Madrasah Tahfiz Al-Faaiz

Madrasah Tahfiz Al-Faaiz Madrasah Tahfiz Al-Faaiz
Sebuah Pusat Pengajian ALQuran berasrama penub. Kami mengutamakan anak yatim dan org miskin yang berminat.

Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, PERMATA.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ (Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali).اَللَّهُمَّ اغْفِ...
16/03/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

(Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali).

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ
(Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia).

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Makluman

Dukacita dimaklumkan bahawa Al Fadhil Ustaz Hj A Latiff telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, Isnin 16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H. Semoga Allah menerima beliau dan segala pengorbanan beliau untuk agama.

27/02/2026
Dukacita bagi kami semua warga MATAF dengan kehilangan Ustaz Kesayangan kami dan alumni Mataf, Ustaz merangkap bapa mera...
12/02/2026

Dukacita bagi kami semua warga MATAF dengan kehilangan Ustaz Kesayangan kami dan alumni Mataf, Ustaz merangkap bapa merangkap tabib dan rujukan kami semua, Ust Mohamed Bin Daud Imam Masjid Kg Seberang Tayur.

Beliau telah meninggal selepas slot Raudhoh pada jam lbh krg 12 malam saudi, subuh Malaysia. Allahuakbar.
Mulianya pemergianmu.

Mohon semua warga MATAF sedekahkan AlFatihah dan mendoakan kebaikan buat beliau.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
اللّهُمَّ أَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ

Ya Allah, ampunkanlah dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dan maafkanlah segala kesalahannya.
Muliakanlah tempat tinggalnya di sisi-Mu, lapangkanlah kuburnya dan jadikanlah syurga sebagai tempat kembalinya.

🤲 Semoga Allah menerima segala amal soleh, setiap ilmu yang pernah diajarkan, setiap nasihat yang pernah disampaikan, dan setiap doa yang pernah dipanjatkan.

Alhamdulillāhi rabbil ‘ālamīn.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan...
22/01/2026

Alhamdulillāhi rabbil ‘ālamīn.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Dengan izin dan rahmat-Nya jua, Madrasah Tahfiz Al Faaiz terus diberi kekuatan untuk mendidik, membimbing dan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan beramal.

Kami mensyukuri setiap ruang dan peluang, setiap sokongan dan pengorbanan daripada para asatizah, kakitangan, ibu bapa, para penyumbang serta semua pihak yang tidak pernah putus mendoakan dan membantu perjalanan madrasah ini.

Sesungguhnya setiap kejayaan dan kemajuan yang dikecapi adalah anugerah Allah SWT semata-mata.
Moga segala usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh, diberkati, dan menjadi saham akhirat buat kita semua.
Āmīn yā Rabbal ‘ālamīn.

Rezeki Tahun BaruAnak-anak tahfiz adalah rezeki yang hidup.Mereka membawa Al-Quran di dada, lalu Allah limpahkan keberka...
03/01/2026

Rezeki Tahun Baru

Anak-anak tahfiz adalah rezeki yang hidup.
Mereka membawa Al-Quran di dada, lalu Allah limpahkan keberkatan pada masa, kesihatan, ilmu dan rezeki sekeliling mereka.

Langkah mereka kecil, namun doa para malaikat sentiasa mengiringi.

Madrasah Tahfiz Al Faaiz berdiri bukan hanya dengan usaha manusia, tetapi dengan barakah Al-Quran yang dijaga oleh anak-anak ini.

Satu gambar sejuta maknaSaya s**a gambar ini.Ia memberi saya kekuatan dan semangat untuk terus berjuang di medan ini.Sem...
20/12/2025

Satu gambar sejuta makna

Saya s**a gambar ini.

Ia memberi saya kekuatan dan semangat untuk terus berjuang di medan ini.

Semoga Allah bimbing saya dan kita semua.

Syahadah 'Ula (tertinggi) anak murid saya dari tingkatan 1, saudara Haryz Irfan

Hafazan 30 Juz al Quran dalam tempoh masa 17 jam dan 30 minit

Bermula jam 4:40 pagi

Habis jam 10:20 malam (hari yang sama)

Kesalahan : tiada kesalahan

Ust Syed Mohamad Firdaus
Maahad Tahfiz al Fateh.

Rezeki hari Jumaat.Alhamdulillah kambing menu kita.
05/12/2025

Rezeki hari Jumaat.
Alhamdulillah kambing menu kita.

Madrasah Tahfiz Al-Faaiz, KemamanDalam tradisi pendidikan Islam, para ulama sentiasa menegaskan bahawa menghafal al-Qura...
14/11/2025

Madrasah Tahfiz Al-Faaiz, Kemaman

Dalam tradisi pendidikan Islam, para ulama sentiasa menegaskan bahawa menghafal al-Quran adalah antara jalan paling mulia untuk membina generasi berjiwa rabbani. Sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” Riwayat al-Bukhari

Berlandaskan semangat ini, Madrasah Tahfiz Al-Faaiz membuka peluang kepada ibu bapa yang mendambakan pendidikan berteraskan al-Quran, adab dan disiplin. Di sini, anak-anak dibimbing bukan hanya untuk menghafal, tetapi untuk membina akhlak, keteguhan jiwa, kepimpinan, dan rasa tanggungjawab sebagai pewaris ummah.

Dengan suasana pembelajaran yang tersusun, tenaga pengajar yang berpengalaman serta program yang merangkumi Tahfiz Sepenuh Masa, Nazirah, Hafazan, Syahadah, Fardhu Ain, Jawi, Bahasa Arab, Silat dan latihan adab–anak-anak diberi peluang untuk berkembang secara holistik: rohani, akhlak dan intelektual.

Bagi ibu bapa yang mencari ruang pendidikan yang selamat, terarah, berdisiplin dan berteraskan nilai agama, inilah masa terbaik untuk menghantar anak ke jalan ilmu yang diberkati Allah.

Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang memuliakan al-Quran dan dimuliakan Allah di dunia dan akhirat.



PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026
03/11/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026

🔲BarakallahBismillahi Masha Allah Di saat ramai remaja mengejar dunia, ada jiwa muda memilih jalan syurga. Muhammad Muaa...
16/10/2025

🔲Barakallah

Bismillahi Masha Allah

Di saat ramai remaja mengejar dunia, ada jiwa muda memilih jalan syurga. Muhammad Muaaz bin Zulkipli — nama yang harum di sisi langit, melakar kisah indah di lembaran Al-Quran. Setiap hela nafasnya adalah zikir, setiap lafaznya ayat Tuhan. 30 juz dalam dada, menjadi saksi cinta abadi antara hamba dan Pencipta.

“Sabda Rasulullah ﷺ:

‘Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.’
(HR. al-Bukhari)

Semoga Al-Quran terus menjadi pelita di jalannya, teman di kesunyian, dan syafaat di akhirat kelak. 🌙
اللهم اجعل القرآن ربيع قلبه ونور صدره وذهاب همه وحزنه
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran penyejuk hatinya, cahaya dalam dadanya, dan penghapus segala duka dan resahnya.



الحمد لله رب العالمينSegala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan keberkatan-Nya.Kami warga Madrasah Tahfiz Al Faaiz ...
11/10/2025

الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan keberkatan-Nya.

Kami warga Madrasah Tahfiz Al Faaiz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Kesyukuran Madrasah Tahfiz Al Faaiz pada Jumaat, 10 Oktober 2025.

Alhamdulillah, kehadiran yang sangat memberangsangkan, ada yang jauh ada yang dekat melebihi 800 orang tetamu menjadikan suasana harmoni namun beremosi. Lauk pauk dan kuih muih yang disajikan sedang elok habis di akhir majlis. Tiada kata dapat diterjemahkan melainkan puji kepada Allah syukur atas keberkatan rezeki yang dikongsi bersama.

Syukur juga kerana cuaca baik dan tidak hujan, memudahkan perjalanan majlis dari awal hingga akhir.
Jazakumullahu khairan kathira buat semua kakitangan MATAF, pelajar MATAF, keluarga, saudara mara, penyumbang, tetamu, sahabat-sahabat, dan para petugas yang bertungkus-lumus menjayakan majlis kesyukuran ini.

Moga Allah membalas segala amal dan sumbangan dengan ganjaran pahala berlipat ganda. 🌿


Address

Lot 107 KM18 Jalan Kemaman-Air Putih, Kg Pasir Gajah
Kemaman
24030

Telephone

+60139846576

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Al-Faaiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tahfiz Al-Faaiz:

Shortcuts

Share

Category