang luar

sekolah ini ditubukan pada 3 januari 2011 oleh pihak Yayasan Terengganu dimana pada permulaannya sekolah ini hanya mempunyai 9 org guru termasuk pengetua serta 12 orang staf sokongan.Untuk permulaannya sekolah ini menumpang sementara di Kolej Ketengah sebelum menanti bangunan asrama berkelompok Yayasan Terengganu yang dibina berhadapan Kolej tersebut siap sepenuhnya.Sekolah ini dijangka berpindah

ke daerah Kemaman apabila tapak asal sekolah ini di Kijal siap sepenuhnya pada 2014.pengambilan pertama pelajar adalah seramai 117 orang iaitu 55 lelaki dan 62 perempuan.

27/08/2026

Program SAFE: Hentikan Buli & Gangguan Seksual 🚫

Buli bukan gurauan, gangguan seksual adalah jenayah.
Ayuh bersama-sama cipta sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

Kita jaga kita! ❀️

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ«Ω… Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡Anak soleh pintar *MUHAMMAD NAUFAL BIN MUHD HAFIZ* dari Kelas *4 IBNU AMIR*, Halaqah *UST OMAR FAR...
27/08/2026

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ«Ω… Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡

Anak soleh pintar *MUHAMMAD NAUFAL BIN MUHD HAFIZ* dari Kelas *4 IBNU AMIR*, Halaqah *UST OMAR FARUK BIN A AZIZ* telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 Juz Al- Quran.

π“πšπ«π’π€π‘ 𝐊𝐑𝐚𝐭𝐚𝐦 : 24 OGOS 2026 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 : MALAM 12 RABIULAWAL 1448 H
π‡πšπ«π’: ISNIN (8.30 MLM)

Semoga beliau terus Istiqamah untuk menjaga Hafazan Al-Quran dan beramal dengannya. Allahumma Amin 🀲🀲

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatini Izzati binti Mohd Zukri yang juga merupakan bekas pelaj...
24/08/2026

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatini Izzati binti Mohd Zukri yang juga merupakan bekas pelajar SM Imtiaz YT Kemaman batch ke-4 SPM 2018. Al Fatihah

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡
Dengan penuh rasa dukacita, Yayasan Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatini Izzati binti Mohd Zukri, Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Bagi Program Juruteknik Pesawat Berlesen CAT A1, yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERKHEMAHAN SATRIA MUDA MADANI PERINGKAT DAERAH KEMAMAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perkhe...
21/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERKHEMAHAN SATRIA MUDA MADANI PERINGKAT DAERAH KEMAMAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perkhemahan Satria Muda Madani Peringkat Daerah Kemaman 2026 pada 19 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Nomadix Camper Park, Telaga Simpul, Kemaman.

Program ini menghimpunkan anggota Kor Kadet Polis Daerah Kemaman dalam pelbagai aktiviti yang mencabar dan membina jati diri, termasuk aktiviti fizikal, kerjasama berkumpulan, kepimpinan, ketahanan diri serta penghayatan nilai disiplin dan integriti.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang perkhemahan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk melahirkan generasi Satria Muda Madani yang berdisiplin, berintegriti, berdaya tahan dan cemerlang.

✨ DISIPLIN β€’ INTEGRITI β€’ KECEMERLANGAN ✨






Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan IKEM yang berjaya meraih anugerah dan pingat yang membanggaka...
20/08/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan IKEM yang berjaya meraih anugerah dan pingat yang membanggakan sempena _International SESMA Cultural Fusion Fiesta 2026 (iSCUFF 2026)_ yang berlangsung di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 17 hingga 20 Ogos 2026.

πŸ† Platinum Award – Traditional House Replica
πŸ₯ˆ Silver Award – Infographic Poster
πŸ₯ˆ Silver Award – AR Innovation Showcase

19/08/2026

Tahniah & Syabas semua warga IKEM

Al-farouq Intelligent Caliphs

Imtiaz The Best School In The World

Doakan juga kejayaan Team IKEM dalam Pertandingan International Cultural Fusion Fiesta (iSCUFF) 2026 di SM Sains Sultan ...
19/08/2026

Doakan juga kejayaan Team IKEM dalam Pertandingan International Cultural Fusion Fiesta (iSCUFF) 2026 di SM Sains Sultan Mahmud bermula hari ini, 17 sehingga 20 Ogos 2026.

Doakan team avionik IKEM beroleh kejayaan dalam pertandingan JuniorSkills Malaysia(JSM) peringkat kebangsaan esok dan lu...
19/08/2026

Doakan team avionik IKEM beroleh kejayaan dalam pertandingan JuniorSkills Malaysia(JSM) peringkat kebangsaan esok dan lusa. Ameen🀲🀲

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ«Ω… Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ψ§Ω„Ω„Ω‡Tahniah dn syabas diucapkan buat anak soleh pintar MUHAMMAD ADAM BIN NASRUL MUHAIMIN dari Kelas 4...
19/08/2026

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ«Ω… Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ψ§Ω„Ω„Ω‡

Tahniah dn syabas diucapkan buat anak soleh pintar MUHAMMAD ADAM BIN NASRUL MUHAIMIN dari Kelas 4 ABU AMRU, telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 Juz Al- Quran.

π“πšπ«π’π€π‘ 𝐊𝐑𝐚𝐭𝐚𝐦 : 16 OGOS 2026
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 : 03 RABIULAWAL 1448 H
π‡πšπ«π’: AHAD (8.45 mlm)

Semoga beliau terus Istiqamah untuk menjaga Hafazan Al-Quran dan beramal dengannya. Allahumma Amin πŸ€²πŸ€²πŸ’

Address

SM IMTIAZ YT KEMAMAN, BERIS MERAGA
Kemaman
24210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Imtiaz YT Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM Imtiaz YT Kemaman:

Shortcuts

Share

Category